Assalamualaikum wbt
Sejak dua minggu lepas, zaimi yang mula-mula perasan, kereta SR ada bunyi macam menderum kuat masa kereta berjalan. Macam bunyi lori. Haha!
Tapi, tak suspect apa-apa. SR lah. Zaimi memang dah syak ada sesuatu yang tak kena. Tapi, sebab masing-masing busy, lepas tu ada program, balik kampunglah apa semua, postpone dulu nak check asbab bunyi mengaum tu.
Tapi, semalam makin kuat. Meraung-raung kereta. Enjin okey aje. Pagi tadi, lagi horror. Memang bising dan sangat-sangat berdengung! Jadi, kami terus ke kedai tayar Chop Kim Thye di Kuala Pilah ni. Memang selalu pun, inilah kedai favourite kami. Sampai aje, terus pekerja dia check.
Sah.
Bunyi tu rupanya sebab bearing tayar belakang kereta exora SR dah pecah. Berderau jugalah bila mendengar. SR dahlah suka bawa laju kereta tu. Eheheh...
Bearing, atau galas kereta adalah seperti bahagian logam yang kecil, bulat yang membantu roda kereta anda berputar dengan lancar. Ia seperti pembantu kecil yang mengurangkan geseran dan menjadikan kereta anda bergerak dengan lebih mudah. Galas adalah penting kerana ia membolehkan roda berputar tanpa tersekat, yang memastikan kereta anda bergerak lancar di jalan raya.
Bunyi berdengung semasa kereta bergerak adalah tanda bearing rosak. Semakin laju anda memandu kereta, semakin kuat bunyi ini boleh didengari. Segera gantikan bearing baharu atau lakukan pemeriksaan di pusat servis bertauliah jika terdapat bunyi berdengung kerana ia boleh merosakkan hub serta ‘spindle’. BACA LEBIH LANJUT DI PRIHATIN SPANCO
Bearing |
Cut story short, call Proton Service Center, katanya stock bearing kena tunggu 2 minggu plus minus. Harga pula dalam RM500+. Kalau setuju, boleh letak duit deposit. Kalau proceed di Chop Kim Thye, boleh siap terus, dan harga dalam RM230+ sahaja, termasuk upah. Harga tadilah, kalau lepas-lepas ni harga dah berubah ke apa, SR tak taulah.
Makanya, kami proceed di Chop Kim Thye aje terus. Sebab bahaya juga kereta ni dibiarkan dengan bearing rosak macam tu. Maka tunggulah kami menengok mekanik ganti bearing tu.
Barang bukan original protonlah tapi. Brand Gaido. Harapnya okeylah dan tahan lama. Haih bukan sikit-sikit juga RM200+ tu bagi SR! Menangis juga nak bayar tadi!
Alhamdulillah, akhirnya demam kereta SR dah terubat selepas dibelai-belai oleh mekanik. Harap jangan meraung-raung lagi. Nanti nak tukar kasut pulak tu. Kena kumpul fulus mulai hari ni. 😅
Okey semua, take care!
Oh ya sorry SR tak blogwalking mana, agak sibuk sehari dua ni (alasan klise tapi benar!) Bye all!
kereta satu keperluan...bila ada masalah memang menangis tak berlagu la kita jawap
BalasPadamSyukur dapat kesan awal dan cepat ganti. Takpelah keluar duit pun janji kita selamat nak memandu ke mana-mana kan..
BalasPadamKereta ni umpama kwn jgk mesti dijaga dgn baik jgn last minit dh nak rosak bru nak repair
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.