Assalamualaikum wbt
#throwback
Hai semua, terima kasih SR ucapkan sekali lagi pada yang tidak jemu mendoakan kesembuhan anak SR, Amir, yang dijangkiti Influenza B sehingga perlu bermalam di hospital. Jika diikutkan, malam ni merupakan malam keempat amir tidur di wad. SR memang tak berkesempatan lagi untuk menjengah ke blog rakan-rakan blogger. Maafkan SR sebab tak dapat balas kunjungan semua.
Malam ni adalah kali kedua SR temankan amir di wad ni. SR bergilir dengan zaimi dari malam pertama amir di wad. Amir dah kurang banyak sakitnya, cuma dia masih perlu dipantau dan masih on antibiotik dan neb. Moga semua baik-baik aje. Terima kasih pada semua sanak-saudara, kawan-kawan, pelajar dan semua yang pm SR ucap dan doakan kesembuhan buat Amir Zahari.
Duduk-duduk saja di sebelah katil amir ni, sajalah SR scroll galeri. Terjumpa beberapa keping gambar kenangan bersama beberapa orang pelajar semasa minggu akhir bagi semester Oktober 2022 - Februari 2023. Gambar-gambar ni SR dah pun muatnaik di Instagram. Tapi nak kongsi jugalah di blog buat raso-raso.😂
Gambar dekat atas dengan bawah ni, adalah gambar semasa sesi Viva pelajar semester akhir, di mana pelajar membentangkan hasil akhir dan analisis data projek tahun akhir mereka, atau lebih mudah kami sebut sebagai FYP.
Ya, kalau dari dulu, bagi SR dan rakan-rakan sebaya serta tenaga pengajar semua, FYP tu adalah Final Year Project. Tapi zaman TikTok, FYP tu ada maksud lain iaitu For You Page. Zaman berubah kan... huhu.
Berbalik pada gambar, SR dan beberapa panel lain bergambar sesudah habis Viva bagi venue BS3. Ada beberapa venue lagi, pelajar dan panel dipecah-pecahkan untuk menjimatkan masa. Kalau tak, lamalah nak tunggu semua pelajar selesai.
SR berdiri tengah-tengah tu, pakai baju kurung oren. |
Gambar-gambar di bawah ini pula ada SR bersama beberapa orang pelajar subjek Processes in Ecology yang SR ajar semester ini. Mereka ni semua pelajar degree. Tak semua ada. Ini sebahagian sahaja. Kelas ni ramai, SR sampai tak ingat muka, nama apatah lagi. Maafkan daku wahai pelajar ku. Semester ini aje SR ajar tiga subjek, jumlah pelajar 130++ macam tu, tak ingat total pulak malam-malam dekat wad ni. Haha...
SR yang tudung oren |
Jauh betul umur dengan pelajar sekarang. Kebanyakan mereka ni lahir masa SR dah masuk MRSM! Ada yang lahir masa SR dah jadi pelajar Matrikulasi pun! Teringat pula masa awal-awal kerja dulu, jarak umur dengan pelajar dalam 4, 5 tahun aje. Masa tu SR darah muda, garang sikit. Sekarang SR dah tak berapa kuasa nak garang-garang.
Nak belajar, SR akan support sepenuhnya dalam tanggungjawab SR. Taknak belajar, terpulanglah. SR nasihat aje apa yang patut. Nak marah-marah pun buat drain energy sahaja. Balik rumah nak marah anak lagi. Hahaha!
Gambar dengan hero-hero kelas SR. Tinggi-tinggi depa ni. Bukan senang SR nak nampak 'tak gajah' macam tu dalam gambar. Haha! Selalunya SR mesti antara yang tinggi dan besau dalam gambar. Budak-budak baik semua ni. SR selalu pesan pada pelajar lelaki, diorang kena lebih progresif. Kena selalu bayangkan lagi 5, 6 tahun, mereka nak ada di mana? Nak kerja apa? Nak jadi siapa masa tu?
Semestinya ramai jawab nak jadi suami dan ayah orang, normal lah jawapan tu. Jadi? Kena ada matlamat yang jelas dalam menyusun langkah nak ke masa depan. Kena tahu dan cakna tentang diri sendiri. Pelajar perempuan pun sama, kena tahu letak duduk diri di mana nanti, at least perancangan kena ada. Jangan terlalu ikut flow, nanti hanyut.
Agitchew... Dah hakak-hakak ni, SR punya tune pun dah lain. Moga ada juga yang sudi nasihatkan anak-anak SR juga suatu hari nanti.
Cuba teka selain SR, siapa lagi yang tak available? |
Dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang kawan-kawan selalu usik sebab dia dah 'berpunya' 😂Ada girl sorang siap berseloroh, dia tu jangan dikacau, jangan diajak borak lebih-lebih, nanti ada yang tarik rambut hahaha!
Biasalah tu, remaja. SR tak kisahlah korang nak bercinta ke apa, SR dulu pun macam tu juga 😂 Yang penting, belajar kena terus serius. Jangan malas-malas.
Semoga semuanya berjaya menjadi orang yang bekerjaya, orang penting dan pegawai-pegawailah buat semua yang baik akhlak dan rajin belajar. Sedar atau tak, diorang inilah yang akan jadi pelapis pegawai-pegawai negara kita kan.
Kita yang 70s, 80s dan 90s kids ni? Dah makin mengumpul kedut! Ahahaha...
Till soon!
Hanya gambardapat kembalikan moments moments indah .
BalasPadamAlhamdulilah..amir dah makin sembuh ye...
BalasPadamSamalah masa darah muda mmg garang dgn student.. skrg biasa2 je dh x larat dh... sbb dh byk garang kt umh kot.. haha
BalasPadammoga cepat sembuh ya..:)
BalasPadamCepat sembuh ye Amir.
BalasPadamAllahu, housemate ri tu pun kene influenza B juga..dia punya penangan, rasa macam kene covid katanya...moga Amir cepat sembuh, ameen!
BalasPadamitu lah, dulu-dulu FYP kita panggil, atau pun orang lain ada jugak sebut PTA..bila first time bukak TikTok, terpinga-pinga kejap semua sebut FYP..hahaha
seronoknya tgk pic mcm ni, teringat zaman kita jadi student jugaks dulu kan..
BalasPadamSronok ramai student macam ni...Dania je 2 orang dalam kelas...hehehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.