Assalamualaikum wbt
Sewaktu percutian kami 5 beranak pada cuti sekolah yang lepas, kami sempat melawat Taman Paya Bakau di Lumut, Perak. Ketika kami sampai, waktu dah tengahari, jadi orang pun tak berapa ramai. Parkir masih banyak, berbanding dengan kawasan parkir di Pantai Teluk Batik, yang mana kami singgah sekejap sebelum tu.
Terus park kereta, dan ke kaunter tiket. Ya, ada tiket juga nak masuk ke Taman Paya Bakau Lumut ni, tapi harga tiketnya hanya RM5 untuk dewasa, dan RM3 untuk kanak-kanak. Kalau info SR silap (sebab SR terlupa), betulkan ya. Ia adalah sumbangan anda kepada Pusat Ekopelancongan Taman Paya Bakau Bandar Lumut.
Gambar ini kredit kepada Pangkor Island Tourism |
Untuk yang suka jalan-jalan tengok alam semulajadi, suka jalan-jalan tengok nature, berada dalam kawasan yang boleh hidu bau alam, jauh dari hiruk-pikuk manusia, bolehlah ke sini. Banyak betul pokok bakau yang besar-besar. Anak-anak SR walau dah selalu tengok bakau di Port Dickson, tetap seronok ke sini.
Selepas selesai buat bayaran, kami terus masuk ke dalam kawasan tamannya. Bunyi serangga-serangga yang menghuni Taman Paya Bakau tersebut hening sahaja menyambut ketibaan kami. Tenang sungguh rasanya.
Damai...
Banyak kerusi turut disediakan, kalau penat / nak nikmati ketenangan, boleh duduk |
Adam, amir dan ayu teruja tengok ada ketam-ketam yang berwarna biru terang bermain-main di akar pokok bakau. Kecil dan comel. Di Port Dickson, ketam yang kami pernah nampak, taklah seterang tu warnanya.
Ikan belacak pun ada banyak juga di Taman Paya Bakau Lumut ni. Seronok tengok ikan belacak tu bergerak ke sana ke sini. Dengan mata dia yang terjojol tu!
Kebanyakan pokok bakau di sini ada diletakkan papan tanda nama mereka. Nampak sama aje kan? Tapi spesiesnya ada yang lain-lain.
Di Taman Paya Bakau Lumut ni, ada dibina jalan / jejantas di sepanjang pusingan hujung ke hujung trail di dalamnya. Ada juga penghadang di kiri dan kanan. Jadi tak perlulah risau sangat kot-kot terjatuh ke bawah, atau kena berjalan dalam lumpur pula! Hehe...
Kami 5 beranak, masuk bersih, keluar pun bersih. Tak terkena secalit lumpur pun.
Banyak haiwan paya yang ada di celah-celah akar pokok bakau |
Antara tarikan yang paling menarik bagi kami sekeluarga di Taman Paya Bakau Lumut ni adalah adanya jambatan gantung. Selain berjalan di atas trail yang disediakan, berjalan di atas jambatan gantung boleh memberikan sudut pandang yang lebih menarik. Sebab kita akan nampak pokok-pokok bakau tu dari kaca mata burung atau monyet. Ha gittew...
Mana tak teruja, selalu pandang dari aras batang pokok, bila atas jambatan gantung, boleh tengok dari kedudukan lebih dekat dengan daun pokok.
Syok woa!
Pemandangan dari menara jambatan gantung Taman Paya Bakau Lumut |
Selain menikmati pemandangan, selebihnya kami bergambar. Walaupun gayat, anak-anak cuba juga berjalan ulang-ulang kali atas jambatan gantung tu. Kebetulan, tak ada pengunjung lain yang ada di situ waktu tu.
SR pun mestilah nak gambar solo atas jambatan gantung! |
Cumanya, di Taman Paya Bakau Lumut ni, ada banyak monyet tau! Hati-hati sahajalah, sebab walaupun dia macam tak kacau kita, dia hanya tengok sahaja, tapi tetap haiwan liar dan unpredictable.
Memang dia tak kacau, tapi dia juga tak takut dengan kita. Ada pengunjung yang ketika berjalan sambil minum air, dia ikut aje. Hulur-hulur tangan macam nak. Haha! Sebaiknya, kita jangan bagi makan pada monyet-monyet ni. Bukan apa, risau makanan yang kita bagi tu, boleh buat mereka sakit.
Mereka haiwan liar, pandailah dia nak hidup dan cari makan dalam paya bakau tu. Jangan tiba-tiba bagi makan boba pula ya!
Itulah sahaja pengalaman kami sekeluarga ke Taman Paya Bakau di Lumut, Perak waktu cuti sekolah hari tu. Siapa yang berkesempatan, bolehlah pergi ke sana, menikmati suasana alam yang mendamaikan jiwa. Atau jika ada guru / pensyarah yang nak bawa pelajar buat kerja lapangan / lawatan, sesuai juga ke sini, pada pandangan SR lah. Nah alamatnya:
Taman Paya Bakau, Jalan Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak, Malaysia.
Nak lokasi guna Google Map atau Waze? Pun boleh, klik SINI. Gittew...
Siapa pernah ke sini, komen sikit dekat bawah!
Bestnya dapat nature walk .boleh riadah ..sama riadah tu boleh healing² ..tambah lagi kalau dengar suara burung berkicauan .. wahh relaxing sangat
BalasPadamBest ni jalan-jalan di Paya Bakau. Trail pun nampak elok. Tiket pun murah. Teringin nak pergi dekat Kuala Selangor dan Pontian kot kalau tak silap. Ke Batu Pahat entah. Suka mendekati alam, tenang rasa. Tapi ada monyet² tu risau juga kalau jenis agresif.
BalasPadamseriau uncle tempat macam ni... takut jumpa ular
BalasPadamDulu memang banyak kera liar, masa taman ni masih percuma. Bila sudah dikenakan bayaran, orang kurang datang. Jadi, kera-kera banyak masuk taman perumahan, cari makan. Kawasan perumahan saya, letaknya di depan taman paya bakau ni, Syaz. :)
BalasPadamLaaa saya ada juga makan malam dekat Faizy tu malamnya hihi
PadamLaaa... Dah dekat bebenor. 😁
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.