Assalamualaikum wbt
Sekarang di Negeri Sembilan ni, musim durian. Ramai orang berjual beli durian, terutama di bahu jalan sepanjang perjalanan dari Senawang ke Kuala Pilah. SR memang teringin sangat nak makan durian! Tapi SR sedar diri, SR tak boleh makan durian.
Sebab kalau makan, confirm SR tak akan makan seulas. Mesti nak makan banyak. Sedangkan SR tak boleh makan durian banyak-banyak, SR risau bacaan HBA1C SR akan terganggu. Maklumlah, SR kan ada diabetes. Huhu...
Lagipun, kalau makan durian banyak nanti, SR jadi mabuk-mabuk gitu. Mungkin sebab masalah kesihatan SR juga kan. Maka simpan sajalah hasrat. Kebetulan zaimi dan anak-anak juga tak makan durian.
Jadi, nak bagi 'lepas gian' dan memenuhi kehendak tekak SR yang kepingin durian, SR pun belilah aiskrim Nestle Musang King ni tadi. Walau hanya aiskrim, sebaik saja aiskrim ni masuk ke rumah, terus adam bersuara, "Kenapa ada bau durian ni??" 😂
Walau sekadar aiskrim, bau dan rasa duriannya sangat tepat dan padu. Cuma yang membezakan (dan buat dia sedap) adalah ianya sejuk. Dah nama pun aiskrim kan.
Alhamdulillah, walaupun tak elok juga makan aiskrim, sekali-sekala SR redah juga. Hehe... Dapatlah lepaskan rindu pada rasa durian.
Siapa pernah makan? Sedap tak? Atau kalian tengah enjoy durian asli di musim durian ni? Makan kan bagi pihak SR ya... *menangis dalam hati*
Alaaaa...SA nak makan durian...x nak eskrem..tp xde sape nak layan SA...
BalasPadamoh Syaz x blh mkn durian byk? ciknur kalu durian tu kena pd selera memang terbanyakk la mkn he hee tp blm sampai sebiji. paling byk sekali mkn 5 ulas kot. tp akan ulang lg
BalasPadamSerious? Ada bau sekali?
BalasPadamBetul, rasa mcm makan seulas durian. Saya beli eskrem ni utk lepaskan rindu sbb tak dapat balik kampung makan durian.
BalasPadamSedapnyaa
BalasPadamPernah makan. Ya! Macam makan buah durian. 😋
BalasPadamaritu dah nampak dah eskrem durian ni tp x tergerak nak capai... mmg mcm rasa makan durian seketul ke?
BalasPadamKalau teringin makan durian, boleh aje makan sikit.
BalasPadamWak pun tak suka makan durian, suka tanam aje
Akk pernah makan but nothing can beat the real durian hehe ... Yg aiskrim ni akk jadi pening sikit bila makan. Nak habiskan seketul tu pun berjaman haha ..
BalasPadamaiskrim durian abe kie makan...tp durian abe kie x makan...x tahan baunya!
BalasPadamtk try lg eskrem ni
BalasPadamSedap kalau rasa durian tu kuat. Nanti boleh cuba. Ikutkan nak je beli durian tapi fikirkan harga tu, tak boleh lah nak makan selalu. Sesekali bolehlah.
BalasPadamalan pernah mintak belikan tp x beli sbb takut dia x mkn... ibunya pulak x mkn produk² dpd durian... mkn buah durian je.. mmg x dpt la nk tolong habiskan kalau anak x habis mkn... haha
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.