Assalamualaikum wbt
Kiranya ini post sambungan dari entry yang bertajuk Pengalaman Menginap di Chalet Kampong Pinang Sebatang tu lah. Cerita tentang bermandi-manda dan duduk lepak di Pantai Pengkalan Balak, Melaka pada hujung minggu yang lepas.
Petang lepas kami check in tu, memang terus bawa anak-anak ke pantai. Dari Chalet Kampong Pinang Sebatang tu, kami perlu lintas jalan kecil (tapi muat kereta lalu) depan chalet tu, dan tadaa, terus pantai. Turun aje tebing tu, dah sampai ke gigi air.
Mungkin sebab hujung minggu, dan baru lepas gaji, jadi memang meriahlah Pantai Pengkalan Balak ni ketika kami di sana. Ramai manusia dengan keluarga masing-masing. Ramai yang bermandi-mandalah, sama macam SR dan keluarga juga.
Ada juga khemah yang menyediakan perkhidmatan sewa pelampung. Selain tu, perkhidmatan aktiviti air pun ada. Ada boat ride dan banana boat juga. SR tengok ramai yang main dengan keluarga masing-masing.
Ada yang menjerit dan terpelanting hahaha! Kami tengok ajelah, lagipun anak-anak kecil lagi, aktiviti banana boat tu dikira belum sesuai untuk diorang bertiga. Sekilas SR ternampak, harga naik banana boat di Pantai Pengkalan Balak ni adalah RM80 dan dalam kurungan tertulis RM10 seorang.
Ada juga kedai-kedai yang menjual baju-baju dan pelampung-pelampung. Meriah sangat kedai-kedainya. Kedai makan pun banyak. Yang uniknya, ada 1 kedai tu sediakan ruang mandi. RM1 sekali mandi. Sesuailah untuk mereka yang hanya datang bermandi-manda tapi tidak menginap.
Keadaan pantai di Pantai Pengkalan Balak ni, berbeza dengan Pantai Saujana Port Dickson yang selalu kami kunjungi tu walaupun jarak kedua-dua pantai ini tidaklah jauh sangat. Di Pengkalan Balak ni, pantainya sedikit curam ke dalam, dan keadaan pasirnya longgar. Pasirnya kasar-kasar.
Bila kita pijak, kaki akan mudah tenggelam-tenggelam. Nak berjalan agak susahlah bagi yang berat badan melampau macam SR ni hahaha. Jadi, anak-anak tak dapat pergi jauh ke tengah. Sebab dalam untuk ketinggian diorang.
Tapi jangan kata anak-anak, SR dan zaimi yang dewasa ni pun tak berani sangat nak ke tengah. Sebab ombak dia agak besar dan tinggi, memang syok dipukul ombak tapi ada masa tercampak-campak jugak hahaha! Dan boat dia lalu dekat sangat dengan gigi air. Risau (risau sendiri) terkena bot-bot tu.
Tak pelik bot boleh datang dekat dengan gigi air, sebab air dia dalam. Teringat masa beajar sejarah dulu, kapal boleh berlabuh di Melaka sebab lautnya dalam. Hahaha! Terkenang zaman sekolah!
Makan makanan berasaskan seafood di Restoran Selera Bayu |
Pilih seafood |
Dekat kan bot di belakang tu? |
Wak pun suka berkhelah kat pengkalan balak ni.
BalasPadamLautnya tenang dan landai.
Cuma makanannya mahal
Best kan wak, walau macam terbalik sikit pengalaman kita 😆
PadamLama tak merasa pergi pantai...dah bertahun tak pi
BalasPadamSR punya cerita ni buat akk terpengaruh hikhik... Rasa nak juga mandi pantai di PB ni. Belum pernah sampai sini...
BalasPadamwahh seronoknya berpicnic...
BalasPadamDekat Pengkalan Balak tu ada Port yang tak ramai orang. Saya dan keluarga biasa ke sana cari remis.. Banyak remis di sana..
BalasPadamCuma satu je kat sini..kena banyakkan tempat mandi dan tandas awam..ada yang uzur tandasnya pun ye...SAa suka katt sini sebab pemandangan dia..x banyak khemah macam kat teluk kemang kan...nanti nak bawak la abg si Batman tu pi sini...
BalasPadamwah... SR punye cerita membuatkan kita terjebak..kne pegi jugak, utk habiskan sisa2 di Melaka...lepas nie x taw nk dtg bila lagi...tp semenjak anak2 dah taw ad pantai cetek...kat Tg Biru, PD.. mmg depe request itu je..hahaha...sebab boleh smpai ke tengah..ibu pun x risau sgt..
BalasPadamWahhh, lain kali nak la menginap sama chalet ngan SR stay ni. Selalu stay kat bandaraya jer sbb tak brp confident nak stay area laut, ingatkan lautnya tak boleh mandi. Nanti kita cari asam pedas Pak Akob tu sekali.
BalasPadambestnya boleh mandi manda kt pantai, tak ramai orang lak ye SR.
BalasPadamMesti sampai kecut jari budak2 tu!
BalasPadamMeriahnya pengkalan balak. Pantai dia bersih nampaknya. Risau juga tu kalau curam dan ombak besar. Kena berhati hati juga tu kan. Cantik gambar-gambar yang ditangkap. Pengalaman yang menarik dan best. Kita pulak macam teringin juga nak ke sini.
BalasPadamWah.. enjoy.. Lama tak mandi laut.. Aritu nak mandi sungai tapi risau ujan kan..
BalasPadamLama tak terjah Melaka.. Syok juga sesekali gi..
wah sesekali healing tepi pantai,mandi laut mmg layan...akak kalau pi pantai, tak mandi duk lepak je kat tepi main di gigi-gigi air..hehe...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.