Assalamualaikum wbt
Laju betul makhluk Allah yang bernama masa tu kan. Ingat lagi tak, seluruh negara sesak, terutama jalan-jalan utama ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia, sebab perantau balik beraya? Masa tu Azfarheri pun ada buat video TikTok tentang jangan berebut toilet ketika di kampung, menggunakan lagu Cinta Setandan Pisang, "Bea soba bea, bea rilek bea, jangey jangey wi jadi gegey..."
Masa raya, ramai yang beli baju oren, takut nak pakai baju tu masa raya pertama, sebab ramai dah buat post 'menganjing' kata nanti di masjid masa sembahyang raya, dah macam perhimpunan Felda lah, tok sami siam lah... Ingat tak? Sekali, ramai yang pakai hitam (baju tahun lepas!) dan hijau kan?
Masa tu juga, ramai yang buat video trend popular di TikTok tu, ada glambot, ada dugem, ada juga yang ala-ala Avatar tu. Ada yang turut join, ramai juga yang menasihati agar jangan keterlaluan buat trend sebab mungkin bercanggah dengan agama suci Islam.
Tapi, antara perkara yang SR paling ingat untuk raya 2024 adalah, raya terasa pendek dan tergesa-gesa. Mungkin sebab raya hari Rabu, hari Sabtu dah berlumba-lumba semua pulang ke sarang mencari rezeki di rantauan.
Tak banyak rumah dapat singgah. Duit raya yang SR dah sediakan dalam sampul, tak habis untuk tahun 2024 ni. Mungkin juga sebab kami dah berpindah ke kawasan rumah apartment, tak ada anak-anak jiran bagi salam nak beraya (walau tak nak masuk pun, cuma nak duit raya.)
Pejam celik, esok lusa dah hari terakhir Syawal 2024.
Semoga ada rezeki kita semua untuk berjumpa lagi dengan Ramadan dan Syawal 2025 pula, biiznillah. Mudah-mudahan... :)
ya sekejap sahaja dah nak habis raya Aidilfitri..lepas tu nanti raja haji pula
BalasPadamBetul tu, penerbangan haji pun bermula
PadamRaya tahun lepas berkembar dgn cuti sekolah, tak terasa sgt suntuknya nak balik ke ibu kota.
BalasPadamMudah-mudahan Allah pertemuan kita lagi dgn Ramadhan dan Syawal akan datang 🤲
Kannn.. macam cepat habis raya tahun ni.
BalasPadamlast minggu ni sampai oh taska pun kita buat lepas raya he hez
BalasPadamraya kali ni akak kurang berjalan beraya sana sini hehehhe banyak ddk rumah... raya kt opis je heehehhe
BalasPadamYa...masa pantas berlalu dan tanpa sedar esok dah hari terakhir Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
BalasPadamHah? Dah abis ke?
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.