Assalamualaikum wbt
Hari ni, hari yang istimewa untuk anak-anak SR. Sebabnya, mereka dapat surprise box! Atau lebih tepat lagi, anak-anak SR dapat Explosion Gift Box. Sekali-sekala anak-anak dapat hadiah yang misteri dan berunsur kejutan ni memang suka sangatlah diorang.
Di Malaysia, jika ada yang berhajat nak hadiahkan sesiapa sahaja Explosion Gift Box atau Surprise Box ni kan, CAKE RUSH memang recommended tau. Cake dia ada banyak pilihan juga, memang menarik. Jika tak nak kek, boleh ke?
Eh boleh juga, ada pilihan Ferrero Dome atau Teddy Bear. Boleh check it out dekat lama web diorang dekat SINI.
Anyway, berbalik pada kisah anak-anak dapat hadiah meletop ni... Parcel ni sampai ke rumah SR di Senawang dengan Ninja Van. SR pilih Ferrero Dome dan bukannya kek. Jadi delivery boleh aje guna mana-mana courier agaknya.
Sampai aje kotaknya, terus SR buka. Anak-anak tak tahu lagi mula-mula yang SR nak bagi hadiah dekat mereka bertiga.
Tapi once dah terbuka, dah nampak tutup kotak yang warna merah jambu terang tu, terus tiga-tiga tanya;
"Apa tu?" "Siapa punya??"
Tadaa! Comel kan? Cakes Made With Love gittew... Kotak dia berat dan materialnya sangat kukuh okey, bukan nipis-nipis punya kadbod. Kotak hijau dan merah jambu tu diikat rapi pula dengan riben yang juga warna merah jambu.
Bila dah tahu kotak tu diorang punya, memang semangat dan excited lah adam, amir dan ayu get ready depan kotak tu kan. SR seperti biasa, mestilah nak rakamkan sebanyak boleh kenangan dengan anak-anak (dan kotaak Cake Rush tu!).
Dengan kiraan tiga, SR suruh diorang tarik riben dan buka kotak Cake Rush tu sama-sama! Ada juga SR rakamkan video pendek seperti di bawah.
Yeay!!
Buka sahaja Explosion Gift Box yang semakin menjadi trend masa kini ni, berterbangan 4 ekor rama-rama yang keluar dari kotak tu. Lucu pula bila perhatikan reaksi terkejut dalam teruja dan terkujat anak-anak!
Hahaha!
Ayu dan amir sampai melompat ke tepi sebab terkejut anak benda melayang keluar dari kotak 😂
Ya, memori inilah yang mahal dan akan terpahat dalam ingatan dalam jangka masa yang lama dan panjang, insyaallah.
Bahagian dalam kotak juga cantik. Berlapis-lapis rupanya. Zaimi dan anak-anak mulaa dah memikirkan macam mana rama-rama tu boleh terpelanting keluar dari kotak sebaik sahaja penutupnya habis diangkat.
Bila dah tahu caranya, memang dah itu aje dimainnya empat beranak tu.
Itulah kisah anak-anak SR dapat kotak surprise hari ni. Yang buat lagi istimewa, memori ini dirakamkan di rumah kami di Senawang. Saja balik kemas dan bersihkan rumah, Ramadhan pun dah tak lama lagi nak tiba. Biarlah rumah berseri sikit.
Okeylah, selamat berhujung minggu buat semua!
Wah..pastinya menjadi moment i dah untuk dikenang😍
BalasPadamBestnya diorang dapat suprise box ni . Buka² jer rama-rama terbang tu terkejut juga la kan ..
BalasPadamJangan bagi pada orang latah....
BalasPadamBest lagi kalau buka aje box, ulau senduk yang keluar.
BalasPadamDah sampai Malaysia. Dulu suka tengok dalam FB dan IG orang luar buat secara DIY.
BalasPadamwaduhh cambest nih., rm129 tu rasanye berbaloi kann., hehe
BalasPadamvideo pendek tu tak buat tiktok ke.,
Menarik Menarik idea ni.. Nak tiru jugak lah :D
BalasPadamwaaaa ferarro tuuu haha besttt nya
BalasPadamalhamdulillah rezeki anak2 hepi ja ayu n abang2nya
BalasPadamBetul-betul menjadik surprise ni, sampai melompat Ayu & Amir 😄
BalasPadamcomei je.. seronok masing2 kan
BalasPadamSeronoknya dapat surprise box yang comel dan fancy. Ada butterfly terbang pulak tu. Memang sukalah dorang main tu je. hihi...
BalasPadambagus anak-anak...they have the effort to mencari "how" itu.
BalasPadamMesti seronok anak-anak kan.. teruja masing-masing.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.