#copypaste
BY
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya amat memerlukan nasihat dari segi Islam. Saya amat simpati dengan nasib kucing, haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Saya rasa tanggungjawab kita beri makan kepada mereka kerana mereka tidak berdaya.
Saya memberi makan beberapa stray cats dan juga adopt mereka (sekarang rumah sudah kapasiti penuh dengan mereka jadi saya memang rasa bersalah tidak dapat adopt yang lain) .
Bila saya bagi makan kepada mereka, saya pastikan kemas seperti sediakala dan saya feed pun sekali sehari sahaja supaya mereka tidak kebuluran. Sekarang ada orang yang tidak suka saya beri makan.
Soalannya kalau kucing mati kebuluran siapa yang akan dipertangungjawabkan? Boleh ke kalau saya berhenti dari memberi makan kucing? Bagaimana saya nak buang rasa bersalah jika saya berhenti memberi kucing-kucing itu makanan?
Saya pernah cuba tidak beri makanan beberapa hari dan bila saya datang mereka sangat lapar. Apa yang saya patut buat? Tolonglah, kerana saya amat buntu kerana saya sering teringat kelaparan mereka. Terima kasih atas pencerahan.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW:
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya soerang pelacur wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya.”
Riwayat Muslim (2245)
Ada seorang sahabat yang terkenal memelihara dan menjaga kucing iaitu Abu Hurairah R.A. Bahkan terdapat sebuah riwayat daripada ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’ beliau berkata : “Aku bertanya kepada Abu Hurairah, mengapakah kamu berkuniyah dengan Abu Hurairah? Lalu beliau menjawab:
كنْتُ أرْعَى غَنَمَ أهْلِي، وكَانَتْ لِي هرة صَغِيرَة، فكنتُ أضَعها بِالليلِ فِي شَجَرة، وَإذَا كَانَ النَّهَار ذهَبْتُ بِهَا مَعِي، فلعبتُ بِهَا فكنوني أبَا هُرَيرَة
Maksudny : “Aku dahulu memelihara kambing milik keluargaku, dan aku dahulu memiliki seekor anak kucing yang kecil. Pada waktu malam aku meletaknya di sepohon pokok dan apabila waktu siang aku membawanya bersama denganku kemudian aku bermain dengannya, maka orang ramai memberi kuniyah kepadaku sebagai Abu Hurairah.” Lihat Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, Ibn Hajar (7/349)
Maka riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa Abu Hurairah memiliki dan membela kucing, yang terbina di atas keharusan melakukan perkara tersebut. Meskipun hukum membela dan memelihara kucing adalah harus, namun perlu diketahui bahawa hukum berbuat ihsan kepada haiwan termasuk dalam perkara yang wajib. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.”
Riwayat Muslim (1955)
Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa dalam satu riwayat yang lain, hadis ini datang dengan sebutan عَلَى كُلِّ خَلْقٍyang membawa maksud wajib berbuat ihsan kepada kesemua makhluk. Maka tuntutan ini meliputi berbuat ihsan kepada manusia, tumbuhan, serta haiwan.
Justeru apabila kita menyatakan bahawa hukum berbuat ihsan dengan haiwan adalah wajib, maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya. Bahkan pengabaian dalam hal ini boleh menyebabkan seseorang itu ditempatkan ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
Maksudnya: “Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.”
Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya:
لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
Maksudnya: “Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga dia boleh makan serangga yang berada di tanah.”
Riwayat Al-Bukhari (2365)
Memberi makan kepada haiwan jalanan/ terbiar merupakan satu sifat yang amat terpuji, bahkan Islam amat menuntut umatnya untuk bersifat ihsan dan berbuat baik sesama makhluk. Begitu juga, bagi mereka yang memelihara haiwan, menjadi satu kewajipan padanya untuk memenuhi keperluan haiwan tersebut seperti memberi makan dan minum, tempat tinggalnya dan seumpamanya. Menurut Imam Badruddin al-‘Aini yang menukilkan pandangan Imam al-Nawawi menyebut:
وُجُوبُ نَفَقَةِ الْحَيَوَانِ عَلَى مَالِكِهِ
Maksdunya: “Dan diwajibkan untuk memberi nafkah kepada haiwan di atas penjagaannya.” (Lihat ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, 15/198)
Berbalik kepada soalan di atas, kami nasihatkan berbuat baik kepada haiwan terbiar adalah sunat seperti memberi makan dan minum dan seumpamanya. Namun, kami nasihatkan sekiranya dengan memberi makan kepada kucing-kucing yang terbiar itu mengganggu ketenteraman awam seperti mengakibatkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka hal ini akan mengganggu ketenteraman jiran setempat.
Oleh itu, kami syorkan jika saudari mahu memberi makan kepada mereka, sebaiknya ia dilakukan ditempat yang jauh dari kawasan jiran agar ia tidak mengganggu keselesaan jiran. Meskipun berbuat ihsan kepada haiwan adalah satu perbuatan yang mulia, namun hubungan dan keharmonian sesama jiran, perlu kita pelihara agar tidak berlaku ketegangan antara jiran. Sabda Nabi SAW:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لاَ يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga bagi seseorang itu apabila jirannya tidak merasa aman dengan gangguannya.”
Riwayat Muslim (46)
Selain itu, keperluan kucing yang dipelihara juga perlu dijaga dengan baik seperti makanan dan minuman yang mencukupi, membeli pasir kucing, menjaga kebersihan mereka, memastikan kucing-kucing tersebut tidak mengganggu di kawasan rumah jiran seperti membuang najis/ kencing dirumah jiran dan seumpamanya. Hal ini merupakan antara sebab jiran berasa tidak selesa dan mengganggu ketenteraman awam.
Kami katakan alhamdulillah perkembangan yang cukup menarik, ada masjid di Perak yang telah membina hotel kucing dengan kerjasama pihak masjid dan NGO. Hasilnya, kucing terpelihara dengan baik serta cukup makanan dan ramai yang memberi donation serta yang ingin memilikinya. Justeru, sudah sampai masanya sama ada masjid, NGO, atau surau atau apa-apa badan sekali pun membina rumah kucing serta memeliharanya dengan baik dan ini termasuk dalam berihsan kepada haiwan.
Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kefahaman agama dan seterusnya mampu mengikutinya dalam semua aspek kehidupan kita sama ada di rumah mahu pun di luar rumah. Kami akhiri dengan doa:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً،وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً،وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”
SUMBER ARTIKEL
Ada juga yang dengki orang itu bagi kucing terbiar makan.
BalasPadamTeruskan beri makanan.
Sebenarnya ada NGO yang menyediakan tempat khas untuk binatang yang terbiar....boleh juga hantar ke situ dan kita boleh menyu,mbang wang untuk biayai binatang ini semua
BalasPadamAlhamdulillah berkasih sayang sesama makhluk
BalasPadamTerima kasih ats perkongsian
BalasPadamhanya ganjaran pahala yang kita harapkan dengan melakukan kebaikan sesama makhluk di muka bumiNya ini.. setiap amalan yang baik, pasti akan mendapatkannya, in syaa Allah
BalasPadamSelalu bagi kucing makan tp bagi tempat yang tersorok sikit. Contoh kalau kt lrt tu jangan bagi kat laluan orang, sian kat cleaner nak cuci. Buatnya pulak kucing jenis memilih makan, dan jadi sepah kat situ sebab dia tak makan.
BalasPadamgambar2 promt sendiri nampak?
BalasPadambagi la makan kucing.. kasihan mereka.. biarkan org kata2 belakang.. mereka tidak mempunyai hati belas terhadap makhluk lain.. kalau kite yg ade rasa simpati x bagi makan, siannye kucing2 yg terbiar..
BalasPadamTerima kasih atas pencerahan.
BalasPadamgood sharing.. tq!
BalasPadamAnak-anak saya suka kucing, Mbak. Di rumah pelihara beberapa kucing.
BalasPadamTapi banyak juga kucing liar yang sering mampir ke halaman rumah. Anak-anak rajin memberi makan kucing liar pagi dan sore. Entah kenapa lama-lama kucing-kucing liar pada ngerti, setiap jam jadwal kasih makan, kucing-kucing liar seperti sudah menunggu di halaman.
Salam,
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.