Assalamualaikum wbt
Bulan Ramadan tahun ni, Ayu berjaya puasa sampai azan maghrib kecuali 1 hari aje (hari pertama). Alhamdulillah. Good start untuk ayu. Motivasinya, dari hari pertama SR pujuk dia puasa beserta janji. Dia asalnya jealous dengan amir, sebab masa tadika, amir dapat hadiah berupa 1 beg set alat seni yang ada banyak pensil warna, krayon, warna oil pastel, magic pen... Bila ayu nak pinjam, amir kedekut tak bagi 😂
Jadi SR katalah, kalau ayu puasa sekurang-kurangnya 15 hari penuh, SR akan belikan untuk dia pula. Dipendekkan cerita, ayu puasa lebih dari itu, penuh sebulan minus sehari.
Makanya lepas habis raya di Kelantan, balik saja ke Kajang, SR terus orderkan Art Set yang ayu idam-idamkan tu. Harga pun tak sampai RM20. Ada banyak pula itemnya. Memang happylah dia!
Apa item yang ada?
Ada pensil warna, warna air, krayon, warna pastel, magic pen, pembaris, pengasah pensil dan banyak lagilah!
Siap ada papan easel dalam set tu |
Kesemua sekali ada 208 item dalam beg tu. SR suka sebab lepas dapat art set ni, ayu selalu spend masa melukis. Dia memang suka melukis, cuma sebelum ni pen dan warna dia memang taklah sebanyak ini. Jadi bila dia dah puas melukis, samada dia akan main handphone atau main PS5.
Kadang-kadang kalau amir layan dia, adalah dia main set set mainan memasak dia. Tapi kebanyakan masa, ayu memang suka melukis, atau gunting-gunting kertas.
Membaca? Itu pun dia tak berapa. Dia tak ikut hobi SR tu. Dia prone kepada seni. Jadi SR turutkan dan support apa yang boleh support. Moga bermanfaatlah set seni ini untuk ayu!
Ada yang nak beli juga ke?
Korang boleh beli dekat SINI.
Mesti penerimanya gembira!
Wah..meriah. mcm2 ada kan. Seronok la ayu nanti 😍
BalasPadamwahhh best nyaaaaa
BalasPadamsy tgk pun sy suka
ralit laa ayu melukis lps ni...
Geram nak tarik lolipop kat mutut tu sampai bunyi POP!
BalasPadamDulu Cuya pernah minta ayah belikan zaman kecik2, tapi stok dah habis. Cuma tangan ayah tak kosong, dia bawak balik colour pensel mahal steadler ke apa tah nama yg popular tu. Kita pon bongsu, dapat aje apa diingini hehehe
BalasPadamTahniah Ayu berjaya puasa. Seronoklah dia dapat hadiah idaman dia. Selamat berkarya.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.