Assalamualaikum wbt
#throwbacK | Hai semua! SR baru perasan yang SR belum update lagi tentang pengalaman SR dan anak-anak ke Pusat Sains Negara pada hujung minggu. Cerita ni sebenarnya masa September 2023 hari tu lagi. Tapi September dan Oktober (even sekarang pun!) adalah bulan yang agak sibuk buat SR dan zaimi.
Jadi, alang-alang SR tak dapat log in Putrablast sebab tengah server down, marilah ketik-ketik blog sekejap.
Macam yang kalian semua pun pernah dengar, atau pernah terlihat video lalu di timeline social media seperti di FB, X atau TikTok, memang Pusat Sains Negara tiba-tiba disebut-sebut kan? Hype sekejap sebab boleh jadi lokasi untuk bawa anak-anak berjalan pada hujung minggu.
SR dan zaimi pun tak ketinggalan. Tapi, dah kata benda tengah hype, masa kami pergi tu, parking penuh. Jauh kami park kereta. Itu pun hanya di bahu jalan, sama macam kereta-kereta yang lain. Bila dah park jauh, menapaklah ke Pusat Sains Negara tu.
Tapi anak-anak tak mengeluh. Sebab masing-masing tengah bersemangat meluap-luap nak masuk ke Pusat Sains Negara tu. Sebab masing-masing pun dah tengok video-video viral tu kan. Nampak macam best kan. Tu yang excited.
Bila sampai ke ruangan lobi, memang kena beratur agak panjang untuk dapatkan tiket.
Ya, Pusat Sains Negara juga ada bayaran masuk, tapi tak mahal. Affordable lah. Mujur barisan lekas berjalan. Tak adalah lama sangat menunggu untuk dapatkan tiket. Cuma, masa kami nak beli tiket, tak dapat beli tiket untuk masuk ke Obskura XR. Dapat beli yang ada pakej dinosaur saja.
Kecewalah juga, sebab Obskura XR tu antara yang anak-anak target nak pergi. Tiket Obskura XR tu limited.
Tak ada rezeki kami.
Tak apa, kami teruskan aje untuk masuk ke dalam walau tak dapat ke sana.
Adam, Amir dan Ayu tunggu di ruangan menunggu |
Selesai beli tiket, terus kami gerak masuk. Di pintu masuk, ada gerbang akuarium. Banyak ikan-ikan berenang. Kebetulan ada diver tengah lap-lap cermin ketika kami masuk. Semua kanak-kanak pakat teruja seketika.
Masa ni, SR dah terasa bibit-bibit yang dalam Pusat Sains Negara ni, orang terlalu ramai. Mesti susah nak hands on exhibit sains yang ada. Nak ambil gambar pun jenuh bersempit dan berhimpit.
Telahan SR betul. Memang orang sangat ramai. Anak-anak SR pula jenis tak pandai 'tolak' anak orang lain. Bila dah begitu rupa, anak-anak SR lah yang selalu kena tolak. Memang tak sempat nak merasa atau belajar sesuatu dengan lebih lama.
Tak salahkan anak orang juga, dah namanya budak-budak kan. Jadi SR nak kata di sini, kalau bercadang nak pergi ke Pusat Sains Negara ni waktu hujung minggu atau cuti sekolah, kalian kena rendahkan expectation yang anak-anak dapat hands on banyak dan lama.
Mostly sekejap aje, sebab memang ramai yang menunggu untuk turut guna dan pegang! Terutamanya pelantar kesan gempa bumi. Yang mana bila kita naik atas tu, kita boleh set nak rasai gempa bumi punya skala yang mana.
Kami last-last give up, tak nak tunggu dah. Haha! Pergi tengok mana yang sempat dicuit ajelah.
Entry ni banyak gambar, SR tinggalkan dalam blog ni lah sebagai kenangan kami ke Pusat Sains Negara ni pada tahun 2023.
😄
Nampak macam tak ada orang kan? Sebenarnya ramai tengah menunggu dekat tepi-tepi sebab nak ke sini. SR pun tangkap gambar ni laju-laju, less than 5 secs! |
Dah sampai dekat pintu Dinosaur Encounter, kami pun masuklah, sebab dah beli tiket. Mula-mula kena duduk dulu tengok video pasal dinosaur. Budak-budak terujalah.
So, maybe it is goodlah, kot?
Lepas tu, kami keluar dari ruang tengok video tu, dan terus menuju ke exhibit dinosaur. Tapi sebelum tu, singgah bergambar dulu dengan rangka Tyrannosaurus Rex yang ada dekat tengah-tengah antara bilik video dengan pintu masuk.
Jadi marilah tengok dinosaur. Tapi, SR rasa, konsep dia sama aje macam exhibit dinosaur yang SR dan zaimi pernah bawa anak-anak di Dinosaur Encounter Zoo Melaka awal 2022 dulu. Cuma yang itu outdoor dan lebih besar, yang ini indoor, setting lebih gelap dan saiz kecil sedikit.
Adalah juga tangkap gambar dalam tu. Ada yang jelas, ada yang kelam, sebab suasana dalam tu gelap. Ada juga SR tengok anak-anak yang baby-baby tu menangis sebab ketakutan. Sebab gelap, dan ada juga bunyi dinosaur mengaum. Seram budak-budak tu ahaha...
Amir suruh tangkap gambar excavation ni |
Posing acah-acah sikit haha |
Lepas puas meronda dalam tu, kami pun sambung meronda dekat luar lagi. Tapi anak-anak pun dah penat dan merengek. Bila tak dapat pegang sesuatu, atau bila kena rebut, masing-masing dah moody. Jadi sambil tengok exhibit, sambil cari jalan keluar.
Posing acah sedih 😂 |
Bila dah keluar, terus cari kafe untuk rehat dan minum-minum. Memang lunyai kepenatan juga anak-anak. Bila dekat luar, nampak pula orang ramai turun ke bawah bukit depan kafe ni.
Terus teringat yang masa kami tengah jalan kaki nak beli tiket tu, ada ternampak kolam renang dekat bawah tu. Anak-anak kata nak tengok kolam dan main di playground. Ha ajiommm...
Ramai juga yang bawa anak-anak untuk mandi-manda di kolam renang ni. Tapi, kami kan tak bawa baju salin. Makanya pandang ajelah ke kolam tu. Mungkin lain kali.
Dah puas main sekejap di playground, kami pun bergerak untuk balik ke rumah. Ya, kena jalan jauuhh ke kereta semula. Sambil jalan tu, tangkaplah beberapa gambar lagi.
Adam marah dah, asyik bergambar aje. Ahaha!
Orang dah remaja kan, takmaulah ambil gambar banyak-banyak!
Tapi SR kisah apa! Kih kih...
Itulah sahaja catatan pengalaman kami sekeluarga ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur pada September 2023 yang lepas.
SR boleh rumuskan yang trip ni okey, tapi taklah terlalu seronok. Sebab jauh nak jalan kaki, serta orang ramaiii sangat. Tapi itulah, Disneyland yang mahal tu pun ramai aje orang, tak complaint pulak SR ni! Ahaha!
Terima kasih Pusat Sains Negara, anak-anak happy dan tercetus minat nak mendalami sains 😀
BYE!
pusat sains negara KL nie besar...tu yg seronok...dekat melaka dulu pun ada...tp kecik je, skrg dah tutup kot, sebab dgrnya ad kebakaran dekat situ
BalasPadamUiiihhhh... jauh jugak menapak nya! Takpe, budak2 suka tenmpat ni...
BalasPadamskrg pusat sains ni dah best banding ngan dulu hahaha.. meriah time cuti sekolah..
BalasPadamtulah dia kan... masa saya pergi wetland studios tu pun orang berenyut. aircond pun tak rasa.
BalasPadamkalau nak pegi mmg kena during weekdayslah kan...
BalasPadamlast pegi 2011 rasanya zaman ank2 kecik2 he hee masuh sama tgk dinosour tu. tp byk jga perubahan yg lain2
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.