Assalamualaikum wbt
#throwback
Ayu posing dengan replika Kaabah di Gua Musang |
Cerita masa kami balik kampung bulan lepas. Masa perjalanan balik dari Kota Bharu, memang kami akan selalunya singgah untuk solat dan berehat di Gua Musang. Selalunya, kami akan singgah di masjid yang dekat atas bukit tu. Ala SR lupa nama masjidnya.
Tapi kali ni, kami rasa nak singgah di Masjid Buluh. Tapi nampak macam agak ramai. Lepas tu kami dapat idea untuk pergi ke Masjid Tengku Razaleigh, Gua Musang. Masjid yang sama rupanya seperti Masjidil Haram di Mekah, dan ada replika Kaabah di tengah-tengah.
Anak-anak tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan |
Masa kami sampai, sebenarnya memang ramai juga orang yang turut berhenti dan bersolat serta berehat di Masjid Tengku Razaleigh, atau orang tempatan gelarkan Masjid Ku Li. Sebab masjid ni rekaannya unik, memang ramailah yang nak melihat-lihat kan.
Interior dalam bahagian solat belah muslimin. |
Masjid ni ada sediakan jubah untuk wanita non-muslim pakai jika nak masuk melihat dan melawat. Sama konsep seperti Masjid Putrajaya juga. Bagi SR itu inisiatif yang baik.
Dekat kawasan masjid ni, dia sama saja macam masjid-masjid lain, ada pembahagian ruang lelaki dan perempuan. Siap ada beberapa bangku yang ada diletak papan tanda, "Tempat duduk muslimat sahaja" juga. Tapi bila dah ramai-ramai, nampaknya peraturan hanya tinggal peraturan. Ramai aje lelaki duduk lepak di bahagian bangku wanita tu, begitu juga sebaliknya.
Nasib baik dalam ruang solat dan tandas, tak ada yang langgar peraturan!
Selepas solat, kami pun duduklah sekejap berehat sambil bergambar dengan replika Kaabah tu. Tapi, hujan turun dengan sangat lebat pula tiba-tiba. Jadi tunggulah sekejap. Nak balik ke kereta pun mesti basah nanti.
Hujan pun hujanlah, bila mula reda sedikit, kami snap ajelah apa-apa gambar yang dapat sementara belum masuk kereta dan meneruskan perjalanan ke Senawang. Masjid ni lokasi dia sebenarnya bukan di laluan biasa perantau.
Lazimnya jika yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, bila sampai sahaja dekat simpang empat KFC dan Pizza Hut tu, mereka akan belok ke kanan. Untuk ke Masjid Tengku Razaleigh ni, kena teruskan lagi perjalanan ke depan. Tak jauh pun, terus nampak sahaja papan tanda untuk belok ke masjid tu.
Replika Kaabah tu diperbuat dari skrin tau, bukan kain atau cat. Masa SR pergi, nampaklah Kaabah tu berkelip-kelip lampunya. Tapi mungkin juga sebab dia skrin, adalah beberapa skrin yang dah macam tercalar dan pecah-pecah. Mungkin akan dibaiki oleh pengurusan masjid. SR tak pergi check lah pulak. Haha!
Itu sahajalah cerita SR di Masjid yang ada Kaabah di Kelantan ni. Mungkin pihak masjid boleh pertimbangkan untuk letak selipar tandas banyak sikit di kawasan tandas. Sebab bila masuk tandas awam dengan kaki tak beralas ni, SR rasa geli sikit. Hik Hik... Oh ya, kawasan parkir pun agak kecil, kalau besarkan lagi, lagi ngam!
Overall, masjid ni selesa untuk berehat dan semestinya untuk bersolat. Cuma, SR nak seru muslimah-muslimah, kalau boleh, janganlah solat depan almari telekung, depan cermin, depan pintu masuk... Kalau ruangan solat tu dah penuh, tak apa. Ini yang depan-depan punyalah banyak lagi ruang. Kenapa nak solat dekat tempat orang nak lalu?
Jadi serba salah kita dibuatnya. Nak kena elak-elak dia yang sah-sah solat di tempat yang tak sepatutnya. Ini SR pesan untuk diri SR jugalah. Manalah tahu tiba-tiba SR pun terasa nak solat betul-betul depan cermin orang nak betulkan tudung kan. Haih...
Kita nak beribadat, nak dapat pahala. Sebaiknya usahlah dicemar dengan aksi menyusahkan orang lain. Eh terbebel pulak.
Okey selamat beribadat semua!
Lepas ni kena panggil hajah Ayu la? hehehe
BalasPadamehh, wak pun baru singgah mingu lepas., ;p
BalasPadammemang cantik la, kalau ke Kelantan kene singgah ni. Kenapa ada gambar yang Ayu tutup mata masa SR dan suami amik gambar tu hehehe...
BalasPadamCantik masjidnya, rasa tenang je bila jejak mana-mana masjid.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.