”Jika Kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar maka kamu harus sanggup menahan perihnya kebodohan”
SR tenangkan diri sendiri dengan mengingati pesanan Ima, Syafi'e tersebut. Penatnya belajar. Seronok, tapi penat. Haha! SR pun tak tahulah, kenapalah SR pergi sambung belajar ni. Sengaja cabar diri keluar dari comfort zone.
Moga Allah berkati usaha SR untuk naik satu level lagi pengajian SR ni. Betullah apa orang cakap, belajar peringkat ini, memang roller coaster perasaannya.
Semoga SR tenang dan aman selalu menghadapi hari-hari dalam tempoh pengajian ini. Moga sel-sel otak SR berhubung dengan baik dan memberi kerjasama pada SR.
Itulah, bila dah tua baru rasa nak mohon biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh.
Allah bagi apa yang kita selalu ratibkan.
Dulu bila orang tanya, bila nak sambung phD? Orang tanyalah sebab SR punya pekerjaan sepatutnya ada phD. Tapi kami di UiTM, memang ada ambilan yang hanya peringkat master.
In fact, ramai dan majoriti yang masuk kerja zaman SR dan sebelumnya, hanya dapat jawatan kami dengan kelayakan master, ketika itu ianya masih boleh.
Sekarang, untuk menjadi pensyarah, hampir semua bidang menyatakan wajib ada phD.
Kami yang dah masuk kerja dan ke kanan bagai ni, memang berfasalah pergi sambung belajar.
Berbalik pada orang tanya, jawapan SR mesti "Nantilah, nak kumpul anak dulu bagi cukup."
Nah... kumpul punya kumpul, tua pula. Hahaha!
Semestinya lainlah dengan tenaga dan kecerdasan otak di zaman buat master. Cuma, bila dah dewasa ni, tidaklah semalas zaman master. Kadang rasa diri skema pun ada. Sebab dah terbiasa dengan waktu bekerja kan.
Entahlah.
Teringat supervisor SR masa zaman undergrad ada cakap sewaktu tahu SR dan zaimi sambung phD serentak, "Insyaallah. Kalau Allah yang tentu, pasti dia bantu." Amiinn...
Sekian monolog tengah malam.
(Lupa dah masuk esok)
Tachoodd.
Semoga SR berjaya mendapat gred yang cemerlang, doakan ya!
Tiada istilah tua utk belajar. Bila kembali jd student, kita akan auto kembali muda. 😆. (Ikut pengalaman sendiri).
BalasPadamMoga dipermudahkan utk exam SR tu ye.
Good luck untuk exam. You can do it, SR! Bestnya, melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Cerah masa depan.
BalasPadamwak doakan moga SR dipermudahkan ambil exam ptg nih., aminn
BalasPadamAda exam ke ptg ni SR? all the best tau
BalasPadamAmin. Semoga berjaya.
BalasPadamAll the best & good luck SR...kawan2 MA pun ada 2-3 org yg sambung study ..sorang tu sampai ke S'pore...tinggal suami & anak2...weekend baru balik jumpa... mujur 1 year jer ...demi nak belajar kan.. kagum ngan you all semua ni.. and caiyok2 caiyok... you can do it!!!
BalasPadamKagum dengan mereka yang sambung ke tahap PhD ni. Teruskan usaha. Semoga Allah permudah perjalanan PhD ni. Aamiin...
BalasPadamTapikan SR, sedih tengok ada di tiktok perkongsian pasal yang tak jawab periksa atau dapat kosong untuk matapelajaran sejarah. Sedih betul, kita dulu malu kalau dapat C untuk sejarah tapi ni sampai kosong je
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.