Assalamualaikum wbt
#throwback
Throwback ke beberapa minggu yang lepas. Adam teringin nak makan ikan siakap stim limau. Kalau ikutkan, SR boleh aje buat sendiri. Sekejap aje kalau nak buat siakap stim limau ni kan. Tapi, sekali-sekala makan di kedai pun okey juga!
Hihihi...
Jadi, kami pun pergi dinner dekat dalam kawasan Sungai Ramal Dalam ni aje. On this day, kami cuba kedai makan Asmara Fern Garden & Cafe ni pula. Lokasi dia dekat Jalan Abim.
Pertama kali kami makan di sini, tapi vibe dalam kedai ni sangat menenangkan. Mungkin sebab masa tu, kedai pasang alunan zikir dan selawat. Selain tu, pekerja di Asmara Fern ni semuanya lelaki, dan kesemua mereka pakai kopiah.
Haa dapat tak rasa vibe dan aura tenang tu?
Kami order nasi putih sebab nak gu dengan siakap stim limau. Air pula order ikut tekak masing-masing.
Ayu taknak pula nasi putih petang tu. Dia teringin nak makan mee goreng. Layankan aje lah. Sambil-sambil tu, zaimi suap juga dia ikan siakap dan nasi putih tu.
Tadaaa...
Inilah rupa siakap stim limau yang kami order di Asmara Fern Garden & Cafe! Silakan makan tengok! 😛
Lauk lain pun ada juga kami order, kalau tak silap SR, tomyam campur, cendawan goreng dan telur bungkus. Sedap semua lauk, cukup rasa.
Alhamdulillah, kenyang makan petang tu. Lepaslah hajat si adam nak makan siakap stim limau yang dia sibuk minta dah beberapa hari masa tu.
Pada sesiapa yang berdekatan ke, datang bercuti ke dekat-dekat dengan Sungai Ramal Dalam ni, bolehlah cuba makan di Asmara Fern Garden & Cafe ni ya.
Memandangkan ini bukan paid review, maka SR tak ada promo kod nak bagi ahahahaha!!
Teringat Sg Ramal Dalam waktu belajar.
BalasPadamTeringin hendak cuba tapi hendak pergi sahaja-sahajalah tidak dapatlah.
SR - Thanks tau follow blog saya dan rajin singgah.
BalasPadamBaru hari ni jumpa butang followers kat blog ni dan berjaya follow back. 😁
Sedap hirup kuah siakap stim tu. Hari tu pernah pergi Sg Ramal tu husband pi buat sunroof axia kat situ.
BalasPadamAlah... Mi goreng mintak ibu buat kat rumah pun boleh....
BalasPadamsedappnya, acik pun teringin bila sebuat siakap stim limau tu. mesti sedapp
BalasPadamsedapnya.. alhamdulillah.... tempat pun cantiks
BalasPadamMakan di luar bersama keluarga memang menyenangkan, Mbak.
BalasPadamBoleh juga Stim limau -nya, jadi penasaran ingin mencobanya. Nanti saya cari disini, barangkali ada yang berdagang stim limau.
Salam,
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.