Assalamualaikum wbt
Hari Khamis hari tu, SR ada keluar berdua sahaja dengan ayu ke IOI City Mall Putrajaya. Tak ada tujuan yang jelas nak cari apa pun sebenarnya, cuma memang nak pergi ambil angin sambil melepaskan gian shopping. Itu adalah salah satu kaedah (cewah) SR untuk menghilangkan stres. Sebab semalamnya, hari Rabu 21 Februari 2024, SR ada seminar untuk pembentangan research proposal pHD SR.
Jadi, segala persiapan untuk itu memang memenatkan badan dan otak. So marilah shopping ahaha. SR belikan anak-anak dan zaimi barang-barang sedikit, untuk SR, hanya sebatang gincu Mac. SR suka sebab dia tahan lama dan warnanya padan.
Kod apa, SR lupa dan malas nak check dari handbag. Haha! SR beli di Sephora aje, walaupun ada aje kedai MAC depan tu kan. Untuk elak terjebak beli lebih 😂
Dekat Sephora tu pun, hamapir tewas nak beli perfume Gucci yang Jasmine ke apa entah tu. Jenuh pujuk diri bersabar.
Anyway, berbalik pada makan tengahari dengan ayu di Coliseum tu, SR pilih ke situ sebab malas nak menapak jauh. Masa buat keputusan nak makan tu, kami memang depan-depan tu dah. So, let's.
Lapar dan memang nak makanan yang praktikal. Makanan yang ayu boleh makan dan habiskan. Jadi setelah dibelek dan diselak buku menunya, SR order Nasi Goreng Coliseum sahaja dua pinggan, dengan 1 puding kastard.
Untuk air, ayu request nak iced lemon tea. SR pula hanya order iced latte sahaja untuk SR.
Borak-boraklah dengan si ayu, memang banyak betul ideanya bercakap. Anak perempuan, begini pula pesen bila kita ngedate berdua dengan dia kan. Tunggu tak lama, pusing pun sampai. Kami pun terus bedal sebab lapar weh!
Masa ni ayu tengah teruja cerita pasal kepala paip dekat sinki cuci tangan dalam Coliseum ni bentuknya unik. 😂
Teruslah pasang angan-angan, nanti bila dia dah ada rumah, nak letak kepala paip macam tu jugak. Jauh betul berangan haa.
Nasi goreng dah sampai, masih berasap-asap. Sedap! Terus kami bedal. Ayu semangat makan salad-salad tu pun dia makan. Telur goreng SR pun dia rembat. Kiranya dia makan nasi goreng tu, sekali dengan dua telur goreng!
Bertuah punya anak!
Katanya sedap sebab dia cicah telur goreng tu dengan sos cili Lingams yang ada atas meja makan kitorang tu haa.
Ayu pun tolong SR tangkap gambar. Pandai dah dia tangkapkan gambar sekarang. Bolehlah, dari kalau dulu dia tangkap, bergegar-gegar macam gempa bumi 😂
Lepas siap makan, sambung jalan-jalan window shopping. Ayu seronok, SR pun seronok juga semestinya.
Insyaallah ada rezeki nanti boleh bawa abang-abang dan zaimi pula makan di Coliseum ni. Cuma bak kata Haji Bakhil, sediakan saja duitnya, banyak-banyak 😂
Ice cream dan cake ke tu? Baru semalam ke IOI City Mall tu. Lalu kat area Sephora tu la tapi masuk Typo dan Innisfree.
BalasPadamGirls day out la ni...
BalasPadamWah selera ye Ayu makan, nmpk je badan tecik :D
SA pun suka pi IOI City mall ni...cuma lenguh nak explore sebab bosar bonar kan...bagus ayu pandai dah serba serbi...good girl, lepas ni boleh jadi kawan omak pi travel plak
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.