Assalamualaikum wbt
Terima kasih semua yang menitip pesanan pada SR agar SR jaga diri dan jangan stress jaga Amir di wad. Boleh baca ENTRY ini untuk tahu kenapa anak SR Amir masuk wad sejak hari Rabu lepas. SR dan zaimi setakat ni okey, alhamdulillah. SR cuma sakit belakang sebab tidur atas kerusi tidur ni. Tapi overall SR okey. Penat sikit aje lah.
Malam tadi giliran SR pula tunggu dan jaga amir di wad. Pagi-pagi tadi zaimi tanya, SR nak dia hantar sarapan ke? SR kata tak payahlah. Hari ni giliran dia pula berehat dekat rumah, tak payahlah susah-susah. Sebab SR boleh order aje terus dari vendor guna Food Panda.
Pagi-pagi sangat tu, SR tak ada selera juga nak makan. Jadi SR selesaikan amir makan apa semua dulu, baru SR fikir nak makan apa. Kebetulan pagi tadi pun dia muntah juga lepas ngam-ngam breakfast. Dah selesaikan apa yang patut, SR pun duduk dan fikir apa nak bedal pagi ni.
Dan SR buat keputusan nak cuba makan Chicken Katsu Bask Bear Coffee. Apa lagi, terus order. SR order Chicken Katsu dengan Kopi Aren. Untuk Amir, SR orderkan juga Macaroni and Cheese. Sebab dia kan dah muntahkan breakfast dia. Kesian pula perut kosong.
Jadi dalam 20 minit, rider call kata dah tinggalkan dekat meja depan pintu masuk hospital. Memang SR dah remark siap-siap, untuk tinggalkan dan maklumkan saja pada SR. SR pun turunlah ambil sekejap. Senang betul dah ada Food Panda ni.
Bask Bear Coffee |
SR pertama kali order Bask Bear Coffee ni guna Food Panda sebenarnya. Jadi SR rasa nak pujilah dia punya packaging. Sangat kemas dan tertib. Serious. SR tak tipu yang SR suka dan berkenan. Vendor pack semua individual. Kalau macam kita order McD kan, dia masukkan segalanya dalam 1 beg kertas selagi muat. Kadang sampai penyet makanan. Tapi Bask Bear Coffee ni dia bungkus elok-elok satu persatu. Kiranya dalam beg kertas merah tu, ada lagi 2 beg kertas kecik yang isi makanan SR dan Amir. Kopi pun duk dalam beg kertas sendiri juga. Senang nak angkat pun ya jugak. Like!
Sedap Creamy Macaroni and Cheese Bask Bear ni. Alhamdulillah amir makan 3 suku jugalah. Kenyang dia, tak ada muntah dah lepas tu. Risau juga kan nak biar dia perut kosong. Lepas makan, happy aje dia. Sesekali dia masam sebab SR asyik paksa minum air.
Ini pula Chicken Katsu SR. Sedap. Puas hati SR makan, banyak dan saiznya mengenyangkan. Roti dia belah luar tu rangup-rangup. Sedap sedap sedap! Kenalah dengan harga yang tak begitu Rahmah 😅 Sesekali bolehlah, kalau selalu, botak juga ubun-ubun SR nanti.
Selamat berhujung minggu buat semua 😊
Alhamdulillah amir makin sht makan banyak sikit spy cpt kuat..syaz jaga diri juga
BalasPadamTerima kasih Kak PI, insyaallah
PadamSemoga sihat sejahtera selalu.!
BalasPadamAlhamdulillah.. moga cepat sembuh ya Amir.. SR pun diberikan kekuatan sama.
BalasPadamKosi hospital mesti warna tu kan?
BalasPadamSemoga Amir cepat sembuh & keluar wad
BalasPadamkawan pun cakap bask bear ni yang sedapnya makanan dia...kena cuba juga la nanti, dah ada dekat dengan rumah ni..
BalasPadamalhamdulillah... makin sihat Amir.
BalasPadamsenang sgt ada food panda & yang senangkatan dgn nya kan... memudahkan bg kita bila x dpt keluar membeli.
Syukur Amir makin sihat...sedpa plak nampak Bask Bear tu..tunggu kakak dania balik la baru bleh JJCM
BalasPadamCuya baru try minuman Bask Bear je...yang lain2 tk try lgi.. Alhamdulilah moga sentiasa sihat anak2 akk dn keluarga
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.