Assalamualaikum wbt
#throwback
Belum berumur 1 tahun |
SR terjumpa gambar-gambar masa kami belum pindah masuk lagi ke rumah kami sekarang ni. Adam pun belum berumur setahun. Merangkak lagi adam masa tu. Masih comel melampau dan wangi bau baby. Sekarang ni kalau balik dari latihan bola, SR boleh pitam bau ketiak dia hahaha!
Masa ni, kalau tak silap SR, kami dah basuh rumah. Tinggal nak masukkan perabot dan menetap di sini. Bawa adam ke sini sebab hari itu, orang sofa dan almari nak datang hantar dari kedai.
Bila teringat proses nak masuk rumah ni, memang rasa macam tak nak dah pindah mana-mana. Sebabnya agak renyah ya. Dari nak buat kabinet, pasang lampu kipas, langsir, tinted, grill... Nak cari perabot lagi. Perghh penat.
Itu di kala nak pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri masa anak 1 dan baru kahwin dalam setahun setengah. Barang masih sikit. Sekarang ni kalau nak pindah memang menangis juga rasanya masa nak pack dan angkut.
Mak oii punyalah banyak barang!
Tapi walaupun penat, seronok sangat perasaan masa dah dapat kunci rumah dan nak mula menetap. Siap beli banyak pokok bunga hahaha! Kisahnya sekarang dekat depan rumah, rumput pun ada masa panjang. Haih...
Yang penting, bila penat balik dari kerja, atau balik dari mana-mana, inilah rumah yang paling cozy dan selesa bagi SR. This is home 💖
Seronok kan rasanya bila dapat beli rumah sendiri. Hehe.. Penat memang penat lahh time nak pindah rumah.. Saya dah merasainya 🥹 Lelagi bila barang banyak gila, rasa nak tinggalkan aje kat rumah lama tu...Bahahaha .tapi sayang pulak..Maka bertabahlah Dan angkut jugaklah...
BalasPadamComeynyaa dak Adam!
Penat ketika menghadapinya, tapi rasa bahagia apabila mengenangkannya.
BalasPadamwah adam sunyi sorang2 sdg cari adik2nya tu
BalasPadamRumahku syurgaku
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.