Merawat masalah kulit dan luka
Air laut mengandungi jumlah mineral seperti natrium, klorida, sulfat, magnesium dan kalsium yang lebih tinggi berbanding air sungai – yang menjadikan ia sangat berguna untuk merawat masalah kulit seperti psoriasis.
Mandi di lautan juga mendatangkan manfaat kepada penyakit kulit ekzema. Ini terutama kepada individu yang mempunyai ekzema yang kronik yang menghalang daripada mandi di kolam mengandungi klorin. Tetapi tindak balas ekzema adalah berbeza-beza, ada yang merasa tenang dengan air laut, dan juga yang sebaliknya.
Kaya dengan garam mineral seperti natrium dan iodin, menjadikan air laut dianggap sebagai antiseptik, yang dipercayai mempunyai sifat penyembuhan luka. Tetapi berenang di lautan dengan luka yang terdedah, berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria.
Garam mineral dalam air laut yang bergabung dengan matahari dapat membantu memulihkan beberapa masalah berkaitan kulit seperti ulser, lupus dan jerawat.
Atasi demam dan sinus
Menggunakan air masin untuk menyelesaikan masalah hidung berair atau membersihkan rongga hidung adalah satu terapi yang sering digunakan oleh individu yang menderita demam hay. Kebiasaannya disebabkan alahan, serta kerengsaan dan jangkitan sinus.
Terdedah kepada laut dan persekitaran air laut, yang mengandungi garam, dipercayai dapat menyingkirkan simptom demam hay, masalah sinus serta simptom berkaitan pernafasan yang lain.
Walaupun masih kurang bukti saintifik, individu yang kerap berenang atau menghirup udara dari air laut, cenderung mempunyai sistem pernafasan yang lebih sihat.
Khasiat air laut: Meditasi yang menenangkan
Bersenam dalam persekitaran semula jadi terbukti memberikan manfaat yang baik kepada kesihatan mental. Ini kerana ia mengabungkan manfaat bersenama dengan kesan pemulihan dari alam semula jadi. Berenang di lautan juga dapat memberikan manfaat yang hampir sama. Hidroterapi (terapi air) dan berenang juga menunjukkan dapat mengurangkan simptom kemurungan dan kegelisahan. Kandungan magnesium dalam air laut dalam membuatkan anda lebih tenang.
Individu yang menghidapi tekanan dalam kehidupan amat disarankan untuk mendapatkan rawatan ketenangan dengan air laut. Individu yang mengalami masalah anemia juga digalakkan untuk mandi air laut kerana ia membantu menjadikan tekanan darah kepada tahap normal dan merawat rasa gemuruh. Sehari di pantai pasti dapat membuatkan anda tidur lebih lena dan memperbaiki emosi anda.
Air laut: Terapi air sejuk
Berenang dalam suhu air yang sejuk dapat mengaktifkan reseptor suhu di bawah kulit yang melepaskan hormon seperti endorfin, adrenalin dan kortisol. Amat sesuai untuk individu yang berdepan dengan keadaan musculoskeletal – satu keadaan dengan kesakitan kronik dan rasa sensitif di keseluruhan badan, dan masalah ketidakselesaan kulit.
Manfaat kesihatan: Menguatkan sistem imun
Jumlah sel darah merah akan meningkat antara 5-20% selepas berenang atau mandi di dalam laut. Jumlah sel darah putih juga meningkat dengan lebih banyak. Khasiat air laut adalah ubat yang sangat baik kepada individu dengan masalah sistem imun lemah, anemia dan tahap kandungan gula dalam darah tinggi.
Wak nak mandi laut, laut jauh
BalasPadamMandi sungailah hari2
6.1 Boleh sambil-sambil cuci mata...
BalasPadamsonoknya main2 pasir n mandi laut
BalasPadamtergelak baca komen uncle gedek hahaha
BalasPadamLuka mandi air laut? Adoh ... Pedih sekaleee
BalasPadamingat masa anak2 kecik memang kerap bw dorang mandi laut, kan budak2 selalu kaki kudis, anak sulong ciknur sensitif kulitnya kena gigit atau binatang je abis mereba jd berkudis
BalasPadamNo 1 tu memang Sha setuju.. Masa anak Sha alami masalah kulit, memang Sha bawa mandi laut sebagai usaha..
BalasPadamAda kebaikannya juga kan selain healing melihat laut. Pernah dengar yang pertama tu merawat kulit ekzema. Tak tahulah berkesan ke tidak.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.