Assalamualaikum wbt
SR selalu nampak ayu tengok video di Youtube, ada content creator yang review dan buat video mereka beli dan cuba makan Jeli Telur ni, atau nama atas packaging dia Pudding Jelly Pop Candy.
Jadi, bila dia dah selalu tengok video-video pasal jeli telur mata tu, bila dia ternampak jeli tu ada dijual dekat vending machine, korang rasa??
Memang menggelupurlah dia minta ayah dia belikan. Nasiblah zaimi... Hahaha! Ada anak dara sorang, memang susahlah ayah dia nak tolak permintaan anak perempuan dia yang seketul ni kan. Maka belilah. Tak mahal pun, masa tu kami beli RM1.
Pada yang tak tahu, jeli telur mata ni unik sikit kalau nak compare dengan jeli yang banyak dijual. Setiap paket jeli telur ni, ada dia bekalkan sekali dengan gula-gula pop dan lapik plastik berbentuk kuali.
Gula-gula pop pop tu, kalau sesiapa yang sebaya atau lebih kurang SR, mesti ingat, masa kita budak-budak dulu, ada jual gula-gula yang saiz kecil-kecil macam gula pasir, bila kita letak dalam mulut, dia meletup-letup atas lidah. Ingat tak?
Haa itulah gula-gulanya yang datang sekali dengan jeli telur mata ni.
Apa yang best dengan jeli telur mata ni sampai budak-budak nampak aje jadi teringin? Sebab dia bagi pengalaman yang lain dari yang lain. Sebelum makan, kita (pembeli) boleh feeling tengah goreng telur atas kuali. Mula-mula letak gula-gula pop pop tu atas kuali yang disertakan, lepas tu letaklah jeli telur tu dekat atas.
Nanti akan nampak macam jeli telur tu menggelegak, dan ada bunyi macam telur mata sedang digoreng atas kuali. Adalah bunyi kelepek kelepek kelepek tu. Anak-anak memang teruja sangatlah.
SR? Teruja sikit ajelah, sebab dah tak hairan dengan hal ehwal goreng telur ni. Nak feeling perasaan goreng telur, SR pergi ajelah dapur goreng telur betul-betul kalau stok telur ada 😂
Inilah makhluk yang nak sangat makan jeli telur tu. Haha! Jeli telur mata ni halal ke? SR semak dekat bungkusan dia, ada logo halal. Jadi SR yakin sahajalah dia halal.
Di gambar atas inilah kesemua benda yang SR dah cerita dekat atas tadi tu. Oh ya, lupa. Ada juga dia sediakan sudu kecil yang selalu kalau kita beli jeli atau puding yang disertakan sekali tu. Bolehlah acah-acah jadikan sudip. Dah nama pun goreng telur kan.
Loqlaq SR pun, tak ambil lapik. Bedal atas karpet tu aje. Haha. Dah ayu pun tak menyabar, terus ajelah buat. Lagipun jeli telur tu masih duduk atas lapik kuali mini dia tu kan.
Sesudah puas berangan menggoreng telur mata atas kuali, ayu pun terus ngap jeli telur tu. Tapi kena belah 4. Sebab SR dan abang-abang dia pun teringin 😂
Bengkek je ayu. Kah kah kah.
Sedap ke tidak? Entahlah, tak reti pula SR nak analisis rasa dia. Rasa manis-manis macam aiskrim pisang kot?
Lepas ni kalau terjumpa lagi, mesti beli lagi. Abang-abang pun mula-mula eksen, tak nak. Haaa sekali ayu dah 'goreng', pakat teringin! Hahahaha!
hahahaha comel lah, mau tak bengkek jeli kecik tu kena bahagi 4. Kalau dia tahu itu kesudahannya mesti dia mintak ayah dia beli banyak haha
BalasPadamTu la pasal hahahah
PadamMenarik juga idea Ayu mintak belikan jelly telur ni nak buat main masak2 mcm goreng telur. Baru nampak macam real..Bijak2. Tp kena belah 4 tu.. hmphh.. kesian dia ..
BalasPadamMemang muncung sampai ke malam
PadamBenda ni viral juga dulu...
BalasPadamTergelak Cuya bila akk ckp goreng je telur kat dapur tu
Sedap lagi telur masak kicap agaknya...kekeke
lagi best kan hahah
PadamRasa nak cuba sebab unik..
BalasPadamNanti cuba tau
Padameh comel jee jeli die, budak mmg suka laa bende2 mcmni kannn
BalasPadamopkos
PadamAlahai comelnya agar2nya. Harap2 nanti pandailah nak goreng telur sendiri anak tu.
BalasPadamInsyaallah lagi 5 tahun saya ajak bersilat di dapur hehe
Padamalah comelnya proses dia..hahaha!
BalasPadamkan kan
Padambeli di mana ni SR?teringin juga la nak cari
BalasPadamMenarik dia punya tarikan tu. Patutlah budak budak suka.
BalasPadamBest ni kalau bagi pada anak main masak2.. :D
BalasPadamhahaha baharu tahu tentang perkara ini
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.