Assalamualaikum wbt
Sejujurnya, SR baru tahu adanya tempat ni. Adakah SR tinggal di dalam gua? Tidak! Adakah SR duduk di bawah tempurung seperti seekor katak? Tidak! Tapi tak tahulah kenapa SR baru tahu ada tempat yang bernama Central Park IOI ni. Haha!
Jadi, kami pun pergilah beriadah di suatu petang ke sana. Antara sebab utama nak ke Central Park IOI Resort City ni adalah selepas tengok video yang viral tentang tempat ni, di mana ada gelungsur yang besar dan tinggi!
Jadi, untuk merasai sendiri, dan tengok dengan mata kepala sendiri, let's go lah.
Kawasan parkir dia sebenarnya agak terhad, jadi kami parkir di tepi-tepi jalan, dan agak jauh. Hampir give up untuk cancel terus, tapi lepas dah tengok muka anak-anak yang penuh harapan, kami teruskan jua. Orang memang ramai, itu kalian kena expect kalau ke sini pada waktu petang, hujung minggu atau cuti.
Awal berjalan tu, masih tak nampak lagi gelungsur oren dia yang viral tu. Tak apa, teruskan berjalan ikut orang ramai-ramai tu ke depan lagi. Bolehlah brisk walk dan ambil angin petang. SR tak tahulah angin segar ke tidak, sebab sebelah Central Park IOI ni adalah lebuhraya. Tapi, okeylah kan. Dari tak ada kawasan hijau-hijau ni kan.
Pemandangan masa berjalan |
Haaa tu deh, lepas berjalan hampir 10 minit dari kereta ke tengah Central Park, nampaklah slide oren yang menjadi tarikan sepertimana dikatakan dalam video yang viral tu.
Tapi, punyalah ramai orang baq hang! Sebab, slide oren tu, bukan sekadar kanak-kanak yang naik, orang dewasa pun muat. Tu yang jadi ramai. Okeylah tu, bolehlah parents riba anak-anak yang masih kecil untuk turun gelungsur.
Ada tiga gelungsur yang menjadi rebutan. Yang jadi masalah negara pada hari kami pergi ni adalah, sifat anak-anak SR yang skema dan mengikut peraturan.
Hah? Kenapa ikut peraturan tapi jadi masalah pulak? Ha meh nak cerita...
Jadi masalah sebab anak-anak SR beratur. Anak orang lain, ada yang dah turun, terus naik ikut gelungsur tu balik ke atas. Dah orang atas tak berani nak slide sebab takut terlanggar. Kedua, ada juga kids yang terus aje meluru masuk lubang slide, siap tolak budak yang beratur.
Memang tepuk dahi.
Sampai SR terfikir, aku ni silap ke sebab selalu ajar anak berdisiplin? Arhhhh!!
Hahaha! Bukan apa, kita yang tengok dari bawah ni pulak jadi stress. Ikut hati nak aje jerit kat anak-anak, janganlah baik hati benauu anak-anak oii!! Tapi tu lah, SR tunggu aje lah. Lama-lama dapat juga guna. Tapi memang LAMA lah. Haha!
Pendapat 3 sen SR, setiap parents patut boleh kot nasihat anak masing-masing untuk beratur dan lebih berhemah.
Sebab tempat awam, dan ramai orang nak guna juga, dah nama pun fasiliti gunasama kan. Yang paling menaikkan amarah beberapa ibubapa lain juga selain SR adalah, ada seorang budak, yang sengaja halang laluan keluar gelungsur tu.
Dia baring gais, baring melintang. Dah beramai-ramai kanak-kanak dan dewasa stuck dekat tengah-tengah slide gelung tu. Kalau slide open tu, boleh juga keluar ke tepi. Nah terkurunglah dalam tu dekat beberapa minit.
Budak tu buat derk aje, tak bangun pun walau ada beberapa orang dah suruh dia ke tepi. SR rasa, orang lain pun tak nak create scene dan marah anak orang kan. Sampailah lepas tu, baru ada yang pergi cakap dan dia ikut. Tak tahulah mak dia ke apa.
Haih, pengalaman betul.
Sudahlah pasal cerita tu, jom tengok gambar-gambar yang SR dan zaimi sempat rakamkan petang tu. Oh ya, Central Park IOI ni besar dan luas, tapi kami memang cover setakat area gelungsur oren tu aje. Tak larat nak menapak, lagi pun dah agak lewat petang.
Amir dan ayu yang semangat nak main semua. Adam dah tak berasa bersungguh nak main. Dia rasa dia dah besar, tambahan pula dia dah reti malu. Bergambar pun jenuh ajak dan paksa. Kalau keluar pun, dia lebih suka berborak dengan SR dan zaimi dari main dengan amir dan ayu sekarang.
Gais, anak SR dah pandai malu-malu, i feel old! Eh, memang old lah kan, dah nak masuk 40s ahaha! Jangan perasan muda lagi syazni oi!
Kalian pernah ke pergi ke Central Park IOI Resort City ni? Berapa kali dah datang sini? SR pun ada rasa nak repeat juga nanti, nak explore ke belakang lagi yang kami tak sempat pergi hari tu.
Kalau tanya SR, tempat ni okey untuk beriadah, terutama waktu cuti sekolah ni kan, alang-alang dah berjalan ke IOI City Mall atau ke Putrajaya, bolehlah singgah bawa anak-anak. Cuma, kena expect dan bersedia untuk parkir kereta sedikit jauh jika ramai, dan berebut gelungsur oren tu lah.
Selain dari itu, semuanya beres dong!
Itu sahajalah pengalaman SR dan famili kali ni, ta-ta!
waaa nice tempat. dulu pernah p sini putrajaya.....lama dah ada 4 tahun lalu. miss lah tempat ini.....
BalasPadamSalam kenalan dari saya, pemilik blog
oohsenyum.com
saya nak tanya awak ini, awak berminat tak
tukar link blog dengan saya (bloglist) insy
Allah akan menambahkan lagi trafik ke blog
awak.
Kalau awak sudi beritahu ye di ruang comments blog saya, terima kasih
banyak-banyak. Di bawah ini link blog saya.
Saya harap awak sudi
https://www.oohsenyum.com/
Wah!! Bestnya tempat dia.. Syok ini kalau bawa anak-anak terutamanya yang no 2 tu.. TQ SR.. Sha pun baru tahu ada..
BalasPadamSyok tu pi beriadah. Anak2 Cie gitu la kalau orang ramai2 ni dorg rela tengok kat tepi je memang taknak main la. Budak2 lain semua ikut dan je. Dorg tak suka.
BalasPadamwahh dekat dgn IOI city mall ni kann., leh dtg jenguk2 nih., hehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.