Assalamualaikum wbt
Cerita 2 minggu lepas ni, baru teringat nak update. Kisahnya, kami sekeluarga balik ke Tumpat, kampung zaimi, hari Jumaat. Dan keesokan harinya, semua ahli keluarga zaimi termasuklah zaimi kena ikut rombongan pengantin. Ada saudara yang kahwin. Jadinya, SR dan anak-anak tak ikut.
SR tak berapa sihat, anak-anak pun tak larat sebab baru sampai malam semalamnya. Jadi, tinggallah kami 4 beranak.
Menjelang tengahari, anak-anak dah mula lapar. SR tak larat pula nak masuk dapur (jangan tiru aksi ini!) sebab tak sihat kan. Jadi, jalan paling mudah adalah order sahaja guna Food Panda.
Masa tengah skrol, ternampaklah ada Hot & Roll. Alang-alang dah lama tak makan, SR tanyalah anak-anak, diorang nak yang mana. Proceed order, tak sampai setengah jam, abe Food Panda kito pun sampai. Bereh...
Pertama kali juga sebenarnya SR order Hot & Roll ni guna Food Panda. Sebenarnya risau juga, macam manalah rupa makanan tu semua bila sampai. Tapi bungkusan dia sangat bagus ya rakan-rakan. Adam dan amir nak makan Sweet Crispy Wrap, perisa Banana Chocolate. Risau juga kot-kot pecah ke, lemau ke bila sampai rumah. Tapi utuh lagi kondisi Sweet Crispy Wrap diorang. Alhamdulillah.
Ayu pula order Savoury Paratha Wrap, perisa Chicken Sausage. Bila dah sampai, dia complaint pula kenapa makanan dia paling kecil. 😂 Dengki tengok abang-abang punya besar. Tapi sebenarnya, menu jenis paratha di Hot & Roll ni, sangat mengenyangkan. Ayu yang sibuk kata kecil tu, tak habis pun sekali makan. Kena ulang 2 kali baru habis.
SR punya pun Savoury Paratha Wrap, tapi perisa BBQ Chicken. Kecil bukan sebarang kecil, kecil yang sangat mengenyangkan tembolok SR! Haa dramatik tak? Punya nak menyampaikan yang makanan saiz kecil tu pun dah cukup 😂
Maka, makankah kami 4 beranak Hot & Roll masing-masing. Kenyanglah perut, senanglah hati. Anak-anak dah kenyang, SR nak lelap layan sakit kepala pun tak risau sangat.
Siapa pernah, atau selalu makan Hot & Roll ni? Korang suka order apa?
Hot and Roll had its start in 2003 when the first outlet opened at Leisure Mall, Cheras. Helmed by its founder, Tracy Ing and another partner, it is operated under Berkat Semangat Sdn Bhd which subsequently opened outlets at Summit USJ, The Curve and Sunway Pyramid. Today, Hot and Roll has more than 120 outlets located at shopping centres, transport hubs, institutions of higher education and medical centres. Apart from its signature Crispy Crepes, Hot and Roll is also well known for its thin Paratha range of delicious snacky wraps. For a fuller meal, there is a choice of larger wholemeal wrap with fillings topped with mouth-watering Cheezy Sauce - SOURCE.
Oh, Ayu dan SR suka savoury. Yang bujang² pulak suka manis ya, hihi.
BalasPadamSenang ada food delivery. Guna je mana yang available. Saya tak pernah lagi makan Hot & Roll ni. Nanti nak cubalah jugak.
BalasPadamammi pun tak ingat order apa.. dan ammi order tiap kali visit ke hospital pantai cheras je sbb kat situ ada hot roll je yg menarik. ahaksss
BalasPadambagusnya menarik tu, sebab masih dalam keadaan ranggup lagi tak koyak ke apa kan
BalasPadammujur semua sampai dalam keadaan baik , risau juga kan kalau order thru food panda ni .
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.