Assalamualaikum wbt
Sebenarnya 11 Mac 2023 yang lepas, SR booking tempat untuk ambil peperiksaan Bahasa Inggeris yang wajib diambil kalau nak mohon biasiswa SLAB untuk cuti belajar di peringkat PHD. SR seram sebenarnya, dan SR dah terfikir untuk tak nak langsung cuba ambil.
Sebabnya yang terpalinglah utama adalah jumlah yuran yang perlu dibayar untuk IELTS tu. Harga dia memang gerun kalau nak ulang-ulang ambil beberapa kali. Untuk tahun 2023 ni, jumlah bayaran yang dikenakan untuk ambil IELTS adalah RM835.
Ya. Lapan ratus tiga puluh lima ringgit sahaja. Kalian tak salah baca.
Haa bayangkanlah gerun dia macam mana. Untuk mohon (baru mohon ya, belum tentu dapat lagi!) biasiswa SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) tu, antara requirement yang ada adalah IELTS perlu minimum skor 6.5. Walau untuk sambung belajar dalam negara. Yup, you read it right. 6.5.
Tapi Zaimi pujuk SR. Dia kata, kenapa nak mengalah sebelum cuba walau sekali pun? Ini sebabnya, banyak sangat cerita tentang mereka yang ambil IELTS, tapi tak dapat skor 6.5.
Zaimi kata, ambillah. Try sekali. Mana tahu ada rezeki?
SR pun fikir semula masak-masak, dan akhirnya SR daftar dan book IELTS SR melalui British Council. Senang sekarang, kalau nak result cepat, boleh ambil IELTS yang computer-based sahaja untuk Listening, Reading dan Writing (LRW). Tak perlu tulis tangan, taip sahaja. Tapi semua perlu dilakukan di pusat test tu lah. Termasuklah bahagian Speaking. Juga secara video call sahaja dengan examiner.
SR book untuk kedua-dua LRW dan Speaking pada hari yang sama, iaitu pada 11 Mac 2023. SR pilih tempatnya bukan di Headquarters British Council, tapi di Iverson Guidance View, Mid Valley City. Sebabnya, SR fikir balik tu SR nak naik tren komuter sahaja.
Jadi, test LRW SR bermula pada 9 pagi. Tapi, SR perlu berada di Iverson Guidance View tu seawal 8 pagi. Itu yang SR minta zaimi hantarkan. Gelap gelita, dengan tak tahu lagi di mana letak duduknya bangunan tu kan. Alhamdulillah, kami tiba di Mid Valley dalam 6.45 pagi, SR jumpa IGV tu pun pada 7 lebih macam tu.
Zaimi ajak minum dulu di Kayu Nasi Kandar, yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk Iverson Guidance View tu.
SR minum je, tak selesa dan gugup nak makan uollssss... haha!
Jadi lepas minum secawan nescafe tarik, SR pun naik ke atas. Sampai-sampai aje, terus bertambah cuak. Almaklumlah, SR sahaja yang tidak remaja dan SR sahaja yang Melayu. Hahaha!
Menunggu waktu masuk ke bilik untuk LRW |
SR diminta untuk menunggu sekejap sebelum semua dipanggil masuk. SR guna masa tu untuk ke tandas. Sebab memang dah diberitahu dalam video-video tips IELTS di Youtube, pergilah tandas sebelum mula test. Sebab nanti memang tak sempat dan time consuming.
Sebaik sahaja tepat 8.45, kami semua dipanggil masuk ke bilik penyimpanan barang peribadi. Kena tinggalkan semua, cuma boleh bawa MyKad atau Passport sahaja ke bilik peperiksaan. Invigilators akan panggil kita seorang demi seorang, dia akan sah kan maklumat kita, ambil gambar muka serta letak cap jadi sebanyak 4 kali.
Oh ya, botol air boleh dibawa masuk, tapi yang tiada apa-apa tulisan. Kalau ada plastik wrap, dia akan koyakkan. Sebelum duduk depan komputer kita, dia akan buat full body scan macam nak masuk ke lapangan terbang tu tau.
Bila masuk, teruslah tuju pada komputer yang dia beritahu nombor pada kita sebab memang hanya komputer itu sahaja yang ada maklumat kita.
Duduk tak boleh pegang apa-apa sampailah diberitahu.
Atas meja, ada maklumat kita, password serta pin number. Untuk masuk kepada soalan, ada two-time verification. Selesai semua tu, invigilators briefing sikit, dan selebihnya kena tengok video introduction. Dan terus sahaja mula menjawab LRW selepas habis semua video. SR suka computer based ni sebab yang listening tu, dengar jelas sangat. Reading pula, senang nak tengok soalan dan paragraph sebab display sebelah-sebelah. Manakala yang writing pula, hanya perlu taip. Siap ada berapa patah perkataan dah taip. Memudahkanlah pada SR.
Dalam 2 jam setengah, selesai LRW Test. Kami diarah tunggu di luar, dan datang semula pada waktu speaking test. SR punya masa senggang nak ke Speaking test tak lama, dalam 30 minit aje. Jadi, sekali lagi SR gunakan untuk ke tandas! Hahaha...
Kemudian, SR dipanggil untuk ke bilik Speaking. Examiner SR tak ada di situ, sebab Speaking Test adalah secara Video Call. Invigilator akan uruskan pengesahan ID SR, dia test sekali mikrofon dan speaker.
Jantung SR berdebar macam nak tercabut tau! Siap baca Ayat Qursi masa menunggu dia buat pengesahan😂
Kemudian SR disuruh duduk depan monitor, terus nampak muka examiner SR.
Tudiaaa Mat Salleh rambut kuning mata biru uolls... Nasib baiklah dia senyum aje, tak garang. Soalan-soalan dia pun okey okey lah. SR buat macam sembang-sembang aje dengan dia.
Speaking Test ni paling pendek, 15 minit aje, tapi paling menakutkan haha! Tapi, bila dah mula bercakap, tak sedar pun masa tiba-tiba aje habis. Tiba-tiba dia cakap thank you aje dekat SR. SR pun balaslah Thanks to you too Benjamin (nama dia). Puff tetiba dia dah matikan video call.
That's it. Itulah sahaja cerita SR ambil IELTS.
On the way balik, SR singgah makan. Gila punya lapar, maklumlah tak sarapan. Singgah dekat dalam Mid Valley ni jugak. Sedap Sedap nama kedainya.
SR memang tak kisah makan sorang-sorang. Kadang lagi suka sebab boleh enjoy makanan dengan aman. Sambil-sambil tu kita selfielah sebijik. Duduk melepaskan lega sebab nervous dah habis. Tinggal nervous tunggu keputusan aje pulak.
SR order air barli dengan spageti. Air sedap gilaaaa. Makanan tak berapa. Patut SR nak pilih nasi lemak, tapi sebab dah habis, itu yang pilih spageti ni. Tapi tak shedapp.
Jadi SR meneruskan perjalanan ke stesen Komuter Mid Valley selepas makan. Serius lama gilaa SR tak naik komuter. Rasanya dalam 10 tahun kot? Rupanya sistem kad dia dah lain. Blurlah sekejap dekat kaunter tiket tu. Tebalkan muka tanya lelaki dekat kaunter tu. SR cakap terang-terang yang SR dah lama tak naik tren. Memang dah tak faham. Walaupun muka dia macam tertelan siku kawan dia, dia explainlah juga dan bagi SR kad Komuter selepas dia minta SR RM15.
Rupanya kad komuter sekarang kena reload sendiri di mesin, cuma kad tu aje kena beli dahulu (sekali beli) di kaunter kot.
So, menunggulah SR di platform.
Ketibaslah jugak.
Sudahlah aircond dalam tren pun ada tak ada aje. Berpeluh setengah baldi dah.
Keputusan IELTS SR sepatutnya keluar 16 Mac. Tak tidur malam SR masa 15hb tu. Eh, tetiba 16 Mac, British Council emel permohonan maaf sebab result SR akan delayed.
Kau ni kan!!!
Aku dahlah nebes nebes ubi menunggu!
Dan akhirnya, setelah delayed 2 hari, keputusan IELTS SR dah keluar. Tokojut SR tau, sebab apa yang SR ingat teruk, dapat okey, apa yang SR yakin boleh, dapat rendah sikit. Haha!
Overall, alhamdulillah alhamdulillah.
SR sendiri tak percaya juga yang SR melepasi target minimum SR, belajar secara intensif bergurukan AI dan video Youtube aje selama seminggu lebih. Syukur, berkat doa emak, abah, suami, kawan-kawan dan anak-anak. Bolehlah SR cuba mohon SLAB tu sekarang.
Doakan SR ya.
Oh ya, cuba teka SR dapat band berapa untuk IELTS? Siapa yang pertama teka dengan betul, SR bagi hadiah!
Band IELTS required by SLAB: 6.5
Band IELTS - 1 to 9
Band IELTS SR: ?
😄
Good luck to everybody who saw my blog post while looking for information about the IELTS in 2023. Have faith in yourself! Don't forget to practice frequently as well! I used ielts8plus.com and videos from E2Prep IELTS on YouTube. Besides, practice speaking with AI would be helpful. All the best!
abam kie pun x ada pengalaman ambik IELTS... Cuma belajar ttg PnP ujian ni masa buat TESL kat UM 30 thn lps. Kawan yg buat TESL di UKM kena ambik...
BalasPadamIn one way saya kagum sangat dengan budak TESL tau, nampak cool sentiasa hehe
PadamWah.. result keluar terus ke? congrats SR... mst dpt skor 8 ni
BalasPadamdapat band 7 kot ke 8? hehehhe akak pernah dengar yang TESL itupun sebab paksu belajar tu kalau tidak tak tahu ada yang lebih advance lagi. Apa pun tahniah SR, nasibla Zaimi pujuk dan support SR untuk buat periksa ni kan. Dia skrg tengah praktikal di sem last degree moga boleh berjaya mcm SR juga
BalasPadamNebes-nebes ubi? Hehehe
BalasPadamtahniah syaz
BalasPadamalhamdulillah. tahniah SR.. good luck juga utk permohonan SLAB & PhD journey. Bila lah sy nak ada kekuatan sambung belajar 😅😅..
BalasPadamDah lama tk jejak mid valley..
laa mana result SR,, tunjukla sini buat kenangan utk anak cucu cicit, . hehe
BalasPadamHahaha dah share dekat Instagram
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.