Assalamualaikum wbt
Jalan sesak di LPT menghala tol Gombak |
Lama betul perjalanan nak sampai ke rumah semalam. Bertolak dari rumah mertua di Kota Bharu pukul 3.30 pagi. Pun jalan dah mula banyak kereta.
Entah apa punca yang menyebabkan jalan tu sesak, SR pun tak pasti. Tak nampak pula ada kemalangan atau kereta rosak.
Mungkin sebab kereta banyak. Tapi masih sempat solat subuh di Gua Musang dan sarapan di Gali. Banyak kali juga berhenti sebab zaimi mengantuk, SR apatah lagi.
Semalam, kami tiba dekat LPT dah dekat pukul 12. Tapi tak bergerak dari Bentong tu tau. Slow sangat. Jadi zaimi nekad keluar dari highway tu bila ada simpang. Terus ke karak, dan nak balik rumah ikut Pilah. Tapi Waze pula tunjuk Pilah juga sesak, jadi ikutlah jalan Jelebu - Kuala Kelawang.
Taklah lancar sangat, tapi taklah sesak sangat.
Lalu jalan Manchis tu, anak-anak pesta muntah. Sampai habislah stok plastik dalam kereta. Sampai zaimi turun pula dekat Mr DIY di Jelebu, sebab pergi beli plastik sampah. Haha!
Haih entahlah. Raya haji punya penangan. Pukul 3 baru sampai rumah. Dah semua pakat demam pula.
Bad mood dibuatnya. Semoga anak-anak, SR dan zaimi lekas sembuh.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.