Assalamualaikum wbt
3. Dapatkan ganjaran
Peroleh 1 mata Atome+ untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Kumpul mata Atome+ untuk mengimbangi transaksi atau tebus daripada pelbagai pilihan ganjaran dalam aplikasi Atome.
+++
Persoalannya? Bolehkah orang Islam menggunakan aplikasi Atome ini? Adakah halal?
Dengan merujuk kepada Maktabah AL- Bakri, ini adalah soalan yang diajukan serta jawapannya:
+++
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya nak tanya apakah hukum menggunakan Atome? Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami katakan sebarang hukum yang ingin diputuskan mesti mendapat sebuah gambaran yang jelas. Ini berdasarkan kaedah:
الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ
Maksudnya: “Hukum atas suatu perkara terbina atas pandangan keseluruhan perkara tersebut.” (Lihat Syarh al-Kaukab al-Munir, 1/50)
Kami mulakan terlebih dahulu dengan memberi penjelasan ringkas berkenaan Atome. Atome ialah satu platform yang bekerjasama dengan lebih 2,000 peruncit dalam talian dan luar talian terkemuka untuk menyediakan pelan pembayaran jangka pendek yang membolehkan individu seperti anda membuat pembelian dan membayarnya kemudian.
Jika anda memilih Atome sebagai pilihan pembayaran di tapak web pedagang rakan kongsi Atome, atau mengimbas kod QR kami di juruwang, Atome akan membahagikan bil anda secara automatik kepada 3 pembayaran yang sama. Pembayaran pertama akan didebitkan 3 hari selepas pembelian anda, dan dua pembayaran seterusnya akan dipisahkan 30 hari.
Dalam laporan My Metro bertarikh 22 April 2022, PayHalal, gerbang pembayaran patuh Syariah yang pertama di dunia telah menjalin kerjasama dengan Atome iaitu aplikasi pengguna yang menyediakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) sehingga RM5,000 dengan bayaran ansuran sebanyak tiga kali.
Kerjasama strategik antara PayHalal dengan Atome adalah untuk memberi kemudahan patuh Syariah kepada peniaga di samping meluaskan peluang perniagaan dan meningkatkan jualan untuk peniaga pada fasa peralihan endemik ini dalam usaha pemulihan ekonomi negara.
Pengarah Jualan PayHalal, Azhani Azman berkata, PayHalal menyediakan kemudahan BNPL Islamic atau iBNPL untuk pengguna dan peniaga. “Melalui kemudahan ini, pengguna dapat membeli barang lebih banyak dengan bayar secara ansuran tetap, manakala peniaga menerima pembayaran sebaik sahaja selesai jualan, tanpa menunggu ansuran penuh dibayar pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, iBNPL ini mengunakan kontrak Murabahah di mana ia berdasarkan akad kontrak jual beli Syariah berdasarkan persetujuan keuntungan jual beli tetap. “Kemudahan ini membolehkan peniaga meningkatkan saiz jualan purata. Malah, peniaga menerima pembayaran secara penuh.” “Pembeli boleh menikmati kemudahan bayaran ansuran tiga kali tanpa sebarang caj tambahan,” katanya.
Katanya, bagi peniaga yang berhasrat menggunakan kemudahan ini, selain sokongan perniagaaan seperti iklan digital, latihan untuk migrasi perniagaan atas talian, pihaknya turut menawarkan peluang jualan kepada ribuan penggguna sedia ada Atome. “Peniaga dapat memaksimakan urusan jualan mereka, kerana peniaga menerima kemudahan Business Cash Advance untuk produk mereka daripada PayHalal, yang mana risiko dan juga modal berkenaan ditanggung PayHalal dan Atome,” katanya.
Berdasarkan kepada penerangan di atas, kami berpendapat hukum atau mengikut hukum, penggunaan Atome adalah harus jika selamat dari sebarang bentuk gharar, riba, syubhah dan tidak patuh syariah.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
DOWNLOAD Atome
Belum pernah guna Atome ni, jadi tak terfikir isu berkaitan.
BalasPadamTerima kasih Syaz berkongsi sini.
belum pernah guna dan belum terfikir nak guna Atome
BalasPadamNice sharing shaz
BalasPadampernah dgr je sblm ni tp mmg x tahu cara pembayaran yg ditawarkan.
BalasPadamthanks 4 sharing👍
Baru tahu ada apps ni.. Boleh hutang beli barang.. 👍🏼
BalasPadambaru tau ada atome ni..x pernah dgr pun sebelum ni.. tq for info SR
BalasPadambaru tahu pasal apps ini, dan terima kasih untuk perkongsian ya SR
BalasPadamPerkongsian yg menarik.. Belum pernah cuba.. Setakat sekarang yg patut syariah mmg tak banyak kan
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.