Soalan:
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Firman Allah SWT:
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
Maksudnya: “(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang – (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”
(Surah al-Ma’un: 4-6)
Syeikh Zarruq Rahimahullah berkata: “Diantara tanda penyakit yang halus lagi tersembunyi (didorong oleh nafsu) dalam sesuatu amalan itu ialah wujudnya riyak dalam diri makhluk, sebagaimana dalam hikmah ini.”
رُبَّمَا دَخَلَ الرِّيَاءُ عَلَيْكَ مِنْ حَيْثُ لَا يَنْظُرُ الْخَلْقُ إِلَيْكَ.
Maksudnya: “Kadangkala riyak memasuki ke dalam hati kamu (amalan-amalan rahsia yang dilakukan) melalui arah yang tidak dapat dilihat makhluk kepadamu.”
Mafhum Hikmah
- Sebahagian golongan arifin menyatakan bahawa yang paling tinggi nilainya di dunia ini adalah keikhlasan. Dikatakan: Berapa lama aku berusaha untuk menggugurkan riyak daripada hatiku maka ia akan tumbuh padanya dalam warna yang lain.
- Diantara tanda-tanda riyak ialah:
أَنْ يَلْتَمِسَ بِقَلْبِهِ تَوْقِيرَ النَّاسِ لَهُ وَتَعْظِيمُهُ وَتَقْدِيمُهُ فِي المَحَافِلِ وَالمَجَالِسِ، وَمُسَارَعَتْهُمْ إِلَى قَضَاءِ حَوَائِجِهِ. وَإِذَا قَصَّرَ أَحَدُهُمْ فِي حَقَّهِ الَّذِي يَسْتَحِقُّهُ عِنْدَ نَفْسِهِ, إِسْتَبْعَدَ ذَلِكَ وَاسْتَنْكَرَهُ. وَيَجِدُ تَفْرِقَةً بَيْنَ إِكْرَامِهِ وَإِكْرَامِ غَيْرِهِ, وَإِهَانَتِهِ وَإِهَانَةِ سِوَاهُ, حَتَّى رُبَّمَا يُظْهِرُ بَعْضُ سُخَفَاءِ العُقُولِ ذَلِكَ عَلَى أَلْسِنَتِهِم, فَيَتَوَعَّدُونَ مِنْ قَصَّرَ فِي حَقِّهِم بِمُعَاجَلَةِ اللهِ لَهُ بِالعُقُوبَةِ, وَأَنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يَدَعُهُمْ حَتَّى يَنْتَصِرَ لَهُمْ وَيَأْخُذَ بِثَأرِهِمْ. فَإِذَا وَجَدَ العَبْدُ هَذِهِ الْأَمَارَاتِ مِنْ نَفْسِهِ, فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مُرَاءٍ بِعَمَلِهِ, وَإِنْ أَخْفَاهُ عَنْ أَعْيُنِ النَّاسِ.
Maksudnya: “(Antara tanda-tanda riyak adalah) seseorang itu menuntut dengan hatinya agar manusia menghormati, mengagungkan dan mengetengahkannya dalam pelbagai majlis, disamping segera menunaikan hajat-hajatnya. Apabila seseorang mereka cuai pada hak yang berhak dia perolehi pada pandangan dirinya, dia mempersalahkan dan mengingkari perbuatan itu. Dia juga merasakan perbezaan antara menghinanya dan menghina orang lain, sehingga kadangkala sebahagian orang yang kurang akal menzahirkan perasaan itu dengan lidah mereka, lalu mereka mengugut orang yang mencuaikan hak mereka dengan balasan Allah yang segera, dan kononnya Allah tidak akan membiarkannya sehingga menolong mereka dan membalas dendam bagi pihak mereka. Apabila seseorang hamba mendapati tanda-tanda ini ada pada dirinya, maka hendaklah dia ketahui bahawa dirinya seorang yang riyak dengan amalannya, sekalipun dia sembunyikan amalannya daripada mata manusia.”
- Yusuf binal-Husinar-Razi Rahimahullah berkata:
أَعَزُّ شَيْءٍ فِي الدُّنْيَا الْإِخْلَاصُ. وَكَمْ أَجْتَهِدُ فِي إِسْقَاطِ الرِّيَاءِ عَنْ قَلْبِي فَكَأَنَّهُ يَنْبُتُ فِيْهِ عَلَى لَوْنٍ آخَرَ.
Maksudnya: “Perkara yang paling mulia dan sukar didapati di dunia ini adalah keikhlasan. Betapa banyaknya usaha yang telah dilakukan untuk menggugurkan riyak daripada hatiku, seolah-olah riyak ini seperti tumbuhan yang menjalar dengan warna-warna yang pelbagai.”
Semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, daripada berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, daripada seksa-Mu (bencana) yang datang secara tiba-tiba, dan daripada segala bentuk kemurkaan-Mu.”
Semoga kita dijauhkan dari sifat riak amin
BalasPadamtksh perkongsian ilmu
BalasPadamYa Allah jauhilah..semoga kita sentiasa merendah diri pada Allah hi ta'ala.Aamiin
BalasPadamMintak jauh....
BalasPadamSenang faham..riak ini berbuar sesuatu untuk dapat perhatian manusia
BalasPadamTanda riak itu, malas ketika sendiri, rajin di hadapan orang, semangat bila dipuji, lemah bila dicela.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.