Assalamualaikum wbt
Ayu sekarang selalu ajak SR pakai mask sebelum tidur. Bukan main dia tu, tak padan dengan kecik! Tapi seronok juga SR melayan aktiviti permintaan dia tu. Mungkin sebab masa SR kecil dulu, SR tak berkesempatan buat. Jadi, alang-alang memang SR pun suka pakai mask ni, kami pakailah sama-sama. Ayu tu pun terikut-ikut SR lah tu sebenarnya.
Selalunya kami pakai yang unsur buah dan sayuran sahaja, dan bukan jenis clay. Tapi kali ni, saja nak cuba yang jenis clay. Kami beli di Guardian, brand Happy Mask. Made in Korea, dan vegan. Free dari alkohol, paraben dan mineral oil, seperti yang ditulis pada bahagian depan bungkusan.
Fungsi? Pakai ni apa tujuan? Apa motif? Apa objektif? Agitchew dah macam peguam haa. Okey, Happy Mask Superfood Tomato Pink Clay Mask ini tujuannya untuk brightening & luminating, atau dalam bahasa ibunda kita, ertinya mencerah dan menyerikan wajah.
Jadi, pertama kalilah ayu sapu-sapu sendiri clay tu ke muka dia sampai jadi mask! Siap beli seorang sepaket tau!
Tak mainlah kongsi-kongsi! Hahaha!
Bila dah siap sapu ke muka, terus kami baring sahaja atas katil sambil menikmati kesedapan nyaman clay tu di muka. Ayu sibuk nak bersembang, tapi last-last dia give up nak bercakap sebab pipi kan dah keras, dah tak boleh gerak-gerak. Kah kah...
Kami pakai dalam kurang dari setengah jam, lepas tu terus cuci dengan air paip sahaja. Segar betul muka lepas tu tau! Masa pakai memang dah sejuk, lepas pakai pun masih bersisa nyaman dia tu. Kulit muka pun jadi halus dari biasa lepas tu.
Ayu tu sebenarnya, muka memang dah halus pun. Tapi dia sukalah tu feeling feeling muka dia bertambah lembut. Sebenarnya, dia punya sepaket tu tak habis pun, sebab muka dia kecik! Dan SR memang sapukan nipis-nipis aje untuk dia, bagi raso-raso aje 😂
Lepas ni, pakai bedak sejuk sajalah ayu! Sayang pula tengok banyak berlebih yang paket dia. Nak pakaikan secara serius, SR pun tak berani sangat. Macam sama aje konsepnya, murah pun murah bedak sejuk tu tau kih kih kih...
Tapi Happy Mask Superfood Tomato Pink Clay Mask pun tidaklah mahal, harganya dalam RM5.90 macam tu di Guardian. SR tepek juga general overview product seperti di bawah ya (bukan review SR, review SR hanya yang di atas sahaja!)
+++
Overview
Disertakan dengan Ekstrak Tomato, Allantoin dan Niacinamide, yang menyokong untuk mencerahkan dan menyerikan kulit anda.
Arahan Penggunaan
Selepas bersihkan muka, sapukan dengan banyak sehingga kering dan ratakan di kawasan yang berkenaan, elakkan daripada terkena kawasan mata dan bibir. Biarkan 10-15minit dan bilas dengan air hingga bersih. Gunakan 1-2 kali seminggu untuk hasil terbaik.
+++
Hamboi.. Kemain Ayu ye.. Menjaga muka gitu.. kikiki.. Comel sangat Ayu ini..
BalasPadamDia sukalah benda2 macam tu hahaha
PadamSekali sekala pakai clay mask dekat muka best . Kulit wajah rasa lembut lembab dan segar
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.