Perjalanan terakhir nenek SR atas dunia, menuju ke alam barzakh... |
SOALAN
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang tempoh alam barzakh bagi individu. Sebagai contoh, orang yang meninggal dunia pada beribu tahun dahulu berbanding orang yang meninggal dunia beberapa ketika sebelum hari Kiamat. Bukankah orang yang meninggal terlebih dahulu itu akan berada di alam Barzakh lebih lama berbanding orang yang terkemudian? Jika dia seorang mukmin maka dia mendapat nikmat lebih lama, manakala jika dia seorang kafir maka dia mendapat azab yang lebih lama berbanding orang yang terkemudian.
Mohon penjelasan. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Terdapat perbezaan bagi kerangka masa antara dua alam yang berbeza ini, alam barzakh dan alam dunia. Justeru itu, tidak boleh disamakan tempoh masa dan keadaan di antara kedua-dua alam tersebut.
Namun apa yang pasti apabila seseorang manusia itu beriman kepada Allah SWT dan mati dalam keadaan tersebut, maka dia akan mendapat kenikmatan di dalam kubur sebelum kenikmatan di Syurga. Manakala, apabila seseorang manusia kufur kepada Allah SWT dan mati dalam keadaan tersebut, maka dia akan mendapat azab di dalam kubur sebelum azab yang berkekalan di akhirat kelak. Oleh itu, marilah kita mengambil peluang kehidupan sementara di dunia ini untuk memperbanyakkan amalan soleh dan menghindarkan diri daripada kemaksiatan kepada Allah SWT.
WaAllahu a’lam.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Sesungguhnya kehidupan di alam Barzakh itu sesuatu yang pasti. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RAnha, beliau berkata:
أن اليهودية دخلت عليها فذكرت عذاب القبر، فقالت لها: أعاذك الله من عذاب القبر، فسألت عائشة الرسول صلى الله عليه وسلم عن عذاب القبر، فقال: نعم، عذاب القبر. قالت عائشة رضي الله عنها: فما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد صلى إلا تعوذ من عذاب القبر. زاد غندر: عذاب القبر حق.
Maksudnya: Seorang wanita Yahudi masuk berjumpa Saidatina Aisyah RAnha dan menyebutkan tentang azab kubur. Maka beliau berdoa untuknya: Semoga Allah SWT menyelamatkan kamu daripada azab kubur. Kemudian Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang azab kubur lalu Baginda SAW bersabda: Ya, (ada) azab kubur. Kemudian kata beliau: Aku melihat apabila Rasulullah SAW selesai mendirikan solat, beliau sentiasa berdoa supaya diselamatkan daripada azab kubur. Ghundar(perawi) menambah (bahawa Rasulullah SAW bersabda): Sesungguhnya azab kubur itu benar.
(Riwayat al-Bukhari: 1372 & 1373)
Begitu juga hadis-hadis lain yang mengkhabarkan tentang nikmat dan azab kubur yang membuktikan wujudnya kehidupan di alam barzakh. Untuk penerangn lebih lanjut, sila rujuk artikel kami Irsyad al-Fatwa Siri Ke-3 : Wujudkan Azab Kubur? dan Al-Afkar #64 : Bentuk-Bentuk Nikmat Kubur.
Manakala berkaitan persoalan tempoh alam Barzakh bagi indvidu pula, sesungguhnya terdapat perbezaan dari sudut kerangka zaman dan masa di antara alam dunia dan alam barzakh. Justeru apabila roh seseorang itu keluar daripada alam dunia dan pergi ke alam barzakh, maka dia terkeluar daripada kerangka perkiraan tempoh masa di dunia ini.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Maksudnya: Jalan para malaikat naik mengadap Tuhan dalam sehari seperti lima puluh ribu tahun bagi orang yang berdosa kerana banyak hintungan hisab.
(Surah al-Ma’arij: 4)
Di dalam ayat di atas, disebutkan secara zahirnya sehari perjalanan para malaikat di alam yang lain bersamaan dengan 50 ribu tahun tempoh masa di dunia.
Berkaitan ayat ini, Dr. Ali Jum’ah menyebutkan bagi memudahkan pemahaman dan pengiraan bahawa, dibahagikan 50 ribu tahun kepada 24 jam (sehari), maka satu jam di alam yang lain tersebut bersamaan lebih kurang 2083 tahun. Kemudian dibahagikan 2083 kepada 60 minit (satu jam) satu minit bersamaan lebih kurang 35 tahun. Oleh yang demikan, disimpulkan satu minit di alam yang lain itu bersamaan lebih kurang 35 tahun tempoh masa di dunia ini.[1]
Imam al-Tabari menyebutkan hal ini dalam tafsirnya bahawa:
يَقُولُ: كَانَ مِقْدَارُ صُعُودِهِمْ ذَلِكَ فِي يَوْمٍ لِغَيْرِهِمْ مِنَ الْخَلْقِ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، وَذَلِكَ أَنَّهَا تَصْعَدُ مِنْ مُنْتَهَى أَمْرِهِ مِنْ أَسْفَلِ الْأَرْضِ السَّابِعَةِ إِلَى مُنْتَهَى أَمْرِهِ مِنْ فَوْقِ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ. وَبِنَحْوِ الَّذِي قُلْنَا فِي ذَلِكَ قَالَ أَهْلُ التَّأْوِيلِ.
Maksudnya: Disebutkan bahawa kadar tempoh masa naik para malaikat tersebut ialah sehari yang bagi makhluk-makhluk selain mereka dengan 50 ribu tahun. Hal ini kerana para malaikat naik daripada penghujung tempat yang paling rendah di bawah tujuh petala bumi sehingga pengakhirannya di atas tujuh petala langit. Tafsiran yang kami sebutkan ini juga disebutkan para ulama tafsir yang lain.[2] (Rujuk Tafsir al-Tabari, 23:251)
Apa yang dapat difahami daripada penerangan di atas, kerangka masa kehidupan di alam barzakh tidak sama dengan kehidupan di dunia. Oleh itu, bagi orang mukmin kehidupan di alam barzakh merupakan kerehatan baginya sebelum menunggu hari kebangkitan. Manakala bagi orang yang tidak beriman pula, ia merupakan azab yang didahulukan untuk mereka sebelum azab yang kekal di hari Akhirat kelak.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, beliau bersama Rasulullah SAW melintasi seorang jenazah. Sabda Rasulullah SAW:
مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا المُسْتَرِيحُ وَالمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: «العَبْدُ المُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ، وَالعَبْدُ الفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ العِبَادُ وَالبِلاَدُ، وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ»
Maksudnya: Dia sedang berehat dan yang lain berehat daripadanya. Mereka (para sahabat RAnhum) bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan ‘Dia sedang berehat dan yang lain berehat daripadanya’? Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba yang beriman berehat daripada kesusahan dunia dan keperitan serta kembali kepada rahmat Allah SWT. Manakala bagi hamba yang kafir pula maka semua manusia, negara, pokok dan haiwan berehat daripada kejahatan yang dilakukan olehnya.
(Riwayat al-Bukhari: 6512)
Oleh itu, marilah kita mengambil peluang kehidupan sementara di dunia ini untuk memperbanyakkan amalan soleh dan menghindarkan diri daripada kemaksiatan kepada Allah SWT.
WaAllahu a’lam.
+++
Al-Fatihah untuk Arwah Nenek SR yang baru meninggal dunia 11 April 2023 yang lepas...
Terima kasih share!
BalasPadamnauzubillah semoga dijauhkan dari azab kubur. Al-Fatihah untuk Arwah Nenek SR
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian..SA dpt belajar ilmu baru hari ni..
BalasPadamgood sharing... al fatihah
BalasPadamTakziah SR atas pemergian nenek tersayang. Moga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.
BalasPadamIlmu baru untuk Diah.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.