#copypaste
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apakah hukum solat sunat sebelum asar?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Daripada Ibnu Umar RA katanya, bahawa Nabi SAW bersabda:
رَحِمَ اللهُ امْرَءًا صَلَّى قَبْلَ العَصْرِ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Semoga Allah merahmati seseorang yang bersolat empat rakaat sebelum solat fardhu Asar.”
Riwayat Abu Daud (no: 1273), al-Tirmizi (no: 430), dan katanya, “Hadis hasan gharib”, al-Baihaqi (no: 4267), dan Ibnu Hibban (no: 2453)
Begitu juga, daripada Ali RA katanya:
كَانَ النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِالتَّسْلِيمِ
Maksudnya: “Adalah menjadi rutin bahawa Nabi SAW solat sunat sebelum solat fardhu Asar sebanyak empat rakaat dan memisahkan antaranya dengan salam.”
Riwayat al-Tirmizi (no: 429). Katanya, “Hadis hasan”.
Kesimpulan
Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan disunatkan untuk melaksanakan solat sunat sebelum Asar sebanyak 2 atau 4 rakaat sebelum solat fardhu Asar. Walaupun begitu, ia termasuk dalam sunat-sunat yang bukan sunat-sunat mu’akkad.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Kami akhiri dengan doa:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
Surah Ibrahim (40-41)
sy x sempat nak solat sunat 2 rakaat sblom asar sbb tok imam bagi masa 10 minit je sebelaum iqamah. Lain la jika saya sampai d masjid sebelum azan asar...
BalasPadamterima kasih atas perkongsiannya...solat sunat qabliah Asar kan ni..
BalasPadamia termasuk dalam sunat-sunat yang bukan sunat-sunat mu’akkad...
BalasPadamfaham2...
kadang2 je lady buat :(.. padahal hidup x busy pun.. .. :(( :(( :((..
BalasPadamAsar antara waktu yang sukar untuk solat sunat...solat sunar selepas Asar memang faham ia tidak dibenarkan syarak...sebelum Asar kalau sempat la
BalasPadamTerima kasih berkongsi ilmu..
BalasPadamKalau ke masjid atau surau, sampai awal biasanya akan solat. Kalau tak dapat ke masjid atau surau memang agak berat nak buat solat sunat ni.
BalasPadamjarang dapat buat sunat sebelum asar...terlalu mengejar duniawi seketul ammi ni. time asar tu laju je standby nak kelaur dari office.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.