Assalamualaikum wbt
#throwback
Cerita beberapa bulan lepas, kita lempar belakang untuk hari ni. Sebenarnya dah lebih dari 10 tahun SR nikah dengan zaimi, si orang Kelantan tu, tapi inilah pertama kali dia bawa SR ke Taman Perbandaran Tengku Anis ni. Haha!
Lawak pula bila diingatkan. Tapi, reason zaimi agak soild, dia kata Kota Bharu selalu jalannya sesak waktu kami berada di Kota Bharu, maklumlah kami balik ke sana pada waktu cuti yang orang lain-lain pun cuti juga kan.
Tapi, pada hari yang kami singgah ni, kebetulan kami baru balik dari majlis kenduri kahwin yang berada berdekatan dengan Taman Tengku Anis ni. Jadi, adalah rezeki nak singgah tengok tempat.
Jadi, menelusur lah kami lima beranak di Taman Tengku Anis. SR pakai baju kurung di taman, memang pelik bagi SR. Tapi, di Kelantan, perempuan tak kira usia berbaju kurung ke sana sini adalah pemandangan yang biasa sebenarnya.
Jadi SR ala ala blend in la dengan masyarakat. Haha! Maklumlah, SR kan orang luar, zaimi dan anak-anak bolehlah mengaku orang Kelantan. Kah kah!
Dah namanya pertama kali sampai, SR pun berialah sikit posing untuk bergambar. Agitchew. Suruh zaimi tangkapkan gambar dengan labu sayong yang dekat belakang SR tu. Air pancut sebenarnya, cantik kan?
Dah kata pertama kali kami ke sini, tangkaplah gambar banyak-banyak. Jangan cemuih tengok gambar-gambar SR tau!
Candid satu! |
Lepas dah puas di labu sayong tu, kami meneruskan aktiviti riadah kami. Riadah dengan cara berjalan-jalanlah maksudnya, brisk walk. Cuaca pun tak terik sangat sebab dah petang, tenang-tenang aje berjalan menikmati angin petang.
Mungkin jika ada yang bercadang untuk bercuti di Kelantan, bolehlah masukkan Taman Perbandaran Tengku Anis ini sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di sana. Kelantan memang selalu orang pergi untuk cari makanan sedap dan shopping, tapi kalau dah penat denga dua aktiviti tu, bolehlah ambil angin di sini tau!
Dekat sini juga ada taman permainan kanak-kanak yang besar. Memang seronoklah anak SR si ayu tu, main tak ingat nak toleh pandang emak dan ayah dia dah! Ramai pula kawan-kawan baru yang ayu kenal masa main sama-sama dekat situ. Entah apa yang diborakkan.
SR hanya tengok dari jauh ajelah. Tapi, ada aje parents lain yang turut naik atas playround tu, sebab ruangnya besar dan tinggi juga. SR tak naiklah, takut roboh, maklumlah SR bersaiz gajah hahaha!
Masa ni ayu masih malu-malu nak tegur kanak-kanak lain |
Besar dan luas kan playground dia! |
Adam dan amir dah tak berapa nak main di taman permainan kanak-kanak macam ni, maklumlah dah besar kan. Jadi, zaimi bawa diorang pergi ke taman rusa di bahagian belakang sikit di Taman Tengku Anis ni.
Di Taman Tengku Anis ini juga, ada Taman Tema Air / Waterpark. Zaimi kata memang ramai yang mandi-manda dekat situ selalunya. Tapi, masa kami datang ni, waterpark tu tengah tutup untuk cuci. Tapi info dari adik yang ada kiosk di sekitar waterpark tu, dia kata tutup tu hanya sementara dan patutnya akan buka semula esoknya.
Waterpark tutup |
Esoknya pula, kami dah bertolak balik Kajang. Jadi, SR pun tak tahu lah nak kata yang waterpark tu dah dibuka semula ke belum.
Ada yang ada info ke? Bolehlah drop komen ya!
Siapa pernah ke sini, angkat ketiak! Hehehe...
CANTIK TAMANNYA BERSANTAI SEKELUARGA
BalasPadamldy x pnh pergi lg sini... pdhl selalu ke kltn...
BalasPadamTaman permainan pun ada
BalasPadamMenarik tempat ni... Lepas ni boleh datang selalu ...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.