Assalamualaikum wbt
Hai semua! Apa khabar? Cuti sekolah kembali lagi, jadi mesti para ibu bapa dah mula terfikir-fikir untuk bawa anak-anak pergi makan angin kan? Paling tidak, bawak pergi berjalan ke tempat yang boleh balik hari. Alang-alang dah landing di blog SR ni, marilah SR bagi idea. Ibu ayah sekalian, bolehlah bawa anak-anak berjalan cuti sekolah ni ke Ladang Farm Fresh di UPM Serdang, Selangor. Ewah!
Sebab dengan Farm Fresh, semooooanya baik. Hahaha! Okey Boss Susu, boleh bagi SR komisyen tak sebab bodek Farm Fresh ni? 😂
Sebenarnya, ini cerita minggu lepas. SR dan zaimi bawa anak-anak ke Ladang 16 Universiti Putra Malaysia, di mana di situlah terletaknya Ladang Farm Fresh di Serdang, Selangor ni. Farm Fresh ni, di Malaysia, ada banyak lokasi ladangnya. Salah satunya di UPM inilah, dan ianya dibuka kepada orang awam untuk masuk.
"Farm Fresh @ UPM is the newest family attraction in Klang Valley. It is an educational and fun way of learning about the production of natural goodness. At Farm Fresh @ UPM, you will discover how they produce the freshest and creamiest dairy from cows with sustainable farming practices, and see how we grow fresh produce using aquaponic and hydroponic systems in our greenhouse. ~For Monday to Friday~ 10am to 5pm *late entry may not be able to access tractor ride subject to queue Last Tractor & Barrel ride : 6.30pm ~For Weekends & Public Holidays~ Last entrance : 6pm* *late entry may not be able to access tractor ride subject to queue 1) Last tractor ride 6.30pm 2) Last Barrel ride 6.30pm"
Alamat: Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor
Lokasi: KLIK UNTUK KE FARM FRESH
Haa belakang ayu tu, atas bukit tu, pokok yang 'berlakon' sama dalam cerita Ali Setan, eh, Lagenda Budak Setan dan Magika. Ala yang dekat bahagian Norman Hakim baling-baling lembing tu.
Nak masuk Ladang Farm Fresh ni berapa harga tiket? Ada bayaran masuk ke Ladang Farm Fresh UPM Serdang ni?
Ada gais, tapi tak mahal pun. RM15 untuk dewasa, RM10 untuk warga emas serta kanak-kanak 4 tahun ke atas. Umur bawah dari tu, percuma aje. Harga tiket tu include sekali Tram untuk naik ke pokok atas bukit tu dan Barrel Train untuk anak-anak.
Untuk bukan warganegara, harga berlainanlah sikit. Dewasa RM35, manakala kanak-kanak 4-12 tahun dan warga emas pula sebanyak RM25.
Kalau malas nak beratur, boleh beli siap-siap tiket atas talian. Boleh juga imbas QR kod yang diletak depan kaunter tiket. Nanti boleh collect sahaja tiket di kaunter. Kalau kata tak nak masuk jalan-jalan dalam ladang, boleh juga masuk untuk beli susu sahaja tau. Tapi untuk 1 keluarga, seorang aje yang boleh masuk. Dia akan bagi pass masuk untuk ke kedai susu, selama 15 minit kalau tak silap. Boleh tanyalah dekat orang kaunter tu ya.
Zaimi beli tiket atas talian aje masa ni |
Dah siap beli tiket, jomlah masuk ke dalam. Tiket dia dalam bentuk gelang tu. Boleh pakai seharian. Let say pengunjung datang pagi, tengahari nak keluar sekejap, petang boleh masuk balik. Staf dia kata macam tu. SR cuma ulang balik aje apa dia cakap ni. Haha!
Adalah beberapa exhibition haiwan juga di dalam ni, selain lembu. Tapi taklah banyak. Ada biawak, kambing, ayam, ikan koi... Bolehlah nak buat raso-raso.
Untuk naik Barrel Train tu, anak-anak kena beratur dekat stesyen dia. 1 tong, 1 kanak-kanak sahaja. Dia pusing pun tak lama sangat, adalah dalam 6-7 minit kot. Tak laju sangat juga. Bolehlah untuk kanak-kanak. Masa kami pergi ni, amir tak nak naik. Ayu seorang aje yang naik. Adam pula memang dah terlebih panjang, kalau naik, jadi kelakar pula nanti 😂
Sedih aje muka ayu sebab amir tak nak naik sama-sama dengan dia. Tapi bila keretapi dah jalan, dia senyum aje. Gigih tangkap gambar sepanjang perjalanan tu dengan kamera hadiah hari jadi dia. Lepas ayu dah kembali semula ke stesyen, kami pun meneruskan perjalanan ke The Ladies.
Apakah The Ladies? Bukan tandas perempuan tau! The Ladies adalah kandang yang menempatkan lembu-lembu betina yang menghasilkan susu untuk Farm Fresh ni lah. Punyalah ramai lembu-lembu betina tu oi!
Kandang punyalah besar, siap lembu-lembu ni dialunkan dengan lagu tau. Nak bagi tenang. Bila tenang, bunting pun tak stress, susu pun banyak. Ada bau dekat sini, biasalah kan. Tak logik pula kalau kandang lembu tak ada bau 😂
Dari kandang lembu tu, kami teruskan lagi jalan sampai ke hujung. Dekat hujung tu, ada kawasan untuk lembu dibawa ke sana untuk proses memerah susu. Tapi, masa kami dekat situ, belum lagi waktu untuk perah susu. Dapat tengok alat-alat ajelah. Kalau nak tengok proses tu, ada waktu dia, kalau tak silap SR, sebelah petang.
Pelik betul budak-budak sekarang punya pemikiran kan. Anak-anak SR, bila SR suruh buat gaya lembu untuk bergambar, diorang buat tangan macam gambar di atas ni. Hahaha! SR imagine yang diorang hanya nak buat tangan ke tepi kepala macam tanduk, sebab sejujurnya, SR rasa, kalau yang baya-baya SR ni, bila diminta buat gaya seperti lembu, mesti akan buat tanduk kat tepi kepala kan? Ke tak?
Anyway, belakang anak-anak tu lah kawasan untuk perah susu lembu. Ada cup yang akan dipasang terus ke tetek lembu. Rugi pula tak dapat tengok proses tu, tapi tu lah, tak ada rezeki. Mungkin next time.
Lepas tu, kami patah balik. Bawa budak-budak ke kawasan yang dia ada letak patung-patung lembu untuk bergambar dan berlari-lari. Anak SR memang suka betul berlari. Ha larilah sepuas hati sementara emak dan ayah duduk-duduk di kafe sambil minum air.
SR ajar suruh buat tanduk, bukan buat tangan ke depan macam gambar dekat atas tu 😂 |
Sambil berlari-lari, sambil ambil gambar kenangan. AYu dan amirlah yang paling banyak berlari, macam tak penat-penat. Terkial-kial SR ikut dari belakang. Nak lepaskan terus sampai tak nampak dengan mata, tak berani pula.
Dah puas berjalan dekat dalam, kami pun terus ke kedai susu aje. Zaimi borong berbotol-botol juga susu. Semoga murah rezeki zaimi sebab belanja anak-anak dan SR susu Farm Fresh. Kami anak-beranak memang suka minum susu! Hantu susu lah senang cerita!
Sebelum balik, kami naik tram untuk ke pokok Lagenda Budak Setan yang atas bukit tu. Sepanjang perjalanan naik tram tu, ada penerangan yang sangat jelas dan informatif dari staf. Dapatlah tahu macam-macam perkara lagi berkaitan Farm Fresh ni.
Dekat atas bukit tu, dia bagi kita masa dalam 10 minit untuk bergambar dan menikmati angin yang bertiup nyaman. Boleh nampak saujana mata memandang juga dari atas sana. Sempatlah kami bergambar dekat papan tanda Farm Fresh @ UPM tu.
Pendek kata, pengalaman di Farm Fresh UPM ni seronoklah kalau nak bawa anak-anak untuk mengisi masa lapang. Tak adalah penat sangat berjalan sebab kawasan yang boleh diteroka dalam ladang tu, tidaklah besar sangat. Just nice aje.
Yang best bila dapat naik tram ke atas bukit ni. Dan terpaling best, dapat beli susu Farm Fresh murah dari harga pasaran. Kih kih kih...
Sebelum balik, beli aiskrim Cream Hauz dulu. Sedap gilaa, kenalah dengan harga dia yang tertera. Fresh aje rasa aiskrim dia. Teringat-ingat pula ha!
Kami beli susu segar Farm Fresh yang botol kaca ni juga masa tu. Unik kan? Botol tu boleh guna untuk isi benda lain lepas susu dah habis.
Itu sahajalah kisah keluarga kecil SR berjalan-jalan di Ladang Farm Fresh @UPM. Terima kasih sebab sudi membaca! 😁
Memang enjoy sangat masuk sini apa lagi dengan anak2.
BalasPadambanyaknya aktiviti boleh buat! bestttt tapi paling love botol susu kaca tu
BalasPadamSeronok sangat tengok wajah keriangan Abadam, Abamer & Ayu 😃
BalasPadamMenarik sangat ni... Kena letak dlm bucket list sbb asyik terlupa je nak bawa anak² ke sini...
BalasPadamBotol kaca tu lawa, nak minum susu pun bersemangat haha
wah..bestnya..:)
BalasPadamHaaa...boleh lah plan nak ke sini nanti sebab tak jauh mana pun.
BalasPadam#pusingselangordulu
ingatkan ramai orang tapi tengok agak lenggang jadi seronok ke sana sini ambil gambar ya...
BalasPadamWahhh..Boleh masuk dlm listing beli jiwa anak2 nih =)
BalasPadamKena set waktu baik baik kalau tak tengok lembu perah susu
BalasPadamLama dah berhajat nak bawa anak2 ke sini, tapi x sampai2 lagi 😅
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.