Buffet Ramadan, juga dikenali sebagai iftar buffet, adalah satu bentuk perayaan makanan yang popular semasa bulan Ramadan. Ia merupakan satu acara di mana individu berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama selepas seharian menahan lapar dan haus. Buffet Ramadan menawarkan pelbagai hidangan dari pelbagai jenis masakan, termasuk makanan tempatan dan antarabangsa, serta pencuci mulut yang lazat.
Biasanya, buffet Ramadan diadakan di pelbagai tempat seperti restoran, hotel, atau pusat makanan yang menyediakan hidangan yang disusun secara buffet. Hidangan yang ditawarkan boleh mencakupi pelbagai hidangan tradisional tempatan seperti nasi beriani, bubur lambuk, ketupat, rendang, dan pelbagai lagi. Selain itu, juga terdapat hidangan antarabangsa seperti pasta, sushi, dan hidangan barat yang lain.
Buffet Ramadan sering menjadi tempat yang popular untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia membolehkan individu untuk mencuba pelbagai hidangan dari pelbagai masakan dalam suasana yang mesra. Selain itu, buffet Ramadan juga merupakan peluang untuk beramah mesra dan berkongsi kegembiraan bersama-sama dalam suasana yang penuh dengan kebersamaan.
8 Buffet Ramadan 2024 di Bangi Dan Putrajaya Dengan Harga Bawah RM100
1. KENDURI PALACE CONEZION PUTRAJAYA
WARGAEMAS(>60)/OKU: RM54.90
KANAK-KANAK (6-12 tahun): RM39.90
Kami menyediakan lebih 80 jenis juadah antaranya termasuk menu istimewa set Nasi Minyak Kenduri Palace, Kambing Bakar dan Satay panas panas, Pasta Live Cooking, Roti John Live Cooking, aneka Kuih Muih dan Kek, aneka Ice Cream, Cendol/ABC, Dessert, aneka minuman dan bermacam lagi.
Kemudahan surau/tandas disediakan
Parking berbumbung percuma
Kids Corner Activities
Jemput datang berbuka sambil berkenduri di pelamin, makan puas puas all you can eat buffet.
Waze - Kenduri Palace @ IOI Conezion
E-G-03A, Conezion Commercial, Persiaran IRC3, IOI Resort City, Putrajaya
Hubungi kami
Whatsapp https://wa.me/601137710851
Call 03-8682 5702
2. RESTORAN UJUNG TANJONG
Assalamualaikum dan selamat malam. Untuk semua warga semenyih dan sekitar kami Restoran Ujung Tanjong menyediakan buffet ramadhan dgn harga yg berpatutan. Terdapat lebih dari 20+ jenis hidangan seperti kambing bakar dan menu signature kami nasi serai beserta ayam gadur. Kami sedia menerima tempahan dari anda2 sekalian.
3. CLOVES RESTAURANT & CAFE
MENYESAL TAK BOOK AWAL! Tengoklah menu-menu yang ditawarkan berbaloi dengan harga.
Berita baik untuk warga Bangi!
Tidak seperti tahun-tahun lepas, tahun ini Cloves Restaurant & Cafe memutuskan untuk mengadakan buffet berbuka di premis kami, iaitu di Plaza Paragon Point, Seksyen 9 Bangi.
Buffet akan bermula pada 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.
Antara menu menarik yang boleh dinikmati di sini adalah :
Asam Pedas Ikan Pari
Mee Bandung
Soto Ayam
Laksa Sarawak
Laksa Kedah
Kambing Bakar
Baby Pavlova
Bread & Butter Pudding
Cream Caramel
Red Velvet Cake
LIVE PASTA STATION
dan macam-macam lagi.
Harga berpatutan dan berbaloi
Ruang parking kereta yang luas dan percuma untuk 2 jam pertama (T&G)
Kemudahan tandas dan surau disediakan
Berhawa dingin
Tempahan dibuka sekarang!
RM50/dewasa
RM45/warga emas (60tahun dan keatas)
RM35/kanak-kanak (7-12tahun)
Waktu Operasi dari 15 Mac - 7 April 2024 :
Buffet :- 6ptg - 9mlm
Ala Carte & Set Talam (tempahan) :- 9mlm - 12mlm
Buffet Ramadhan sirip steamboat and grill cawangan bandar puteri bangi betul2 belakang Lotus bandar puteri bangi.
Di sini bukan sahaja boleh makan steamboat tapi terdapat pelbagai juadah lain boleh rambang mata dibuatnya. Jom tempah sekarang @siripsteamboat
Tarikh: 13 Mac 2024 - 9 April 2024
PROMOSI EARLY BIRD - Pembelian Sebelum 10 March 2024
.
EARLY BIRD price
Dewasa - RM41
Kanak-kanak (5- 12tahun) - RM23
Warga Emas/OKU - RM36
Special Tempahan Berkumpulan/Korporat:
Early Bird Price - RM41
Normal price - RM44
Kanak-kanak (5- 12tahun) - RM26
Warga Emas/OKU - RM38
kelebihan berbuka Di sirip steamboat cawangan ampang
.
Ruang Berbuka Yang Selesa & luas
Mesra OKU , Warga Emas & Kanak Kanak
Kemudahan Surau dan bilik air
Parking yg luas ada Dan basement
RAIKAN SEHARI BERBUKA BERSAMA KAMI DI MAHA BUFFET @Maeps Serdang - Experiment Kitchen x Mak Kimbong
Ini adalah tempat kegembiraan anak-anak seisi keluarga dan sahabat handai, rakan sekerja. Anda BAYAR PADA SATU HARGA sahaja tapi anda dapat lebih dari harga makanan!
200 JENIS MAKANAN dan lebih 20 STALL LIVE COOKING
Lebih 10 ATTRACTION PERCUMA menanti anda
Cabutan bertuah KERETA MISTERI untuk pengunjung minggu 1&2
DEWAN YANG SANGAT LUAS
PARKING dan TANDAS yang banyak
SURAU yang selesa
HIBURAN sepanjang anda makan
PLAYLAND untuk anak-anak DUA KALI GANDA besar dari tahun lepas!
WAJIB anda CUBA dan REPEAT lagi Maha Buffet tahun ni! Save the date, pakai baju cantik-cantik dan datang makan dengan GEMBIRA bersama keluarga, dan kawan kawan tersayang
Tekan link di bawah untuk tempahan sekarang!
https://mahabuffet.com.my
BUFFET RAMADHAN SEMENYIH
Setiap Hari Jumaat, Sabtu & Ahad
Khas untuk semua penduduk sekitar Semenyih, Kajang, Beranang, Ecohill, Eco Majestic, Rinching, Kajang, Bangi
Jom! Ramai2 Support Buffet Ramadhan kami
Lokasi kami di Semenyih Industrial Park.
Belakang RAKAN HQ Semenyih
RM 59 Dewasa
RM 39 Kanak-Kanak 7Tahun Keatas
RM 39 Warga Emas
Ada 8-10 Stall
Ada Kambing Golek
Masakan Muhibbah Rakyat Malaysia
Kami ada slot untuk Group Booking juga
Jom Booking sekarang!
Ramai yang dah datang tahun lepas, tahun ni nak datang lagi. Ada lebih 60 menu lauk kampung. Siap ada kambing grill 😎🔥
Nak cari tempat berbuka untuk family?
Nak buat majlis berbuka untuk team anda?
Tahun ini, kami dari Sky Intan menyajikan pelbagai menu berkonsep desa dari utara hingga ke selatan tanah air.
Ada Nasi Daging Utara, Sotong Sambal Petai, Laksa Johor, Sup Kambing Cicah Roti Banggal dan Ubi Kayu Rebus.
Tidak lupa juga menu western seperti Spaghetti Aglio Olio dan menu dessert seperti ABC, Cendol, Bubur Kacang dan banyak kuih muih.
Lebih daripada 60 juadah disajikan nanti, bersama dengan kambing grill 😍
PEMBELIAN VOUCHER
💲Normal Price:
🔔Dewasa: RM 69/ORANG
🔔Kanak-kanak: RM 39/ORANG (5 - 12 TAHUN)
🔔Table : RM 660/TABLE (10 ORANG)
👶🏼 FOC KANAK - KANAK 5 TAHUN & KE BAWAH.
SKY INTAN AVENUE HALL CYBERJAYA menjadi pilihan kerana :
🚦 Lokasi strategik
🏰 Dewan besar & selesa
🏔 Fully air cond
🚙 Parking luas
🕌 Surau lelaki & perempuan
Untuk booking, boleh klik button WhatsApp atau klik link berikut:
https://skyhallcbjramadan.wasap.my
Untuk tempahan PRIVATE EVENT, Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.
LOCATION:
D-03-02 BLOCK D, JALAN TEKNOKRAT 6,
CYBERSQUARE, CYBERJAYA
63000 SELANGOR
WAZE:
BIRO@CYBERSQUARE
Macam mana nak diet kalau banyak pilihan iftar ni:D
BalasPadambanyak sungguh makanannya.. kalau dengan anak2 yg pelbagai ragam ni x selesa nak makan kat luar..
BalasPadamSetiap buffet ramadan kambing bakar / kambing golek tetap menjadi pilihan
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.