Assalamualaikum wbt
Minggu ni, banyak betul SR ke sana ke mari. Sibuk sikit dengan urusan duniawi. Minggu ini juga adalah minggu terakhir cuti sekolah, jadi memang banyak juga hal ehwal buku, yuran dan pakaian sekolah anak-anak. Sampai lenguh kaki tangan duk membalut buku. Iu baru 2 anak yang bersekolah rendah. Tabik SR pada mereka yang ada anak ramai.
Semalam pula SR ikut kawan ke Stesyen Penyelidikan MPOB di Bangi lama. Usai urusan, rasa lapar ya amat. Call zaimi, dia kata dia dan anak-anak baru aje sudah makan. Maka, SR pun makanlah seorang diri di Astana Putra UPM ni.
SR tak kisah pun makan sorang-sorang, sebab dah biasa. Tak kekok dah, zaman remajaa dulu je rasa janggal.
SR teringin nak makan di Astana Putra ni semalam sebab ruang makan dia cozy dan kondusif. SR pernah makan sekali di sini awal-awal semester lepas.
Masuk saja, staf akan tanya berapa orang.
"Seorang." Jawab SR. Staf pun terus bawa SR ke meja sebelah hadapan, bawah kipas. Legaaa... Staf juga tinggalkan buku menu, dah nak order, panggil dia.
SR terus ke depan dulu untuk ambil air percuma. Semalam, air perisa strawberry kot. Sedap gila. Mungkin sebab SR memang tengah kehausan.
Belek punya belek, akhirnya SR pilih menu Nasi Ayam Mutiara. Air pula SR minta Kedondong Asam Boi. Fuh sedapnya, masih terasa-rasa lagi masa SR taip ni haa. Rasa yang cukup serba-serbi. Kedondong asam boi tu memang power betul rasa dia. Susah nak paksa diri hirup slow-slow supaya tak habis cepat. Haha!
Sambil tunggu order sampai, SR pun tengoklah sekeliling. Cozy tapi sangat luas kedai ni. Bukan bukan sahaja untuk makan tengahari, tapi juga sampai ke malam tau. Tutup pukul 11 malam.
Antara menu yang popular di sini adalah Nasi Uzbek. SR ingat nak cuba, tapi sebab seorang, rasa nantilah dulu. Oh ya, ada juga SR terbaca yang bulan Ramadan 2024 ni, Astana Putra UPM ni ada juga buat Buffet Ramadan. SR pun tengah fikir-fikir juga ni, rasa macam nak try! Boleh check it out poster bawah ni, atau KLIK SINI.
Tak lama pun menunggu, makanan dan air SR pun sampai. Tadaaa! Meleleh-leleh air liur SR mengenang sedapnya nasi ayam mutiara tu gais.
Terus simpan telefon dalam poket, terus kayuh dan hayun. Tak tengok orang kiri-kanan dah. Lapar kan. Selesai makan, duduk-duduk sekejap menikmati angin kipas dia yang betul-betul atas kepala SR. Nyaman....
Dah selesai, buatlah bayaran dekat kaunter di bahagian pintu masuk tadi. Cantik kan jalan masuk dia, ada rumput gittew...
Kalau ikut hari, nak beli kek ni semalam. Tapi entah kenapa tiba-tiba SR terlupa nak beli hahaha! Dah sampai ke kaunter bayaran, terus bayar, dan balik ke kereta. Nampak sangat SR letih. Fikir pun dah tak betul. Perut pula dah kenyang, jadi mengantuk.
Kaunter bayaran |
Luas betul kawasan parkir di Astana Putra UPM ni. Kenalah dengan kedai dia pun yang besar dan luas tu. Kiranya kalau nak datang makan dengan kawan-kawan atau keluarga ramai-ramai dan naik kereta lain-lain, tak perlu risau sangat pasal parking.
Insyaallah ada.
Resit dia agak menarik bagi SR. Selain tarikh, menu dan harga, ada juga dinyatakan berapa ramai kita makan. Hahaha!
Nampaklah SR makan seorang diri semalam, kalau berdasarkan resit ni. Harga pun SR rasa tidaklah mahal sangat walau tidaklah begitu rahmah. Tapi SR tak kisah, sebab sedap dan yang penting kedainya selesa!
Sesiapa datang area Kajang, Bangi, Putrajaya, UPM... Bolehlah cuba makan dekat Astana Putra ni. Bestttt....
Itulah sahaja dahulu dari SR, tata!
tempat makan pun luas dan selesa ni , wahh percuma air strawbery ? jarang-jarang sekali kan . moga murah rezeki owner kedai ni . panas-panas ni hidang air apa pun mesti hilang dahaga tu
BalasPadamsimple je logonya. harga macam tu sesuailah dengan suasana.yang penting sedap. mahal tapi tak sedap tu yang geram
BalasPadamBagus sangat kalau parkir luas dan kawasan resto pun luas dan selesa. Dapat pula air sedap kan. Memang segarlah tekak. Dah lapar memang tak ingat apa dah, dah ambil gambar semua simpan makan pelan-pelan. Resit dia details. Bagus juga untuk rujukan pelanggan dan kedai.
BalasPadamtempat makan dia selesa. Jadi sesuai kalau ada buffet. Makanan pon nampak sedap
BalasPadamHarga cam tu ok la.... not bad
BalasPadamIngatkan betul2 daging ayam mutiara.
BalasPadamluas juga kedai nye.. lady suke kedai luas2 mcm ni.. mudah nak bergerak dengan kerusi roda..
BalasPadamSA pernah makan kat sini...masa tu masih dengan Ex BF SA, dia grad UPM so dia bawak jenjalan UPM..masa ngan dia x leh amik gambar, x leh masukkan dalam blog...kena sumpah seranah nanti...nasib dh putus...nanti SR bawak la SA makan kat sini plak..hehehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.