Sejak sakan beraya dari raya pertama hari tu kan, SR perasan juga yang muka SR macam merajuk dengan SR tau. Kulit jadi kusam dan macam tak berapa sekata. SR faham sangat, kulit muka SR ni kalau terdedah sangat dengan selaran matahari kan, dia mulalah nak buat perangai. Apatah lagi raya tahun ni, dia asyik terkena bahang panas kan.
SR risau sebab bila SR pakai foundation, muka jadi bercapuk. Tak sukalah uolls kalau macam tu! Sudahlah kulit agak tanned, bila bercapuk, kelabu jadinya. Ngeri! Jadi SR pun tak fikir lama-lama bila SR terjumpa Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Sebab, SR tertarik betul bila tengok satu video berkenaan produk Hansagee ni.
Pelembab Muka Aqua
Whitening Cream – Hydrating Moisturizer Water Based
Nak kata tertariknya SR tu punya maximum, sampai-sampai sahaja parcel di rumah, SR terus buka, cuci muka dan cuba! Kenapa yang SR tak sabar? Sebabnya, Aqua Whitening Cream ini moisturizer water based tau. Dia boleh melembabkan kulit pemakai sepanjang hari disamping mencerahkan tona kulit yang tidak sekata dan memperbaiki kulit yang sunburn. Ringkasnya, pelembab muka Hansaegee ini boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai jenis kulit kering, kulit berminyak serta kulit kombinasi, macam SR. Ada masa kering sangat, ada masa berminyak sangat.
Krim kelembapan super dengan kesan titisan air yang boleh dilihat, selepas beberapa urutan, titisan air terbentuk serta-merta pada kulit kita dalam beberapa saat, pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Sangat menyegarkan dan tiada rasa melekit. Sesuai untuk negara kita yang memiliki cuaca panas. Disebabkan oleh ekstrak herba, ia juga mampu menenangkan kulit dan meningkatkan keupayaan pelembap meresap jauh ke dalam kulit serta mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang tegang.
Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature ini adalah moisturizer water based yang boleh bantu membaiki
Sun Burn dan kemerahan akibat kulit rosak dengan baik. Selain itu, Super Deep
Moisture Skin with the Water Drop ini juga boleh mengawal minyak dan sebum
berlebihan pada kulit (mengawal kulit berminyak).
Tengok kotak pun dah happy! |
Tadaa! |
Tak tunggu lama, SR terus buka penutup botol dia. Bau dia macam kek lemon, sedap dan langsung tak memeningkan kepala. SR ada pengalaman buruk sikit dengan produk-produk sebelum ni. Ada yang bau dia tengik dan memualkan!
TAPI
tidak Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream! Bau dia yang sedap tu, ada ketika
buat SR lapar tau! Haha!
Krim dia sangat lembut dan berwarna putih |
Letak atas kulit belakang tapak tangan |
Urut-urut, sapu-sapu |
Betul gais ada titis air!!! |
Lepas tu dia meresap |
Nampak kan kulit muka SR macam merajuk tu? |
Bahan Utama Dalam Pelembab
Muka Terbaik Aqua Whitening Cream
Semestinya dalam mencari
moisturizer atau pelembap muka untuk kulit yang kusam, atau untuk membaiki
kulit yang mengalami sun burn, adalah penting bagi pemakai untuk melihat dahulu
apakah ramuan pelembab muka tersebut, kan? Tak adalah nanti kita terfikir-fikir
pula. Berikut adalah kandungan yang terkandung dalam moisturizer water based
Aqua Whitening Cream ini:
🌼 Camellia Japonica Seed
Oil
-
Non-comedogenic, tidak
menyekat pori-pori kulit yang boleh menyumbang kepada jerawat
-
Meredakan kemerahan dan
membaiki sunburn
-
Simpan pelembap jauh ke
dalam kulit lapisan bawah.
🌼
Niacinamide
-
Mencerahkan tona kulit tak
sekata
-
Mengawal minyak di wajah
sekaligus dapat mengecilkan pori besar
-
Melembapkan kulit muka
sepanjang hari
Cara
Pakai Moisturizer Water Based
Dan cara
yang terbaik untuk menggunakan Hansaegee Nature
Aqua Whitening Cream ni adalah dengan;
"Cara penggunaan Aqua
Whitening Cream yang betul, selepas anda sapu pada muka, gosok krim dan urut
seluruh muka, "tepuk-tepuk" muka anda dengan lembut dengan tangan,
supaya titisan air akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan basahkan muka
anda, dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke
dalam kulit."
Moisturizer / pelembap ini
sebaiknya dipakai dua kali setiap hari, iaitu pada waktu pagi masa bersiap-siap
untuk memulakan hari dan juga pada waktu malam, iaitu sebelum tidur. Bagi
individu yang mempunyai kulit yang kering, setelah memakai moisturizer water
based ini semalaman, kulit akan terasa perbezaannya. Kulit tak lagi kering.
Begitu juga sebaliknya bagi mereka yang kulit berminyak, kulit akan terasa
lebih best dan tak berminyak teruk lagi di waktu pagi. SR memang sekarang guna
moisturizer ini sebelum tidur, sebab SR dah anggap dia sebagai krim malam
terbaik yang SR pernah jumpa tau.
Segar! |
Excited SR bila titisan air tu terbit |
Lepas semua titisan air tu meresap, memang terasa terus muka jadi segar |
"Ramai orang menggunakannya, akan memberi maklum balas kepada kita bahawa mereka mempunyai selaran matahari yang menyebabkan masalah kulit kemerahan, selepas penggunaan beberapa hari ini memulihkan kembali kulit. Dan rasa ringan dan berair, tidak berminyak. Sesetengah pelanggan berkata jeragat mereka kelihatan lebih baik selepas digunakan selama 1 bulan."
"Cara penggunaan Aqua Whitening Cream yang betul, selepas anda sapu pada muka, gosok krim dan urut seluruh muka, "tepuk-tepuk" muka anda dengan lembut dengan tangan, supaya titisan air akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan basahkan muka anda, dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke dalam kulit."
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.