Assalamualaikum wbt
#throwback
Lama dah terperap post ni di draft, hampir lupa pula SR. Cerita bulan Februari yang lepas sebenarnya ni, waktu cuti sekolah bulan 2. Kami sewa sebuah apartment di Timur Bay untuk 1 malam. Apartment yang ada 1 bilik.
Cut story short, SR book melalui Agoda. Dan baru SR tahu yang di Timur Bay ni, banyak homestay private, bermaksud, bawah pengurusan tuan rumah masing-masing. Sama macam sewaktu kami menginap di Bell Suite Sunsuria Sepang dulu. Kena ambil kunci di mailbox sendiri, pulang pun di situ ketika check out. Apa-apa semua kena chat terus dengan owner sahaja.
Masuk-masuk sahaja apartment kami, sekali suasana Gong Xi Fa Cai daa... Penuh dengan hiasan Tahun Baru Cina, merah-merah meriah! Tapi selain dari itu, unit yang kami sewa ni sangat bersih dan selesa. Paling SR suka adalah sofa dia yang depan TV tu. Punyalah selesa untuk tengok TV!
SR tunjuklah serba sedikit unit yang kami sewa ni ya, bagi gambaran pada mereka yang nak lihat bagaimana rupa dalam Timur Bay ni kan. Mungkin taklah 100% sama, tapi mirip-mirip tu adalah kan.
Okey let's.
Tandas dia ada 1 sahaja untuk unit yang ada 1 bilik tidur ni. Tak ada bath tub. Tapi cukup besar dan selesa untuk digunakan. Sinki dia pun besar. Yang kami sewa ni, ada disediakan juga disposable toothbrush. Nice!
Katil double ada disediakan bersebelahan dengan balkoni. Dia asingkan dari ruang tamu menggunakan rak TV. Unit yang SR sewa ni sangatlah lengkap weh. Nak apa, semua ada. Seterika, air panas, peti sejuk, mesin basuh etc etc...
Yang paling SR suka, dia letak siap-siap snek, maggi cup, mainan pantai budak-budak dan keperluan seperti pad dan sebagainya dalam almari dan kabinet. Dia letak harga, dia letak juga tong duit. Boleh letak terus duit dalam tu. Nak QR / transfer pun boleh.
Dari balkoni kami, boleh nampak kolam mandi hotel sebelah, Swiss Garden. Mula-mula SR ingat tu kolam Timur Bay, dah beberapa ketika, baru perasan yang tu hotel jiran punya! Haha!
Bilik dia ada 1 katil single. Tapi, ada disediakan banyak lagi tilam futon, selimut dan bantal. Kiranya di bilik single ni boleh muat dua orang, sebelah katil double tadi boleh letak 1 tilam lagi, dan di depan TV, pun boleh tidur lagi 2, 3 orang kalau bersaiz kecil.
Dapur unit yang SR sewa ni, siap boleh memasak. Banyak kuali, sudip, pinggan mangkuk, semua ada. Tapi kami tak guna pun, guna cawan dan mangkuk aje rasanya masa tu. Ada juga meja makan comel, bolehlah kalau nak duduk guna laptop ke, makan ke.
Sebelah petangnya pula, adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak! Iaitu waktu mandi kolam dengan TokWan! Memang masing-masing dah tak fikir benda lain dah sebenarnya, itulah tujuan asal nak menginap dekat Timur Bay ni.
Nak mandi pool!
3 beradik yang tak sabar nak mandi kolam dengan Wan! |
Timur Bay ni, walau kolam mandi dia tak ada waterpark macam hotel sebelah, tapi kolam dia sangat banyak dan panjang! Memang cukuplah ruang nak berendam walau tengah ramai-ramai tu ha!
Ada juga kedai-kedai di bawah, di sebelah pool. Boleh sewa tuala dan pelampung tau, kot-kot terlupa bawa ke apa. Sempatlah SR dan zaimi duduk dan makan waffle juga sambil menunggu anak-anak mandi kolam dengan Tok Wan diorang. Di sebelah lagi, ada disediakan toilet awam untuk tukar baju dan guna tandas.
Kolam mandi pula memang menghadap pantai. Fuh angin dia bertiup, kena badan yang basah, memang buat anak-anak (dengan tok wan sekali!) menggeletarlah kesejukan! Hahaha!
Di pantai pula, ada perkhidmatan sewa ATV. Ada juga yang bermandi-manda di laut. Tapi kami tak pergi. Memang fokus untuk anak-anak mandi kolam aje petang tu. Duduk menikmati angin pantai ajelah, itu pun dah cukup healing dah rasanya 💖
Anak-anak happy, abah SR pun happy. Alhamdulillah. Ada rezeki bolehlah repeat lagi nanti. Mungkin boleh cari masa yang bukan cuti sekolah. Kurang sikit orang kot. Hehe...
Ada yang pernah menginap di sini juga ke? Bolehlah drop pengalaman masing-masing di bahagian komen ya!
Bijak idea guna futon macam tu. Selain senang nak urus tempat simpan & letak, senang juga untuk penginap nak susun masa tidur, serta masa nak kemas.
BalasPadamBetul, setuju
PadamHandsomelah abang di gambar number satu. Sesuai betul dengan baju warna putih.
BalasPadamSebab bini dia jaga. eheh.
PadamWah.. Bestnya... Teringin nak staycation area kuantan.. Boleh masuk list homestay nie
BalasPadambestnya buleh staycation tu. dah lama x jln2 sbb anak2 ambik spm jd masa cuti sek pun ada kelas tambahan.
BalasPadamCousin kami kalau balik Kuantan mmg stay TB ni. Memang puashati katanya...
BalasPadamKebetulan pernah juga menginap satu malam di Timur Bay beberapa tahun dulu. Barulah tahu apa yang orang sebut-sebut sebagai studio apartment. Walaupun kecil tapi terasa mewah juga. Masa tu tak sempat nak mandi kolam pun sebab tak cukup masa.
BalasPadamAda jugak kenalan Cie yang beli unit kat situ dan buat homestay. Memang ramai jugak orang stay.
BalasPadamSaya tiap kali ke KL , Melaka atau Penang, selalunya pilih hotel. Blm pernah coba apartemen. Dulu alasannya, Krn biasanya saya stay seminggu, dan prefer ada housekeeping yg membersihkan kamar setiap pagi. Jadi kalo pulang dari jalan2, masuk kamar dan bersih 😁.
BalasPadamTapi menginap di apartemen begini ada bagusnya juga, at least ada mesin basuh baju kan 😄. Jadi tak payah banyak bawa baju, tinggal cuci.
Nantilah nak coba sesekali ..
Baguus ini apartemennya. Cantik dan fasilitas lengkap.
Nampak happy, Tokwan dengan cucu-cucu.
BalasPadamApartment nampak selesa, dan banyak kemudahan juga, ye. Dah lama saya tak ke Kuantan.
deko CNY tu kemain lagi😁
BalasPadamanak2 dgn pool mn boleh dipisahkan... sekali dah terjun mmg payah laa nak berhenti...
3 kali dah datang sini.. best..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.