Assalamualaikum wbt
Hari ni SR tiba-tiba terfikir. Mungkin sebab banyak sangat benda nak kena fikir, otak SR pilih untuk "flight'' seketika. (Boleh baca tentang fight or flight di sini.)
Agaknya, macam manalah kehidupan SR kalau semua duit dari pendapatan yang SR dapat setiap bulan tu, SR tak salurkan ke arah yang SR salurkan sekarang?
Entah-entah, SR dah boleh beli jetski ke?
Tapi itulah kehidupan. Banyak benda nak kena fikir, banyak perkara yang kita perlu pertimbangkan. Banyak perlu 'mengalah' dalam hidup. Bila nak 'pentingkan' diri walau sikit, SR akan rasa tak tenteram. Sebagai contoh, kalau pergi ke mana-mana pasaraya ke, mall ke, nak beli barang sendiri tu rasa sayang sangat kat duit. Nak simpanlah itu lah... Tapi jumlah yang sama, kalau anak-anak ke misalnya minta, SR tak sampai hati nak kata tak boleh, terutama kalau diorang minta makanan ke, atau benda-benda berkaitan alat tulis, buku, pakaian...
Jadi, untuk diri sendiri, jarang sangat SR berhabis. Kalau ada rasa teringin tu, memang akan kawal diri gila-gila punyalah, akan pesan kat diri sendiri itu ini 😂
Macam ada sekali tu, SR teringin sangat nak pakai handphone yang agak mahal, SR pujuk diri. Ianya hanya telefon aje, Syazni. Dapat call, whatsapp, buka email, buka websites, tangkap gambar yang bagi kau lawa sikit, cukuplah. Maka SR pun belilah yang biasa aje.
Sama juga macam tudung. Ariani kan sedap gilaa kain dia kan, SR pujuk-pujuk diri, beli masa raya aje okey, Syazni? Pakai Kekaboo, Silla Hijab atau Hayda pun dah nampak sopan dan kemas.
Yang paling SR fikir panjang dan lama adalah masa nak beli kereta hari tu. Sebab, SR ada beberapa syarat untuk beli.
SR nak kereta tu harganya ikut sifir:
Untuk langkah selamat, better korang beli kereta yang harganya tak lebih dari jumlah angka gaji setahun korang. Sebagai contoh, gaji korang sebulan RM3000;
RM3000 x12 bulan = RM36 ribu - Loanstreet
SR nak kereta tu ada 7 tempat duduk.
Jadi, SR akhirnya pilih kereta Exora kesayangan SR tu. Walaupun ramai yang kata Proton nanti susah nak jual.
Tak apalah, rezeki SR setakat tu sahaja. Installment bulanan pun memang baik sangat dah dengan komitmen bulanan SR. SR pujuk diri, kereta hanya untuk bergerak dari 1 titik ke titik seterusnya aje. Asalkan aircond okey, radio okey, kira okeylah.
SR pun agaknya tak banyak cengkadak bab kereta. Cukup time, servis. Cukup time, tukar tayar. Nak bayar lebih dari itu, SR ukur-ukur, rasa tak boleh juga. Banyak lagi tempat duit tu nak disalurkan...
Baju? SR kan, memanglah tak cerewet sangat bab baju. Selagi elok, pakai ajelah, asalkan tak ketat. Sekarang, SR banyak beli baju ironless dekat TikTok Shop. Kain tak panas, murah aje pulak tu. RM30 sepasang. SR belilah beberapa pasang, warna lain-lain. Cantiklah jugak! Puas hati! Hahaha!
Tapi tu lah, adakah SR ni kedekut? Atau cheapskate?
Korang rasa?
Hahaha...
Dah cukup merapu. Sambung buat kerja.
Korang rasa, kalaulah duit korang tak ada yang perlukan, apa korang boleh beli dan nak beli?
betul sgt..kena fikir panjang bila bab duit ni.. sama ngan MA... extra skt la fikir nya sbb MA sorang kan but MA selalu yakinkan diri in sya Allah..kalau rezeki kita, lambat cepat mesti dpt.. and kalau bukan rezeki tu...mungkin ada yg lebih baik lagi dr yg kita nak tu Allah dah aturkan...
BalasPadamgood sharing btq SR.. :-)
hidup seadanya saja beli apa yg perlu
BalasPadamTeringat lagu DUIT oleh Kembara
BalasPadamBiasa sebelum beli memang fikir habis-habis, cuma kelemahan saya boros bab makan. Duit laju je beli makanan.
BalasPadamBab duit ni kadang kita kena bijak uruskan..dahulukan keperluan dari keinginan kan...SA pun sama...kalau dulu masa takde komitment, x kisah sangat..tapi sejak dah banyak komitment..memang kena fikir, congak, atur dan segalanya la...
BalasPadamabe kie hidup serba sederhana sbg cikgu sek menengah DG52. cukuplah pakai Proton Preve sejak 2012 lg sbb cuma drive ke sek yg 5km tu je. Jrg2 sekali balik kg atau jln2 ke KB.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.