Tahniah Bell Ngasri!
Bintang Paling Popular Berita Harian ke 35!
Serious tahun ni aura Anugerah Bintang Popular Berita harian lain macam. Ramai yang pakat undi Bell Ngasri, atau dengan nama watak dia yang selalu orang sebut, Barkoba.
SR pun tak terkecuali. Rasa seronok pula join undi-undi Bell ni hari tu.
Setelah 37 tahun Bell Ngasri ada dalam industri ni, rasanya yang baya-baya SR atau lebih berusia, mesti kenal dengan anak-anak Ngasri ni. Memang muka mereka adik-beradik yang banyak menjayakan watak kanak-kanak dan remaja dalam TV Malaysia dulu.
Bell ni selalu dapat watak serius. Atau pun watak remaja bermasalah. Suka mengamuklah, marah-marahlah, watak antagonis lah... Rasanya watak antagonis dia dalam drama Pae tu yang paling orang tahu dan ingat, scene paling orang tak akan lupa ada ketika Harun Hashim belasah dia tu. Haha 😂
Selain tu, SR paling ingat watak dia sebagai Budak Bijak. Drama bersiri masa tahun 90an dulu.
Cuma bila dah semakin berusia, tiba-tiba Bell Ngasri beralih menjadi pelakon komedi, dan banyak buat parodi.
Ada SR terbaca komen yang Bell sendiri reply, pada post yang kata kenapa Bell dah tak berlakon watak-watak 'jahat' macam masa dia muda? Bell kata bukan dia tak mahu, tapi tak ada yang offer. Tawaran kerja yang datang semua cenderung ke arah komedi.
Itulah yang membawa kepada watak Ngasri dalam siri 16 dan 17 Puasa, ikon geng plastik hitam, dan watak Barkoba, dalam siri Zombi Kampung Pisang Bersiri-siri.
Kemenangan Bell Ngasri malam tadi buat ramai orang, termasuklah SR sendiri, rasa terharu dan happy sangat. Entah kenapa seronok tu macam pure.
Bell yang menang, eh kami semua yang sebak dan touching, rasa macam tu kemenangan kami semua, terutama generasi millenial yang memang membesar tengok Bell Ngasri berlakon macam-macam 😂
Tahniah Bell Ngasri, tahun 2023 rupanya rezeki Bell nak dapat Anugerah Bintang Paling Popular tu. Lucu semalam bila Bell kata "Supporters yang datang entah dari mana" 😂
Dia tak tahu, supporter dia ada je sepanjang masa, cuma tahun ni semua jadi bersatu hati nak bagi kenangan manis dekat Bell.
Bell, mungkin pengalaman ini berulang, mungkin juga once in a lifetime. SR harap Bell akan terus menghiburkan kami. Yak yak yey!
Ps: Tak pernah-pernah SR beria buat post terharu macam ni pada artis tau, tapi aura Bell Ngasri tahun ni, lain macam! 😂
Update 31.7.2023: Tahniah Bell dapat Mini Cooper, dapat kereta baru sama warna dengan baju, warna oren!
Gambar Harian Metro |
He deserves it!
BalasPadamyak yak yea!
BalasPadamTahniah Bell, he deserved it...kuasa netizen pun ye gak kan...satu lagi kak kepom....tetap no syatuuuuuuu.....
BalasPadambetul...bila dia kasi ucapan, kita yg umah pun dok kesat air mata jugak.. alahai.. he deserved it!!!
BalasPadamPUAS HATI! tu je mampu sy cakap! x penah2 undi tetiba rasa nak undi bell! he deserves it! elly mazlien and tyzo as well!
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.