Assalamualaikum wbt
Ewah punyalah tak menyempat nak update kan, peristiwa baru aje jadi tak sampai dua jam yang lepas. Manakan tidak, musim menanda kertas jawapan pelajar ni memang perlu menyeru mood dan semangat untuk mulakan tugas. Jadi salah satu cara SR nak seru dan kesurupan dalam mood marking adalah dengan menaip di blog.
Haha! Alasan. Sebenarnya mood tu pergi ke laut. Mencandat sotong kot. Jadi sambil dengar lagu Ella di corong headphones, sambil-sambil develop mood tu SR update teruslah cerita SR dan Zaimi pergi sarapan di Kedai Abang Terbang pagi tadi.
Kedai Abang Terbang ni terletak betul-betul berhadapan dengan Pejabat Pos Kuala Pilah, bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah. Kalau nak mudah masuk ke kedai Abang Terbang ni, sebaiknya dari arah Bahau. Kalau dari arah Seremban, susah sikit nak pintas masuk sebab pintu masuk dia comel aje. Plus jalan depan tu jaranglah lenang kalau pagi-pagi.
Itu jugalah sebabnya SR tak pernah beli makan dekat sini. Malas nak memikir nak masuk parking tu. Harini dapat curi masa keluar dating sat dengan zaimi, dia yang drive, SR rilek-rilek ajelah duduk dekat seat sebelah.
Jadi kami pun masuklah dan cari meja. Ingat nak pergi ambil kat depan, tapi staf situ hulurkan kertas dan pen.
Wow bertaraf kopitiam. Kita tick tick aje dekat kertas untuk order. Sesambil order tu SR pandanglah banner yang dia ada gantung dan belek buku menu dia bagi.
Nohh rokiahh.. Rupanya menu yang popular dekat kedai ni adalah Roti Biyawak. Hahaha! Serius beb, iolls tak tipu. Ha cuba tengok sendiri dekat banner tu.
Ada roti biyawa dan roti ula.
Zaimi tanya SR nak order ke?
Jawapan SR dengan pantas adalah NO.
Sebab walaupun SR tahu dan aware itu adalah roti canai, tapi bentuk dia biawak dan ular. Yes call me old school but I just can't.
Ticklah roti planta siap remark 'banjir', zaimi nak roti boom. Sambil tu order juga nasi lemak rendang daging seorang sepinggan dan 1 kari kambing.
Duduk dalam 5 minit borak-borak hal politik dan satelit (kemain kau topik perbualan laki bini hahahaha!), roti planta SR pun sampai.
Tapi tak banjir. Aisey. SR cakaplah dekat adik tu, "Akak nak banjir dik." Beliau jawab okey. Banjir tu kan seperti mana secara universalnya kita semua tahu, roti yang dipocong-pocong dan diletak kuah melitupi kan? At least dalam bayangan SR begitulah.
Tak sampai seminit, budak tu hantar semula.
Dia letak kuah aje banyak-banyak, tapi roti tak potong 😂 Okeylah dik, akak terima dan akak redha. Kami pun makanlah roti kami slow-slow sebab ingat nak bedal nasi lemak dulu. Tapi nasi lemak tak sampai-sampai.
SR pun bangunlah ke depan dan tanya. Rupanya rendang daging tak ada, maka tak buatlah nasi lemak kami.
Laahh adik... Kenapo ekau tak koba? Boleh pulak buat senyap aje 😂 Mungkin dia tak percaya kot orang macam kami nak makan dua makanan? EH see the body lah dik, akak bukan bersaiz Erra Fazira, abang ye lah bersaiz Awie 😜
Lepas tu baru dia hantar nasi lemak terlur mata yang telah dipersetujui.Keseluruhannya, makanan dekat sini boleh tahanlah rasanya. Sedap. Portion kari kambing tu kami agak terkejut, boleh tengok dekat gambar atas yang SR letak gambar roti banjir tu. Sikit lah bagi SR untuk RM8. Tapi sebab kambing, dan sebab sedap, kira okey aje lah.
Roti dia memang sedap gila. Roti biyawa dan roti ula tu SR tak rasa, tapi rasanya mestilah sama kan? Sebab adunan yang sama? Kan? Kalau nak tahu korang pergilah makan sendiri nanti. Haha!
Muka depan buku menu dia penuh dengan hebahan yang kedai Abang Terbang ni pernah dapat. Siap masuk TV3 lagi. Masuk surat khabar juga. Nice Abang Terbang! Nah SR share sikit macam mana rupa buku menu dia.
Sila telengkan kepala anda sebab SR malas nak rotate |
Ada nampak Abang Terbang sedang beraksi? Nak gambar lebih dekat?
Tak ada.
SR malas nak pergi snap. Kah kah kah.
Lepas selesai makan dan berborak-borak pasal politik dan satelit serta bank muamalat (ya I know, topik sangat bapak-bapak kan hahaha), kami pun beransurlah masuk pejabat semula. Banyak lagi kertas soalan menanti SR untuk dibelek dan dibaca. Nak berlama-lama buat apa lagi.
Semua sekali total makan tadi RM28.
Kalau tolak kari kambing seciput tu, kiranya sorang RM10.
Harga standardlah kalau dekat Kuala Pilah ni. Tambahan lagi kami makan dua jenis makanan kot. Okeylah tu kan?
Tak rasa bersalah ke pergi makan berdua aje tapi tak bawa anak-anak?
Makan dengan anak-anak tu selalu, dekat rumah pun memang sentiasa mengepit dengan anak-anak aje. Sekali-sekala kena keluar berdua aje, barulah omak dapat bercakap dengan ayah tanpa ayu menyampuk. Hahaha!
Okeylah, selamat berhujung minggu semua!
sedapnya menu abang terbang wah sesekali berdua-duaan pula ya
BalasPadamhehe syesyekali
PadamAlamak…roti canai bentuk biawak dan ular? Erkk…hahaha
BalasPadamAda jugak idea gini ya. Aneh2.
Itulah terkejut saya ahahah
PadamKalau abang terbang, adik....? Melayang?
BalasPadamAdik ambik gambar dari bawah kot, buat content tiktok kah kah
PadamSalam kunjungan kembali. Akan masukkan list kedai makan ini utuk nak trip. TQ
BalasPadamSelamat mencoba
Padamni abang terbang yg sama mcm kat sikamat tu ke?
BalasPadamOh di Sikamat ada ya? Bolehlah cuba juga nanti. Tak tahu pula hehe
Padamyezza...sama ngan yg kat sikamat tu...ok la roti canai & kuahnya sedap.. weekend ni pun nak pi bawak ayah plak
BalasPadamHari tu pernah jugak mummy ayu update mkn roti biawak tp tu kt seremban kot... hehehe... trademark org nogori kot
BalasPadamSayapun terbayang biawak pula walaupun namanya roti canai biawak. Itulah seram hendak cuba.
BalasPadamKedai makan sekarang dah canggih. Pernah singgah kedai makan kat Shah Alam. Diorang siap ambil order guna tablet lagi.
BalasPadamBiasa lalu je. Belum tergerak lagi nak menyinggah. Risau kang tengok roti canai pelik pelik. Terbang tu okay lagilah.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.