Assalamualaikum wbt
#throwback
Awal bulan 12 haritu, eh ke hujung bulan 11? Alamak tak ingat. Haha! Tapi, dalam julat masa tu, kami sekeluarga ada pergi makan malam di Min Aina Seafood yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Lokasi Min Aina Seafood ini pun sangatlah dekat dengan Bandar Baru Bangi.
Selalu masa kami lalu depan kedai ni, ramai pelanggan. Kebetulan, masa kami pergi malam tu, orang tak ramai sangat. Okeylah kan? Tak adalah menunggu lama untuk makanan sampai di meja.
Dari buku menu dia, SR nampak ada hidangan western, ada juga hidangan lauk hidang.
Kami berlima pilih western aje banyak untuk menu makan malam kami masa tu.
Air pun ada macam-macam jenis. SR pilih air lemon ais. Segar dan nyaman. Ahhhhhh!
Anak-anak makan spaghetti. Tapi portion dia banyakkkkkkk sangat-sangat. Sepatutnya adam, amir dan ayu boleh kongsi aje 1 pinggan 😂
SR pilih hidangan ayam. Chicken chop, ke chicken grill? Ala lupa lagi... Nak taip blog, asyik lupa fakta. Memang tak layak jadi blogger sejatilah SR ni.
Tak kisahlah apa nama menu dia tu, yang penting sempat bergambar dulu sebelum makan. Nampak ayam tu macam tebal? Tak adalah, di bawah kepingan ayam tu, ada potato wedges. Banyak betul! Ayam tu sedap dan habis SR makan, wedges tu SR tak daya nak habiskan. Huhu...
Cakap pasal kepingan ayam, tetiba teringat dekat McMing! Asyiklah lalu-lalang di timeline SR tentang cara-cara nak buat McMing tu. Nanti kena cuba juga nampaknya!
Oh anyway...
Kami berlima memang kekenyangan sungguh malam tu. Terima kasihlah kepada pemilik Min Aina ni sebab makanan yang sedap, dan portion yang banyak dan tak kedekut.
Sambil makan, kami yang pelanggan ni turut dihidangkan dengan nyanyian yang merdu dan santai dari penyanyi yang memang tugasnya menyanyi di satu sudut tu.
Macam-macam lagu dia nyanyi, sedap suara. Boleh buat album.
Selain tu, SR perhatikan sekeliling, di Min Aina Seafood ni juga, boleh disewa untuk buat event, termasuklah untuk buat majlis kenduri kahwin. Adalah harga-harga pakejnya. Tempat dia cantik, parking pun agak luas.
Kesimpulannya, Min Aina Seafood ni bolehlah dikunjungi kalau nak bawa keluarga dan rakan-rakan makan-makan atau celebrate sesuatu. Buat lelaki yang nak bawa makwe dating ke, nak buat surprise ke, cun juga tempat ni!
Ada masa nanti bolehlah cuba ya. Pastikan masa datang tu, tengah betul-betul lapar tau!
Kesian budak2 tu nak nghabiskan spaghetti sepinggan
BalasPadamBetul wak, banyak betul sepinggan 😂
PadamSuka pula saya tengok portion banyak macam tu. Rasa puas hati. Nanti bolehlah ajak adik makan kat sini. Sebab dia pun tinggal area2 sini juga hahaha
BalasPadamBole try kalau ke sana. Nampak pun sedap tu...
BalasPadamAkk pun nak cuba McMing tu tp belum sempat beli bahan...
Suka kalau pergi kedai yang kita nak pergi tu tak ramai orang. Lebih selesa sikit. Lahhh ingatkan ayam tu ada 2 keping. Rupanya wedges bawah tu. Porsi dia besar juga tu puas makan dan kenyang.
BalasPadamsemua nampak sedap...portion pun banyak....best
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.