Assalamualaikum wbt
Pertama kali pandang Proton X90, terus rasa macam ditiup angin macam dalam scene watak utama jatuh cinta dalam filem. Maklumlah badan dia nampak gah dan tegap. Saiz dia besar dan warna biru gelap ni terutamanya, cantik mata memandang.
Dekat showroom Proton di Senawang ni, ada juga kereta Exora dia susun sekali dekat dalam. Nah memang nampaklah Proton Exora kecil aje bila berganding dengan Proton X90. Padahal, hari-hari bawa Exora, dah selesa sangat dah dengan keluasan dan saiz kereta Proton Exora Turbo SR tu. Tapi sebelah Proton X90, dia jadi ketot pula.
Cuba masuk dan duduk di dalam pula. Wow selesa dan memang luas.
Pergi bahagian bonet belakang. Wow boleh buka pakai sensor.
Best best best.
Asalnya pergi servis kereta aje, tapi bila balik rumah macam teringat-ingat dekat X90 tu. Bukan main tau, siap terbayang-bayang bawak kereta tu hahaha!
Tapi, SR cepat-cepat sedar diri. SR terus masukkan angan-angan angau pada Proton X90 tu dalam 'laci' crush aje dalam otak SR ni. Jangan nak fall in love lebih-lebih. Takut terlupa diri, terbuat keputusan yang akan merumitkan diri pada masa akan datang.
SR terus buat keputusan untuk ukur baju pada badan sendiri.
Kalau SR ter fall in love lebih-lebih, SR akan hadap consequence ini:
- Korek lagi serpihan simpanan untuk buat duit muka
- Lepas tu murung sebab duit simpanan menipis 😂
- Ansuran kereta bulanan akan bertambah hampir RM800 dari sekarang
Pergh RM800 tu besar ye bagi SR, dah berapa round KFC dah SR boleh beli tu, apatah lagi nak beli nasi sarapan pagi.
SR kedekut? Taklah, tapi cuba merasionalkan diri. Exora masih agak baru dan elok lagi.
Tiada keperluan di sini. Sah-sah kehendak.
Aha itulah sahaja bingkisan otak SR yang terjaga pukul 3 pagi sebab nak terkenc... Lepas tu masa dalam tandas teringat video yang ada orang jumpa pontianak dan dia siap rakam, bunyi dan rupa jelas gila tu, dan here I am tak boleh tidur sambil teringat dekat blog, tak tau nak update apa maka teruskan merapu aje dengan bermodalkan gambar ayu sebelah Proton X90.
Hahaha!
Happy weekends guys. Deng you Cik Pon!
Haha... Akibat nak terkenc... terus buka blog ye sis... Bagus²
BalasPadamHaha tu la tu :P
PadamMoga ada rezeki akk dapat kereta mewah ni satu hari.
BalasPadamMana tahu rezeki jatuh dri langit... Hehe
Macam Bell Ngasri ye dak? Hihihi
PadamBasau nau untuk uncle... susah nak park...
BalasPadam(Alasan je tu... sebenarnya uncle tak mampu...!)
belilah kalau perlu syaz
BalasPadamX90 dan Cik ponti tu cepat² permanently delete dlm memory bank tu :p
BalasPadamhaha..gara2 nak terkucil & cik ponti, terus siap 1 entry..kalau akak, terus selubung dalam selimut takut ternmpk kelibat apa2 pulak dpn mata...haha...imaginasi akak lgi tinggi...
BalasPadamShapun terjatuh suka pula dengan warna dia.. Selalu teruja dengan warna kenderaan berwarna merah, ini biru pula.. Aduh..
BalasPadamSaya pun turut merasakan cinta itu. Aduh, kalau dapat ni mahu tak nak keluar kereta. Ajak berjalan je kerjanya. Dahlah warna dia menawan sungguh. Tapi itulah bajet tak berapa nak ramai. Mampu tengok je lah dulu.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.