Assalamualaikum wbt
Malam tadi adalah malam kedua amir tidur di wad. Sebenarnya, amir masuk wad ni adalah pengalaman pertama SR dan zaimi menjaga anak yang masuk wad. Jadi kami agak janggal dan blur. Tapi atas bantuan ejen insurans dan pihak hospital, kami dah semakin faham.
Jutaan terima kasih juga SR ucapkan pada semua kawan-kawan blogger yang singgah dan mendoakan kesembuhan buat amir di ruangan komen, juga pada kenalan dan saudara-mara yang mendoakan dan bertanya khabar melalui Instagram, Facebook dan Whatsapp.
Amir sebenarnya dijangkiti oleh influenza B. SR pun tak tahu dia dapat dari mana. Setakat ini, dan harapnya memang tak akan kena terus pada adam dan ayu yang masih sihat.
Asalnya amir demam pada hari Sabtu malam Ahad. Hari Isnin masih belum kebah, ke klinik lagi, kali ni dapat antibiotik. Sampai ke Selasa, masih demam dengan suhu yang tinggi dan batuk. Jadi pagi-pagi Rabu terus bawa ke hospital.
Sah positif influenza B, dan perlu warded, bilik single. Malam semalam zaimi temankan dulu. SR ke kampus pada hari Khamis dengan adam dan ayu. Hari khamis tu juga ada meeting untuk exam, wajib. Itu masuk juga ke kampus. Pagi tu juga wajib pulangkan buku teks sekolah amir, kalau tak, tak dapat buku teks darjah 2.
Aduhai... memang kalut SR semalam. Mood memang kelaut. SR asyik bengang aje semalam. Lepas maghrib, SR pula masuk shift jaga amir. Zaimi balik tidur di rumah pula. nasib baik jugalah hospital ni tak jauh dari rumah kami.
Bermalamlah SR dengan amir berdua di wad.
Pemandangan dari tingkap bilik Amir |
Alhamdulillah, demam di dah kebah. Cuma batuknya masih tak berapa okey. Kahak masih banyak. Beberapa jam sekali dia masih kena ambil gas. Bila dah ambil gas, dia menggigil. Makan pun tak berapa selera.
SR paksa jugalah dia makan dan minum, sikit tapi kerap. Risau nanti jadi masalah lain pula. Tadi pu tekanan darah dia tinggi dan dia dah berdebar-debar laju.
Usah kata amir, SR pun tak berapa lalu nak makan, last makan tadi, nasi lemak yang zaimi hantarkan pada SR pagi tadi. Nasib baiklah sedap sambal ayamnya.
Ada juga kerja nak kena buat hari ni. SR sepatutnya kena menilai presentation pelajar Latihan Industri. Nasib baiklah zaman dah maju kan, Google Meet boleh diguna di mana-mana, tak semestinya kena ada di pejabat. Jadi, selesailah menilai pelajar LI di sebelah katil amir sahaja.
Okeylah, nanti SR cerita lagi.
Sebenarnya banyak yang SR nak cerita tau, banyak entry draft. Tapi tak ada mood nak mengarang sekarang.
Semoga Amir Zahari dan semua anak-anak SR sihat sentiasa. Begitu juga dengan SR dan zaimi, serta semua yang mendoakan kami... Aminn...
Tentu tak selesa. Semoga Amir cepat sihat dan sambung berehat di rumah ya.
BalasPadamGet well soon Amir.. Anak ketiga saya pun sedang Deman sekarang.. nak makan ubat bukan main susah lagi
BalasPadamAlhamdulillah amir semakin sembuh moga segera pulih sediakala
BalasPadamAllahu...memang la risau bila anak2 x sihat, sampai warded lagi...alahai. moga amir cepat sihat & cepat2 leh balik rumah.. SR pun..take care ...caiyok caiyok!
BalasPadamSemoga anakanda lekas sembuh. Syaz pun jaga diri juga ya.
BalasPadamSemoga amir cepat sembuhnya
BalasPadamAamiin
Lepas ni syaz mesti ada idea nak tulis buku bertajuk, "Cerita2 Seram di Wad..."
BalasPadamSemoga amir cepat sihat
BalasPadamSemoga amir lekas sembuh ya .
BalasPadamNasib baik adam dan ayu x berjangkit.. bkn ke kalau influenza kena kuarantin 5 hari ke? Apapun semoga cpt sihat ye amir.. begitulah kalau anak warded mmg kelam-kabut sikit nk adjust dgn rutin harian kita.. take care jugak syaz dan zaimi
BalasPadamkesian lahai kalau anak tak sihat ni, yelah tengok tak sihat kan mana la lalu nk makan abg Mir tu, rindu jugak dia ngn Adam dan Ayu jugak kot tu kan
BalasPadamSalam hospital ye...alahai..kesiannya Amir...kena Influenza B memang batuk akan jadi teruk...lepas amik gas tu dia gigil sebab antibiotik tu SR..sama macam SA...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.