Assalamualaikum wbt
Entry lepas, SR ada cerita tentang kami sekeluarga ada menginap di Marina Heights Hotel & Residence di Lumut, Perak. Bila hari dah malam, kami pun dah lapar, tak pergi jauh-jauh dah. Makan di kedai seafood yang terletak betul-betul berhadapan dengan Marina Heights Hotel & Residence ni aje. Nama kedai makan tu adalah Garden Beach Seafood.
Restoran ni sangat luas, dan banyak meja. Tapi, masa kami ke sini, penuh! Dan sampai orang berdiri tunggu dekat tepi sambil cekak pinggang waktu kita belum siap makan. Annoying sungguh. Bukannya kita makan main-main atau ambil meja dia pun.
Anyway, apart from that...
Makanan dekat Garden Beach Seafood memang sedap. Yums!
Kami pun sebenarnya pertama kali cuba makan di kedai ni. Terus order Set B sahaja, malas nak fikir. Set B tu sesuailah menunya dengan kami lima beranak. Untuk siakap tu, kami pilih Siakap Masam Manis. Air pun kami tambah 1 jug extra.
Sebabnya adam sangatlah suka makan sulam air. Memang selalu tak cukup air. Jadi, order ajelah lebih siap-siap.
Sementara tunggu makanan siap, anak-anak ambil dadih seorang satu. Makan sebagai pembuka selera la kot. Haha!
Air untuk Set B tu, kami pilih jus oren. Untuk jug tambahan tu, kami order teh O ais. Tak mahal pun, rasanya dalam RM6 aje 1 jug teh O ais tu.
Dah besar panjang, boleh tolong tuangkan air untuk semua |
Ayu dan amir pula sibuklah nak main dekat playground yang Garden Beach Seafood ni sediakan. Kasi can lah main sekejap sementara makanan belum sampai lagi. Masa ni orang masih belum ramai. Dah pertengahan kami makan tu orang ramai menyerbu. Itu yang ada segelintir yang macam tak ada common sense, berdiri peluk tubuh dan cekak pinggang sambil tenung SR dan anak-anak makan.
Macam saka tau tau perangai. Menyampah. Kot iya pun lapar dan nak meja, meja sedang penuh, janganlah berperangai macam orang tak pergi sekolah macam tu.
Anyway... Berbalik pada cerita, makanan kami pun sampai.
Makan dengan tenang, dan sebahagian lagi tak tenang. SR rasa, owner kedai perlu juga sediakan ruangan menunggu untuk mereka yang kena tungu giliran meja. Benda tak ada pun tulis reserve ke apa, jadi agak tidak manislah kan buat lagak ala samseng kebulur sebelah meja orang.
Serius kami makan dengan pace biasa aje, tak lambat pun. Tapi anak-anak SR jadi takut bila diserbu macam tu. SR memang jeling aje perempuan tu. Geram sebab anak-anak SR jadi tak nak habiskan makanan, sebab diorang rasa macam diorang ada buat salah.
Sikiiiitt lagi SR nak sound, tapi memikirkan kita di tempat awam.
Anyway...
Makanan kami order memang sedap, dan kedai ini juga boleh bayar secara cashless. Tak perlu risau kalau lupa keluarkan duit dari ATM dan sebagainya.
ENtry ini berbunyi geram? Ya, memang geram! Hahaha! Tapi benda dah berlalu, jadikan iktibar ajelah. Jadi sesiapa yang ke Lumut, bolehlah cuba makan di Garden Beach Seafood ni ya!
Potong mood nak makan betul laa kalau kena serbu macam tu . At least kalau nk tunggu pun tak perlu laa tunggu berdekatan dengan meja yg kita tengah makan .. Aduhaiii
BalasPadamjika kedai yg penuh sesak mcm ni meme abe kie x masuk. abe kie plak jenis jenis yg menikmati setiap suapan. x suka mkn tergesa2 sbb x dapat menikmati makanan tu. semoga x jumpa la situasi org menunggu meja mcm ni. Ya! Ampun!
BalasPadamBagus kan menu yg ada offer set-set ni...? Kadang2 lebih jimat
BalasPadamsenang order set je terus tak payah pening fikir menu kan.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.