Assalamualaikum wbt
Mihun goreng emak SR |
Tidaklah throwback mana, tapi lebih pada terkenang. Masa anak-anak lelaki SR berkhatan beberapa minggu lepas, emak dan abah SR ada datang dan tolong jagakan anak-anak masa SR dan zaimi pergi kerja. Adalah beberapa hari emak dan abah SR ada di rumah. Emak SR suka masak. Janganlah dikata jangan. Dia mesti nak masak jugak!
Jadi, SR pun masa tu dapat 1 idea. Lagi pun, dah lama SR tak dapat. SR dengan tak malunya, minta emak SR masakkan mihun goreng signature dia. Haha!
Bahan-bahan semua SR bawak dia pergi beli di Zemart Senawang. Emak pun seronok pergi Zemart, sebab barang banyak dan segar-segar. Jadi memang ikutkan aje apa yang dia nak beli dan letak dalam mihun goreng dia.
Itulah air tangan seorang emak kan. SR ni, dari umur 16 tahun dah tinggalkan rumah sebab bersekolah di sekolah berasrama. Dah banyak negeri SR jadi pemaustatin. Dah beribu kedai makan SR cuba. Tapi tak ada 1 kedai pun yang sama rasanya macam yang emak SR buat. SR pun pernah try buat. Mirip, tapi tak sama.
"Sebab masa emak masak, ada kasih sayang dia dekat kita." Zaimi pernah cakap dekat SR masa SR kata kenapa susah nak jumpa mihun macam emak SR buat. Jadi, biarlah gambar yang SR tangkap tu tak berapa nak estetik rupanya, SR tetap nak abadikan dalam blog ni. Mihun emak SR yang sangat istimewa pada tekak dan perut SR. 💓
Selain mihun, banyak lagilah menu sedap yang emak masak. Banyak lagi menu fav SR sebenarnya. Tapi kalau nak senaraikan semua, tak muat! Biasalah, mestilah anak yang kagum dan berselera ya amat dengan masakan emak dia kan.
Reader SR macam mana?
Apa menu yang emak kalian masak yang menjadi kegemaran kalian? Sharelah dengan SR 😄
Air tangan emak kita tiada tandingannya
BalasPadamAir tangan mak memang terbaik kann
BalasPadamair tangan mak kita mana nak sama dengan tempat lain SR oi, walau kadang bodoh je rupanya tapi rasa dia tu lain. Kadang kalau balik kg kan mak akak buat mehun goreng bodo je takde ayam takde udang tapi makan bertambah2
BalasPadammasakan ibu tiada tandingannya
BalasPadamsama la..apa yg ibu MA masak semua pun sedap & licin je. even ibu goreng ikan pun....sedappp....
BalasPadamBetul.. air tgn mak mmg ajaib.. kalau mak sy semestinya yg jd fav kari, sup, dalca... mmg sendiri pandai je masak semua tu tp sesekali mmg nak jugak yang dr air tgn mak
BalasPadamkan...tiba2 ammi sebak pulak sebab dah tak dpt rasa signature dish arwah mama.
BalasPadamkalau abg ipar ammi tiap kali dia makan kat kedai nasi goreng cili kering tumbuk kasar tu mesti dia akan cakap "can never beat mama's nasi goreng"...
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.