Assalamualaikum wbt
Kisah masa SR di rumah mertua hari tu. Masa dalam perjalanan nak sampai ke Kelantan, perut SR masuk angin. Dah umur-umur macam ni, bila perut masuk angin, seksa juga tau. Dia boleh sebabkan SR pening, an rasa nak muntah.
Sampai pun dah malam, cari ENO, tak ada pula dekat kedai tu. SR ke Salamku aje masa tu, cari stok air mineral. SR dan anak-anak kuat minum air kosong, jadi nak elakkan berebut-rebut air, kami memang akan beli air mineral sekotak untuk kami, dan sesiapa aje nak pun, bolehlah ambil.
Berbalik pada Spritzer Sparkling Lemon ni, SR pun belilah sebab ada pernah terbaca di mana entah, kalau minum, nanti boleh kerap sendawa, jadi perut yang masuk angin pun boleh reda dan surut. Jomlah try.
Rasa dia tak adalah manis, adalah rasa lemon-lemon nya. Memang menjadi bab sendawa-sendawa tu. Legalah sikit sakit kepala dan pening sebab perut masuk angin tu.
Dari segi medikal, SR tak pastilah ya ke tidak keberkesanannya. Kalau pada orang lain tak berkesan pun, SR tak taulah kenapa. Haha!
SR cuma nak cerita pengalaman SR minum air ni aje sebenarnya.
Okeylah, itu sahaja. Siapa pernah minum Spritzer Sparking Lemon ni? Suka tak?
PS: Sorry gambar kusam, lighting kelam hahaha!
Cuya pernah try air sparkling spritzer yg ori... saja nak mencuba. MashaAllah rasa dia pelik gila.. HAHHAHA CUya ingtkn air gas biasa, rupanya kena campur dgn air lain rasanya, kitanya mana tahu XD
BalasPadamHahaha mesti tak nak beli dah kan
PadamKita mcm tak boleh nak terima sgt sparkling air kosong ni hahaha.. kalau jenis berperisa tu boleh la hahaha..
BalasPadamada rasa pahit-pahit sikit kan?saya tak berapa suka,tapi kalau time migraine minum juga nak keluarkan angin sebu perut sakit kepala
BalasPadamxpernah cuba lagi air ni... tapi nampak mcm sedap.. mungkin betul boleh keluarkan angin... :D...
BalasPadamtak pernah cuba lagi..botol dia lawa plak
BalasPadamTak pernah cuba . Kat petronas ada jual eh ?
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.