Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ingin bertanya adakah seorang bapa atau ibu perlu berlaku adil antara anak-anak dalam pemberian ? Terima Kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Anak merupakan anugerah Allah SWT dan ia adalah hibah serta kurniaan daripada-Nya. Firman Allah SWT:
يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ
Maksudnya: “Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”
(Surah al-Syura: 49)
Ibn Kathir berkata: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menahan rezeki daripada siapa yang Dia kehendaki. Tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Dia berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan apa yang Dia tahan. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memberi anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki. Al-Baghawi berkata: “Contohnya adalah Nabi Lut, yang hanya diberikan anak perempuan”. Dia juga memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Al-Baghawi berkata: “Seperti Nabi Ibrahim yang tidak diberikan anak perempuan”. (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 7/198)
Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan bahawa adalah amat penting bagi ibu bapa untuk berlaku adil terhadap anak-anak mereka, sama ada dalam melayani mereka atau dalam pemberian. Islam dengan jelas melarang perlakuan yang tidak adil di mana ibu bapa melebihkan atau membezakan anak-anak mereka. Adil dan setara dalam memperlakukan anak-anak adalah nilai yang sangat ditekankan dalam Islam, dan perbuatan sebaliknya adalah tidak dibolehkan.
Diriwayatkan daripada al-Nu’man Bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اتَّقوا اللهَ، و اعدِلوا في أولادِكم.
Maksudnya: Bertakwalah kalian kepada Allah dan berbuat adillah pada anak-anak kalian.
Riwayat Bukhari(2587) dan Muslim (1623)
Nas-nas hadith di atas menunjukkan pentingnya ibu bapa untuk berlaku adil terhadap anak-anak, sama ada dalam memberi perhatian atau memberikan sesuatu kepada mereka. Sekiranya tidak berlaku adil maka ia dihukumkan sebagai makruh disisi al-Syafie dan haram disisi Hanbali. (Lihat Taisir Jami’ al-Soghir,1/27)
Begitu juga hadith yang diriwayatkan daripada Nu’man Bin Basyir R.A menyatakan bahawa: Bapanya datang bersamanya menemui Rasulullah SAW lalu dia berkata: Aku hadiahkan anakku ini sebagai ghulam (pembantu) maka Rasulullah SAW bersabda:
كُلَّ ولَدِكَ نَحَلْتَ مِثْلَهُ، قالَ: لا، قالَ: فارْجِعْهُ.
Maksudnya: Apakah semua anakmu kamu hadiahkan seperti ini? Dia menjawab: Tidak maka Baginda bersabda: Kalau begitu lebih baik kamu bawa pulang kembali.
Riwayat Bukhari(2586)
Dapat difahami melalui hadith ini adalah adalah wajib berlaku adil antara anak-anak dan haram melebihkan dan mengkhususkan sebahagian dari sebahagian yang lain. Yang demikian kerana tidak berlaku adil antara anak-anak merupakan kezaliman bahkan ulama mengatakan tidak boleh menjadikannya dia sebagai saksi. Oleh yang demikian, wajib ke atas kita mengingkari sesiapa yang tidak berlaku adil terhadap anak-anak dalam pemberian atau sebagainya kerana ia dianggap melakukan kezaliman terhadap mereka.
Dalam isu pemberian kepada anak-anak ulama ada berbeza pandangan:
Telah dinyatakan dalam Taudih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram bahawa : Ulama telah bersepakat bahawa disyariatkan untuk berlaku adil dan saksama antara anak-anak. Namun mereka berbeza pandangan dalam hukum kewajipan dalam melakukan kesaksamaan antara mereka.
Pandangan pertama: Wajib berlaku adil dalam pemberian dan haram melebihkan atau mengkhususkan sebahagia dari sebahagian yang lain. Pandangan ini merupakan pandangan oleh Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ishak dan al-Thauri.
Pandangan Kedua: Melakukan kesaksamaan dalam memberi hadiah adalah sunnat dan bukanlah wajib.
Pandangan yang sahih dan tidak syak lagi padanya adalah wajib berlaku adil antara anak- anak dalam pemberian. Yang demikian juga bagi menjaga kemaslahatan dan menolak sebarang kemudaratan. (Lihat Taudih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram, 5/115-116)
Dalam isu ini Imam al-Nawawi juga menyatakan: Sewajarnya bagi bapa berlaku adil antara anak-anak dalam pemberian. Sekiranya dia tidak berlaku adil maka dia telah melakukan perkara yang makruh akan tetapi pemberian tersebut tetap sah.(Lihat Raudah al-Tolibin,hlm.378)
Justeru dalam isu ini, kami lebih cenderung kepada pandangan yang pertama, yang menyatakan bahawa adil dalam pemberian adalah suatu kewajipan. Pendekatan ini ditekankan untuk menghindari segala bentuk ketidakadilan yang dapat memudaratkan anak-anak, seperti berat sebelah atau berlakunya pilih kasih. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, penting untuk memberikan kesaksamaan dalam segala aspek, termasuk layanan dan pemberian. Sikap adil ini akan menambahkan lagi keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga.
Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan:74)
Wallahua’lam
kadang2 sbgai ibubapa rasa sudah berlaku adil tetapi anak2 yg merasakn seolah berat sebelah.. kesilapan yg tidak. dijangka.
BalasPadamgood sharing.. tq
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.