Untuk mendaftar akaun aplikasi Setel Petronas, ikuti langkah berikut:
Muat turun aplikasi Setel Petronas di Playstore (untuk pengguna Android) dan Appstore (IOS / Iphone). KLIK SINI
Kemudian, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan tekan pada ruangan ‘Register’. Di sini akan keluar paparan untuk pendaftaran akaun. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi butiran yang dikehendaki dan klik pada ruangan ‘Register’ sekali lagi apabila sudah selesai. Jangan lupa pastikan / masukkan kod na3ng pada bahagian kod rujukan sebelum klik 'Register'.
Selepas itu, anda dikehendaki memasukkan kod pengesahan yang dihantar kepada nombor telefon yang didaftarkan tadi. Apabila selesai masukkan kod pengesahan, pendaftaran anda telah berjaya.
Akhir sekali, anda dikehendaki untuk log masuk ke dalam aplikasi Setel Petronas menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang didaftarkan.
Untuk memulakan penggunaan aplikasi ini, anda harus menetapkan nombor pin untuk keselamatan dan topup akaun anda sebelum menggunakan aplikasi ini.
Bagi anda yang belum tahu cara untuk menggunakan aplikasi ini, disini dikongsikan caranya:
- Pilih lokasi stesen minyak yang ingin anda tuju untuk isi minyak menggunakan aplikasi Setel Petronas.
- Apabila sudah sampai di Petronas berkenaan, parking kenderaan anda di petak pump minyak yang dikehendaki.
- Masukkan nombor petak pump minyak tersebut di ruangan yang diperlukan dalam aplikasi Setel Petronas anda.
- Selepas itu, anda dikehendaki memasukkan nombor pin yang dicipta oleh ketika proses daftar tempohari, dan tekan ‘Next’.
- Kemudian akan keluar paparan untuk anda mula mengisi minyak kenderaan anda.
- Pastikan semasa mengisi minyak, anda tidak menggunakan telefon pintar. Simpan elok-elok dalam kenderaan anda.
- Selepas selesai, akan keluar pemberitahuan daripada aplikasi Setel Petronas dan jumlah transaksi anda.
MA guna shell..kadang2 je petronas... tapi jarang sgt la
BalasPadambelum timbang2 nak download setel....
BalasPadamTk perkongsiannya
BalasPadamBolehlah cuba nanti
Saya pengguna Setel sejak diperkenalkan. Alhamdulillah, sangat memudahkan hidup bila nak mengisi minyak. Lagi-lagi wanita. Malas betul nak ke kaunter. Paling best kumpul point. Saya redeem dapat isi minyak kereta semula.
BalasPadamSA guna Petron...masa awal2 keluar keret Dania hari tu guna Petronas..lepas tu tukar ke Petron..x tau la pesal..padahal sama je minyak mana2
BalasPadamSenang guna settle ni. Tapi kalau internet problem dia jadi lambat sikit. Tapi tak lambat sangatlah, tetap senang settle. Lumayan juga dapat kumpul points.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.