#copypaste
BY
Soalan:
Assalamualaikum Dato’. Apakah hukum makan daging ayam yang sudah dimasak tetapi masih ada kesan darah pada urat, daging dan tulangnya? Perkara ini selalu buatkan saya berasa was-was.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّـهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah al-Maidah: 87)
Ayat diatas mengandungi peringatan buat orang beriman agar tidak mengharamkan apa-apa yang baik, yang telah Allah SWT halalkan untuk mereka yang terdiri daripada makanan, minuman dan menikahi perempuan sehingga mempersempitkan apa yang telah Allah SWT luaskan untuk mereka. Selain itu, ayat ini juga mengingatkan mereka agar jangan melampaui batas-batas yang telah Allah SWT haramkan kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang melampaui batas. (Lihat al-Tafsir al-Muyassar, hlm. 122)
Kesimpulan
Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan di sisi ulama’ mazhab al-Syafi’e, terdapat dua pendapat (Lihat I’anah al- Talibin, 1/100):
- Ini adalah pendapat Imam al-Nawawi seperti mana yang diputuskan daripada kalam beliau dalam al-Majmu’. Ini juga selari dengan pendapat Imam al-Subki.
- Najis tetapi dimaafkan. Yakni, dimaafkan jika dimakan maka hukumnya adalah halal. Tetapi jika bercampur dengan suatu yang asing seperti dijirus air, maka darah yang terdapat pada daging itu tidak lagi murni maka hukumnya najis yang tidak dimaafkan. Inilah yang muktamad dalam mazhab. Adapun, jika dihidangkan lauk daging yang tidak dipastikan bercampur darah atau tidak kerana tidak nampak dan sebagainya, maka kekal hukum suci.
Justeru kami katakan hukumnya dibolehkan dan halal. Maka, janganlah anda berasa was-was kerana ianya halal. Ini kerana yang diharamkan berdasarkan mafhum nas adalah darah yang mengalir ketika hidup atau ketika sembelih. Maka adapun selepas mati, darah pada daging itu tidak mengalir seperti ketika hidup justeru hukumnya adalah halal. Begitu juga sukarnya untuk menjaga diri daripada darah yang terdapat pada daging dan tulang, sama ada dijirus air atau tidak, bagi orang yang memasak, pelapah dan penyembelih.
Justeru, darah pada daging, urat dan tulang ayam yang sudah dimasak adalah halal dan suci. Manakala daripada aspek kesihatan, jika doktor melarangnya kerana mudarat penyakit dan sebagainya, maka haram atau makruh memakannya mengikut kadar mudarat.
Semoga Allah membantu anda dalam lebih memahami syariat Allah SWT dan moga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Surah Ibrahim: 40)
Wallahua`lam.
Terima kasih sharing 💓
BalasPadamThanks for sharing....
BalasPadamTK perkongsiannya
BalasPadamMemang pernah hadapi situasi begini
Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih.
BalasPadamwalaupun halal tapi tekak tetap tak lalu nak makan...
BalasPadamayam masih berdarah lg terus potong selera nak makan !
BalasPadamwalaupun halal, tetapi rasanya dah jadi lain dan xdapat menikmatinya dengan baik.. huhuhuhu
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.