Assalamualaikum wbt
#throwback
Tak habis-habis lagi kisah di Lumut kan SR ni? Walaupun percutian kami pendek sahaja ke Lumut masa tu, tapi banyak juga memori dirakamkan. Pendek tapi sweet, haa gitulah. Jadi, lepas kami siap makan di Restoran D'Warisan di Teluk Muroh tu, Zaimi tanya SR, ada nak beli apa-apa ke nak bawa balik ke Kajang?
Fikir punya fikir, SR rasa nak beli ikan masin dengan sotong gula. Zaimi onz aje, sebab dia dan SR memang suka makan gulai ikan masin. Ikan masin yang ikan bulu ayam tu, kalau digoreng, lagilah kami suka!
Jadi, terus gerak ke kedai-kedai yang banyak jual hasil laut di depan Jeti nak ke Pulau Pangkor di Lumut Waterfront tu. SR memang tak ada target kedai mana-mana pun sebenarnya, tak buat research pulak. Haha...
Tapi kebetulan depan kedai Hamid Ali ni ada parkir kosong. Teruslah masuk dan park. Bila dah masuk ke dalam, fuh meriah juga hasil lautnya.
Nama : PERUSAHAAN HAMID ALIAlamat : NO. 29, JALAN SULTAN IDRIS SHAH, 32200, LUMUT PerakLocation: WazePhone No : 0135818060
Beli punya beli, terus bayar dan bergerak untuk ke Teluk Intan melalui WCE. Gambar memang tangkap sekeping yang atas tu aje. Punya teruja cari ikan masin nak buat gulai, sampai lupa terus nak tangkap gambar dah hehe...
Oh ya, yang bagusnya, walau kami beli 2 jenis ikan masin, kereta langsung tak ada bau ikan masin. Sebabnya, ikan masin yang dijual oleh Hamid Ali ni, ada yang dah dibungkus siap-siap guna vacuum pack.
Bagus betul. Yelah, risau juga kalau 3, 4 jalam dalam perjalanan, kereta semerbak bau ikan masin! Hahah!
Inilah hasil laut yang SR beli hari tu. Saja-sajalah SR share, nak buat kenangan. Let's unbox!
Comel kan plastik dia, marketing strategy. Dia buat design cop kedai dia aje haa. Bila dah banyak-banyak, nampaklah macam corak. Ada alamat dan nombor telefon juga dekat plastik dia. Orang kedai tu kata, dia tak ada kedai shopee, tapi boleh aje kita whatsapp atau call nombor dia tu, nanti communicate la untuk beli yang mana ke apa ke, buat pembayaran, dan dia akan pos terus kat kita.
Senang kan zaman sekarang ni. Mudah. Semua di hujung jari. Masa kami beli di kedai dia pun, kami bayar secara QR aje. Tak payah susah-susah bayar cash.
Haa jom jom sambung bukak plastik.
Star of the day, kami beli 2 paket ikan masin untuk buat gulai. Orang kedai tu kata, ikan talang dan kurau ni antara yang selalu dibuat gulai. Kami pun belilah sepeket untuk setiap jenis. Bila sampai rumah, lupa yang mana talang, yang mana kurau. Maklumlah, kita idokler terer mengenalpasti ikan. Hahah!
Dah cuba buat gulai dengan nenas. Perghhhhh sedap!
Kami beli sotong madu pedas, satay ikan lidi, satay ikan paket, biskut ikan crispy fish...
Kami beli juga ikan keping ni. Nipis-nipis paket individually, ada gula. Ayu makan tak ingat dunia. Tak sangka pula dia suka. Kalau tahu, kami beli lebih dari sepeket. Sebabnya, kami beli satu, satu aje semua. Sebab tak pasti anak-anak nak makan ke tidak. Ini pertama kali kami beli makanan hasil laut macam ni.
Ada juga beli sotong merah, sotong limau dan sotong kering tanpa gula. Yang sotong limau tu sedap yakmat. Berebut-rebut SR makan dengan zaimi.
SR cuba beli obor-obor kering ni. Tapi nak kata benda lawak terjadi kan, lepas kami balik dari Lumut, adalah dekat berita tentang obor-obor serang pantailah apa lah, jadi terus semua tak nak makan. Cut story short, obor-obor kering ni masih ada dekat rumah SR. Yang lain-lain dah habis dah 😂
Itu sahajalah cerita throwback kami beli hasil laut buat raso-raso dari Lumut. Ada rezeki, bolehlah kami repeat lagi ke sana. Paling tidak, SR akan whatsapp saja Kedai Hamid Ali ni untuk beli ikan masin atau ikan bilis nanti.
Yabedabedu!
SA kalau pi Lumut memang suka beli hasil2 laut...
BalasPadamPeminat ikan masin ikan bulu ayam?
BalasPadamOkeh! Gimifai!
La, baru tahu obor² boleh dimakan ye?
BalasPadamAkk pun kalau jumpa ikan masin mmg borong hehe...
sronok dpt beli mcm ni.. kalau dkt kedah tanjung dawai
BalasPadammenu wajib beli tu kalo pi lumut....sate ikan..sotong pedas, ikan masin
BalasPadamkalau MA..ikan bilis & ikan masin..memang harus la kan
BalasPadamObor² kering? 1st time tau nih. Unik! Sampai takut nak makan ya 😄
BalasPadamAkak pun gagal kenalpasti mana talang mana kurau. Masak jelah kan ðŸ¤
Kalau ke Lumut mmg wajib borong segala hasil laut ni..husband akak paling fav sotong bergula tu..x ke sana pun, husband beli kat shopee baru ni..haha...
BalasPadamIkan satay itu selaluuuuu saya beli kalo ke Malaysia. Banyak jumpa di toko souvenirs. Dan saya suka.! Kalo dah makan, bisa tak ingat dah berapa plastik 🤣
BalasPadampekan Lumut skrg ni dh sepi x mcm dulu., huhu
BalasPadamsedap tuuuu ikan talang
BalasPadamsy suka sangat kalau ada dalam lauk masak lemak nanas
boleh bertambah2 nasi!
wah....makanan laut process sungguh menyelerakan...alhamdulillah
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.