#copyandpaste
Dari Maktabah Al Bakri
SUMBER |
Soalan:
Hi, saya ingin bertanya satu soalan, sebagai Non-Muslim saya selalu tertanya-tanya, kenapa muslim kena cium/pegang hajar aswad masa melakukan umrah/haji? Sedangkan Muslim tidak boleh sembah barang selain Allah.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Al-Hajar al-Aswad merupakan batu yang diletakkan oleh Nabi Ibrahim AS di salah satu daripada penjuru Ka’bah (sudut Timur Ka’bah dan sebelah kiri multazam) dan Allah SWT menurunkannya dari Syurga. Sabda Nabi SAW:
نَزَلَ الحَجَرُ الأَسْوَدُ مِنَ الجَنَّةِ، وَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ فَسَوَّدَتْهُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ
Maksudnya: “Al-Hajar al-Aswad diturunkan dari Syurga. Warna lebih putih daripada putihnya susu tetapi ia telah dihitamkan oleh sebab dosa-dosa anak Adam.”
Riwayat al-Tirmizi (877) dan beliau nyatakan hadith ini dinilai sebagai hasan sahih
Berbalik kepada soalan yang diajukan, hukum mencium/ memegang batu Hajar Aswad adalah sunat. Perbuatan mencium Hajar Aswad bukanlah bererti menyembah batu tersebut, namun sebagai salah satu sunnah Nabi. Sebagaimana dalam hadith menyebut:
إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ مَا تَنْفَعُ وَلاَ تَضُرُّ، ولَوْلا أنِّي رأَيْتُ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم، يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku (Saidina Umar al-Khattab) mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.”
Riwayat Al-Bukhari (167)
Kami katakan Allah SWT mengecualikan mengikut apa yang Dia kehendaki. Kami patuh dan taat kepada perintah Allah SWT. Bila mana Allah SWT mensyariatkan kami agar mencium Hajar al-Aswad dan beristilam dengannya, begitu juga mencegah kami dari bertabarruk (mengambil berkat) dengan batu dan pohon kayu. Maka, ini termasuk dalam perkara pengecualian. Kami lakukannya semata-mata mentaati Allah SWT dan mengikut Rasulullah SAW.
Begitu juga, untuk pengetahuan saudara, ibadat dalam Islam, ada yang bersifat tawaqqufi dan ta’abbudi yang memberi maksud kerana itulah perbuatan Rasulullah SAW yang sewajarnya kita ikuti. Boleh jadi kita tidak mengetahui matlamat atau hikmah di sebaliknya, tetapi kita tetap yakin akan ada hikmah di sebaliknya. Dengan sebab itulah, hikmah yang sebenarnya dariapda mencium Hajar al-Aswad adalah semata-mata mengikut perbuatan Rasulullah SAW di samping menzahirkan ubudiyyah kepada Allah SWT iaitu dengan cara mentakzimkan syiar-Nya sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah.
Semoga perbahasan ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada saudara dalam memahami lebih mendalam berkenaan agama Islam. Amin.
SHAH ALAM - Hukum mencium hajar aswad adalah haram sekiranya membahayakan termasuk menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.
"Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
"Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari "Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
uncle berpeluang sekali... syukur
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki Uncle :)
Padambetul...tgk video yg viral baru2, mcm sedih sgt.. adik MA hari pegi tu pun x dpt peluang but sbb sunat hukumnya so rezeki la kalau dpt pegang or cium tu but nak berebut2 memang x la dia ckp
BalasPadamtksh syaz perkongsian lmu
BalasPadamrezeki msg2, kalu terramai bersesk sesak rasanya sukar dan tak perlu.
BalasPadamlelaki insyaallah mudah kita wanita sukar nk mencelah.
masa ciknur dpt pegang kaabah shj dan sempat berdoa syukur alhamdulillah
Terima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamAndai dapat mencium Hajar Aswad, Alhamdulillah, andai tak dapat, lihat dari jauh pun dah satu rahmat.
Rezeki jika dapat menciumnya. Terima kasih untuk perkongsiannya.
BalasPadamKalau sempat boleh cium dan kalau tidak sempat ..ok saja sebab ia bukan rukun yang wajib...apa-apapun mengikuti sunnah Nabi adalah dituntut
BalasPadamapa pun utamakan ibadah. hajar aswad tu tak ke mana pun. ibadah umrah or haji tu lg penting sbb ia boleh jd penentu amalan kita dunia akhirat
BalasPadamBelum berpeluang lagi mencium hajar aswad masa umrah tahun 2014. Tapi tu lah zaman sekarang ni semua nak dibuat content.
BalasPadamwaktu kesana dulu..pernah juga ada jemaah dari negara seberang offer nak bawa kami cium hajarul aswad (berbayar)..tapi bila tengok dia rempuh jemaah yang lain suami terus kata tak perlu. matlamat tak menghalalkan cara
BalasPadamnak cium hajar aswad boleh tapi jangan sampai ikhtilat antara lelaki dan perempuan tak terjaga .
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.