Assalamualaikum wbt
Cuti sekolah Februari 2024, kami rancang memang nak bawa anak-anak pergi jauh sikit dari rumah. SR dan zaimi pun masa ni dah selesai dengan final exam. Kiranya nak pergi healing lah haha! Selalu bercuti ke area Melaka dan Port Dickson, kali ni kami bawa anak-anak ke Lumut, Perak. Saja, tanpa ada rancangan pun hendak ke Pulau Pangkor, mahu pun bermandi-manda di Teluk Batik. Anak-anak memang request nak bercuti untuk:
1. Tidur di hotel (asalkan hotel!)
2. Mandi kolam
Jadi, SR dan zaimi saja nak ubah angin, maka kami pun booked Marina Heights Hotel & Residence ni tersangatlah last minute. Booked yang 1 room apartment, seaview. Tak fikir panjang. Terus booked dua hari sebelum tarikh pilihan untuk check in, kemas beg, pergi!
Best ke apartment ni? Dia ada best, ada juga ruang untuk pihak management buat penambahbaikan. Antaranya, ketika kami nak check in, bilik masih tak ready walaupun dah pukul 4 petang. Management memang minta maaf, sebabnya kekurangan staf. Kami dapat kunci bilik, tapi masa kami masuk, bilik tak kemas lagi. Toilet pun masih kotor, cadar bergumpal.
Berlari-lari housekeeping dia datang dan minta maaf. Dan minta lagi 30 minit untuk diorang kemas. Maka turunlah balik kami ke bawah, tunggu di lobi. Tapi lepas dah siap kemas dan cuci, bilik okeylah.
Tilam memang sangat empuk |
Masuk-masuk aje, akan nampak bilik di sebelah kiri, bersebelahan dengan bilik air. Bilik air dia kurang best sikit pada SR, sebab bertakung. Tapi bolehlah nak survive dua hari di sini.
Oh ya bilik tu tadi ada dua katil single, ada juga almari. Langsir sebaiknya tutup rapat-rapat sebab memang nampak jelas dari koridor.
Nampak tak paip tu? |
Cuma SR tak berkenan dengan paip-paip bilik air dari aras atas, yang tak terselindung langsung di siling bilik tu 😂
Bukanlah nampak kotor atau bocor, cuma SR terlebih over thinking, terbayang orang atas memerut, lalu dalam bilik tu 😂
SR tak faham juga layout bangunan ni macam mana, dan bagaimana tingkat atas pada bilik, adalah bilik air? Ah abaikanlah. Bilik tu okey aje gais.
Di ruang tamu pula ada TV, katil ada 1, king. Ada almari juga, ada kitchenet, TV, cerek, sterika. Ada juga air mineral disediakan, dan peti ais kecil.
Mungkin SR OCD, tapi asyik terfikir kenapa cermin tu tak digantung ikut bentuk beam tu betul-betul? Kenapa belah kiri terlebih, sedangkan belah kanan tak cukup sampai tepi? 😂 |
Di beranda, ada set kerusi. Cuma di beranda, penuh putung rokok. SR kutip-kutip buang, masih ada lagi. Entahlah. Zaimi tak merokok, siapa yang baling putung rokok tu dari tingkat atas, SR pun tak tahu.
Pemandangan Pulau Pangkor dari Marina Heights Hotel & Residences Lumut Perak |
View memang awesome dari unit yang kami dapat ni. Memang nampak Pulau Pangkor, dan dapatlah 2 malam kami tengok matahari terbenam di sebalik Pulau Pangkor.
cantik sangat viewnyer.. bilik pun luas..
BalasPadamldy kalau ke mana2, paling penting ldy nak toiletnya cantik.. dan bersih... sebab kalau lady guna bilik air , lady akan duduk.. kerusi roda letak luar.. maka kalau sink berkulat, dalam mangkuk toilet kotor.. mmg sangat menjijikkan.. kalau toilet kotor rs nak kene sental seluruh bdn.. mood terus ke laut. huhuhu
selesa penginapannya view luar pun indah
BalasPadamLuas penginapan ni ya. View pun cantik. Boleh tengok sunset.
BalasPadamMacam mana boleh proceed guest check in sedangkan bilik masih lagi xready ?? Managment kena take action la benda macam ni .
BalasPadamcantik view dr bilik nya... seronok masing2 dapat berendam kolam kan..alhamdulillah
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.