Assalamualaikum wbt
#throwback
Adam sebenarnya dah beberapa kali minta nak tengok wayang, dia nak tengok Mechamato. Ramai kawan-kawan dia dah tengok dekat panggung, tapi SR selalu pujuk dia untuk tunggu filem tu keluar di Astro First aje. Nampaklah dia frust sebab makin ramai kawan-kawan sekolah dia tengok dah Mechamato tu, dia je yang tak tengok lagi.
Agaknya samalah perasaan kalau masa kecik dulu, kawan-kawan SR semua dah ada seluar track butang-butang dekat tepi tu, tapi SR belum ada lagi. Hahaha!
SR bukanlah kejam ke kolot ke apa, tapi sebab utama SR tak dapat nak bawa adam dan amir tengok wayang di panggung adalah sebab kami ni tak ada sesiapa dekat Senawang. SR tak rasa ayu akan stay lama dalam keadaan yang okey kalau kami sekeluarga pergi tonton wayang di panggung. Takut nanti baru tengok sekerat, dah sibuk nak balik.
Sebab kedua mungkin kekangan masa kot. Yang sebenarnya tak ada lagi rezeki anak-anak SR nak tengok wayang di panggung, kan?
Jadi, masa cuti CNY hari tu, kami balik Kuantan. SR tanya abah masa breakfast pagi tu, "Abah, nak tengok wayang dengan adam amir tak?"
Abah SR memang terus cakap nak! Hahah! SR dah agak da, abah sporting bab-bab ni, dan dia memang selalu looking forward nak spend masa bertiga aje dengan adam dan amir. SR bagitahu balik, yang nak ditonton tu nanti cerita kartun. Abah tak kisah, dia onz.
Orait! Cantek! SR terus booked tiket online saja guna apps GSC, yang SR baru aje download dan dan tu jugak 😂
Kisahnya, sejak bersalinkan adam, SR dan zaimi memang tak pernah jejak kaki ke panggung wayang lagi. Sampai sistem dekat pawagam yang beli tiket guna apps, guna mesin, dan boleh order popcorn siap-siap semua tu, SR 0 knowledge.
Serious gais. Tapi tak apa, proceed aje.
Lepas breakfast, terus ke East Coast Mall Kuantan. SR booked tiket di Golden Screen Cinema di sana. Memang tak plan kan, jadi baju sejuk pun tak bawa. Fikir-fikir balik, kesian pulak kalau tak ada baju tebal. Singgah Parkson sekejap, beli sweater seorang satu.
Shopping pun rush aje sebab wayang nak mula dah haha! Adam pilih warna hitam, amir warna merah, terus bayar. Abah tak nak sweater, dia memang jenis tahan sejuk. 😂
Bila sampai aje dekat depan GSC, SR serius blur. Sebab masa booked tiket, hanya dapat QR code. Jadi, adakah QR code tu perlu kami print?
Ah sudah. Zaimi pula memang tak ikut naik hantar abah dan abang-abang, dia tunggu dalam kereta aje sebab masa tu tak ada parking kosong.
Fikir punya fikir, SR tebalkan aje muka tanya dekat salah seorang yang tengah pegang popcorn nak masuk ke hall dia. Kalau tak tanya, sampai sudah tak tahu kan.
Dialah yang beritahu SR, kalau dah booked sekali makanan, pergi aje ke kaunter makanan, nanti bagitahu staf di kaunter, dan scan aje QR code yang dapat masa booked tadi. Dapatlah terus apa yang kita order.
Tiga bercucu yang excited nak tengok wayang |
Di belakang tu mesin beli tiket, rupanya dah tak ada kaunter beli tiket macam dulu |
SR ingat lagi zaman dating dengan zaimi, nak tengok wayang jenuh beratur. Pernah juga sekali, nak tengok wayang dengan adik SR, sampai aje dekat kaunter, tiket dah habis. Penat aje beratur berdebar-debar tengok skrin tulis selling fast haha!
Lepas dah ambil popcorn, baru kami nampak ada staf yang tunggu dekat gerbang nak masuk ke hall wayang. Tadi dia ke tempat lain agaknya. Jadi, sekali lagi SR tebalkan muka dan bertanya macam mana nak masuk ke dalam.
Dia ajarkan, nanti scan aje QR code dekat palang nak ke hall. Lepas tu, pergilah ke Hall wayang kita. Semudah itu aje rupanya. Go green betul, tak payah print tiket. SR terus send QR code tu pada Whatsapp abah, sebab nanti SR dengan emak dn ayu nak balik ke rumah dulu, nak bersiap untuk agenda seterusnya kami petang tu. Wayang pun 2 jam juga tempohnya.
Kenangan pertama Adam dan Amir tengok wayang adalah dengan Tok Wan kesayangan depa! |
Siap suruh kitorang balik pulak tu. Cis, Mentang-mentang dapat dating bertiga dengan Wan! Ayu memang sedihlah konon mula-mula, tapi lepas tu bawak dia shopping sekejap dengan nenek dia, terus happy. Sekejap aje, sebab ayah tunggu dalam kereta kan. Kesian pula ayah tunggu lama-lama. Belikan dia blouse denim yang dia teringin sangat.
Senyum sampai ke telinga si kecik tu!
Abah ada hantar gambar masa dalam panggung, sementara wayang tak mula lagi. Panggung pun tak penuh sangat, mungkin sebab cerita dah sejuk. Adam amir aje yang baru nak pergi tengok Mechamato. Haha!
Lepas 2 jam, kami pergi jemput abah, adam dan amir semula. Masing-masing bercerita, excited bebenor. Adam amir pertama kali masuk panggung. Semua aspek dalam panggung, dari iklan sampai kerusi, diorang laporkan. Renyeh tak berhenti! Termasuklah abah 😂 Abah pun dah lama tak masuk panggung, katanya last dia tengok wayang dengan emak, cerita Dilwale yang ada lagu Gerua tu 😄
Alhamdulillah, semua happy, lepas ni nak tengok wayang balik Kuantan aje lah ya!😂
Sekian! Happy weekend!
Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇
Terbaiklah atok, teman cucu-cucu menonton 👏🏽
BalasPadamAkak pun dah lama sangat tak masuk panggung wayang. Last masa zaman kat U. Sebenarnya itu yang pertama dan mungkin yang terakhir 😅
seronoknya cucu2 tengok wayang dgn atoknya
BalasPadamSeronoklah Adam dan Amir dapat masuk panggung tenguk wayang
BalasPadamAnak akk aritu pun ajak pergi tengok wayang..tp tulah malas betul mak dia nie nak masuk panggung wayang sekarang ni..last2 duk umah jew cuti ritu..
BalasPadamSeronoknya anak-anak dapat masuk panggung wayang. Wah, atuknya peminat SRK dan Kajol rupanya!
BalasPadamAbeh hati deme ye. Sporting betul Tok Wan nya. Ni abg aqil deme duk pujuk ayah suruh bawa tgk cite katun Puss In Boots. Mana mauh ayahnya bawa. Hahahahaha!
BalasPadamNampak seronok anak anal dapat tengok wayang dengan atok.
BalasPadamalhamdulillah..seronok sungguh masing2 ye dpt tgk wayang ngan atuk.. atuk pun sporting la...
BalasPadamNasib baik Ayu tak merajuk panjang sebab diinggalkan. Hepi nampak the boys dapat tengok wayang
BalasPadamwah seronoknya! Cuya dah lama tak pergi wayang....takde sape pon nak ajak Cuya..XD
BalasPadamSeronok la diornag pergi tengok wayang ye....
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.