Assalamualaikum wbt
#throwback
Ayu bergambar dengan maskot Don Donki |
Cerita hujung tahun lepas. Kami berlima bosan duduk di rumah. Kebetulan SR dan zaimi boleh rileks2 sekejap sebab assignment dan tugasan dah selesai dan belum ada due tugasan baru. Jadi, kami bawalah anak-anak jalan-jalan ke IOI City Mall.
Tak habis-habis SR cerita tentang pergi bawa anak-anak berjalan di IOI City Mall Putrajaya kan? Memang! Sejak kami berpindah ke Kajang, memang selalu ke situ. Sebab SR suka. Mwahahaha!
Tapi, sebenarnya walau dah sampai dan masuk dalam IOI ni, tak tahu juga nak tuju ke mana kalau memang tak ada rancang nak beli apa-apa. Merayau tanpa hala tuju ni, di usia penghujung 30an dengan berat badan yang terlebih kilo, memang menyakitkan betis.
Jadi rileks duduk sekejap atas bangku. Kasi anak-anak naik tren ni.
Walaupun sebenarnya diorang tak adalah nak naik sangat. Sebabnya, diorang dah selalu amat naik tren ni 😂
Jadi, masa merayau-rayau tu, SR dan zaimi ternampaklah seseorang yang kami kenal. SR pun pergilah tegur.
"Hai, saya datang dari Twitter."
Tersipu-sipu beliau. Hahaha! Orang yang SR tegur tu adalah Ijai Cool, atau namanya Faizal Rosly kalau tak silap SR lah. SR dan zaimi dah follow tweet-tweet dia di Twitter dari awal-awal kewujudan Twitter.
Siapa selalu buka Twitter dan follow dia, mungkinlah kenal. Tweet dia selalu berunsur humor. SR suruh zaimi bergambar dengan dia, dia okey aje, ramah orangnya. Haha.
Ijai ni memang sukalah buat muka macam tu bila bergambar. Dengan wife dia pun, macam tu lah muka dia. Sedangkan masa berborak, elok aje senyum 😂
Terpinga-pinga anak-anak. Siapalah lelaki yang tiba-tiba emak dan ayah ajak bergambar ni. Haha! Ala, nak buat kenangan.
Lepas dah merayau tak tau nak buat apa lagi dekat IOI tu, kami pun konon nak pergi makan. Tapi punyalah ramai manusia dekat hampir semua outlet F&B yang ada. Jadi terus gerak ke Kip Mall Bangi pula.
Sebab anak-anak nak makan Chicken Rice Shop. Tak jemu-jemu diorang nak makan TCRS ni. Entahlah kenapa.
Adam kepenatan. Rupanya masa tu dia nak demam. Esoknya dia demam. Patutlah dia letih semacam masa dekat TCRS.
Yang amir pula, mengamuk sebab tak dapat duduk di kerusi sofa. Entahlah, ini pun satu hal. Selalu sangat bergaduh berebut kerusi kalau di kedai makan.
Itu sahajalah throwback untuk hari ni.
+++
Untuk tahun 2024 ni, SR berazam nak update 3 entry sehari, minimum! Haa tengoklah tercapai ke tidak azam tu 😂
Kalian rajin tak, nak komen setiap entry? 😜
Kepenatan tu jalan-jalan.
BalasPadamseronoknya bila dpt spent masa ngan family mcm ni...
BalasPadamsaya pun minat Ijai Cool ni. suka giler baca blog dia jugak sebab selalu tulis pasal Liverpool FC dan bola sepak
BalasPadamkalau di sini kami panggil beli jiwa anak-anak.. kasi diorang happy... :D
BalasPadamwak penah buat 4 entri satu hari., hahaha, tp projek 50mm sebulan je lahh
BalasPadamanyway, goodluck ye cik SR
3 n3 sehari, hebatnya
BalasPadamwak 3 n3 sebulan pun terkial2
sy kalau ke sana mmg suka jugak ke IOI tu... mcm semua ada tp x semua kedai pun pergi
BalasPadamnnt kalau jumpa lagi kem salam YNWA kat dia hahahaah
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.